bab 26

71 7 0
                                    

Mereka berjalan celah-celah rumah dan bangunan. 

"kau rasa okey tak?" tanya Rex

"okey ja. kau? " tanya Max semula.

" kau okey aku okey ja." balas Rex

" jadi kita setelkan jalah. makin panas kalau biar lama. kau balik dulu aku ada tempat nak singgah" Ujar Max

"kau nak kemana?" Balas Rex

" aku nak tahu Lich dengan Epi dekat mana" balas Max

" sampaikan salam pada Hana" Ujar Rex lalu bergegas pergi hilang dicelahan bangunan berjalan  menuju ke rumahnya.

Max mengangguk faham lalu membuka langkah. langit senja mula bertukar menjadi malam. Matahari menyembunyikan diri perlahan-lahan di ufuk barat. suasana bertukar hening dan sunyi.

suasana di kota Gohnegm tidak berubah dari dia kecil. kota tua itu terletak di utara dunia User. Jarak mereka dengan dinding besar sangat jauh. Mengambil masa hampir 5 minggu jika menunggang kuda. dan 4 minggu jika menggunakan kapal laut. kota Gohnegm tidak terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil. cukup saja untuk menempatkan penduduk sejumlah hampir 30 ribu manusia. di sekeliling pinggir kota Gohnegm pula dipenuhi dengan kawasan pertanian. Laut pula terletak tidak beberapa jauh dari sini. hanya memakan masa 5 jam kalau menunggang kuda. Kota Gohnegm menjadi pusat tumpuan kepada kampung-kampung yang berada di sekitarnya. Kota Gohnegm yang terbesar jika dibandingkan dengan pekan-pekan kecil lain yang boleh dijumpai di serata tempat. jadi ramai orang datang ke kota tua ini untuk mencari rezeki atau memulakan hidup yang dikatakan baharu.

Max tidak percaya dengan istilah itu. baginya kita tidak boleh memulakan hidup baharu tetapi hanya permulaan yang baharu. Hidup kita kekal sama. ada logiknya. Dia sering bertengkar dengan Sienna soal-soal begini. Meskipun Max dari kelas lain dia sering ke kelas Rex. Dia sering mengacau Sienna dengan bertanya soalan-soalan pelik. manakala Rex tidak langsung ambil kisah kecuali bergaduh.

Max memasuki kawasan rumah-rumah yang agak mewah dan besar. terletak di tengah-tengah kota Gohnegm. iaitu kawasan yang dikatakan elit. rumah disini jauh bezanya berbanding rumah-rumah rakyat biasa. Tempat ini tidak akan dimasuki oleh orang biasa kerana mereka akan dihalau jika kelihatan seperti rakyat biasa. kawasan elit ini dihuni oleh ahli politik, bangsawan dan ahli-ahli perniagaan yang kaya serta orang yang berpengaruh.

jalan-jalan di kawasan ini kelihatan lebih bersih dan kemas. tiada gelandangan yang tidur di pinggiran dan tiada sampah-sampah yang merosakkan pandangan mata. jalannya dibina elok dan sangat berseni. pasu bunga ditempatkan di tepi tepi jalan sebagai hiasan. rumah yang mewah dan besar dicantikkan lagi dengan cat yang berwarna-warni. Suasana kelihatan cantik dan kemas. 

Kebanyakan kedai-kedai yang menjual barangan mahal hanya boleh didapati dikawasan ini. kedai seperti kedai permata, kedai senjata yang berkualiti, restoran mewah dan banyak lagi. sesuai dengan status penduduk di kawasan ini.

Max menaiki anak tangga perlahan-lahan. menuju ke sebuah rumah yang tidak jauh dari situ. terdapat mata-mata yang sedang memerhatinya dari jendela-jendela rumah disekitarnya namun Max tidak menghiraukannya.

Max berhenti dihadapan sebuah rumah agam. dipagari dengan pagar besi dan dinding batu yang tinggi. Max melompat masuk melalui pintu belakang. Dia kemudia memanjat melalui saluran air untuk sampai ke tingkat dua. Max berjalan perlahan memijak atap rumah supaya tidak mengejutkan tuan rumah.

"TOK TOK!" 

pintu tingkap bilik diketuknya perlahan. Langsir bilik itu terbuka. Seorang gadis muncul dihadapan jendela. Dia sedikit tergamam melihat Max. Dia segera membuka jendelanya.

RexWhere stories live. Discover now