Rex termenung di hujung koridor. Angin meniup lembut rambutnya. Pandangannya jauh ke arah Petak Avant. kelihatan pelajar-pelajar Avant Garde sedang berjalan-jalan. ada yang sibuk dengan kerja ada yang berborak-borak. Suasana sekolah itu tidak pernah tidak sunyi.
Sienna berjalan masuk ke kelasnya. Dia agak terkejut melihat Rex tiada di mejanya. Selalunya pemuda itu akan menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Sienna berjalan ke keluar kelas. Kelihatan Rex di hujung koridor bersendirian. Dia pun berjalan menuju ke Rex.
"Rex." sapa Sienna dari belakang
"Ya"jawab Rex pendek.
"kau okey tak?" tanya Sienna
"pernah ke aku tak okey" balas Rex. Pandangannya masih tertumpu di Petak Avant.
"cehh. pernah ke kau tu okey" bisik Sienna dalam hatinya.
"habistu kau buat apa termenung disini. " tanya Sienna
"tengah tunggu Max" jawab Rex
"tadi aku nampak dia jalan dengan Marco." balas Sienna
"huh? dengan Marco? kau nampak mereka di mana? sempadan hijau? " tanya Rex
"ha ah. sempadan hijau. " balas Sienna
"okey sienna. terima kasih." Rex terus bergegas turun dari kelasnya di menuju ke sempadan hijau
Sempadan hijau sebenarnya bukanlah sempadan namun gelaran kepada satu kawasan yang memisahkan kawasan pelajar biasa dan pelajar elit di Avant Garde. Dinding kawasan itu dicat dengan warna hijau sebab itulah di gelar kawasan hijau oleh pelajar Avant Garde.
Rex berjalan melintasi bilik guru. belum sempat dia tiba di sempadan hijau itu satu suara menyapanya dari belakang
" Rex"
Rex memalingkan wajahnya. kelihatan Max bergegas menuju ke arahnya.
"ada apa apa information tak?" tanya Rex
"Hana tak dapat trace benda ni dari mana. dia cakap mungkin wanita yang malam tu pakai glove. jadi dia tak dapat kesan." balas Max
"ohh takpalah." balas Rex
"sienna nampak kau dengan Marco tadi" sambung Rex
" ya aku terserempak dengan dia tadi masa balik dari jumpa Hana."
"ouhh. kau tak tanya dia?" tanya Rex lagi.
"tak. aku malas nak tanya dia lagi. biar kita cari sendiri dulu." balas Max.
Mereka kemudian berjalan menuju ke kelas masing-masing.
Sepasang mata sedang melihat mereka dari jauh berjalan ke kelas. Marco hanya memerhati. tangan kanannya sedang bermain pisau 'butterfly'. pisau itu dipusing-pusing dengan lincah. dia kemudian beredar.
Sesi persekolahan untuk tahun itu hampir tamat. mereka sudah di hujung tahun. Ini bererti pelajar-pelajar di tahun akhir bakal menamatkan pengajian mereka. Max, Rex, Sienna, Hana dan pelajar-pelajar tahun akhir yang lain bakal melangkah keluar ke alam yang lebih mencabar. mereka bakal menamatkan persekolahan. begitulah kehidupan, penamat kepada satu situasi hanyalah satu permulaan kepada situasi yang baru.
Rex dan Max berjalan pulang. Mereka berbincang untuk bertemu di pinggir kota Gohnegm di malam hari. Mereka ada misi baru. Misi mencari wanita yang mereka bertemu tempoh hari.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...