Max memerhati gerak geri lawannya dari jauh. Dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Dia berpecah dari Rex beberapa hari yang lalu. Mengikut rancangan yang sudah diteliti, mereka akan berpecah dan mendapatkan buruan masing-masing lalu bertemu kembali di tengah kota Gohnegm.
Max membuka langkah. buruannya sedang berjalan ke sebuah lorong yang agak terpencil dari jalan yang dipenuhi orang ramai. Max sudah bersedia. Dia akan selesaikan secepat mungkin. Max mengekori dari jauh.
Max tiba di lorong gelap itu. namun buruannya hilang dari pandangan. Dia berasa tidak sedap hati.
Max mengelak tangkas. satu pisau melayang laju ke arah kepalanya dari atas.
"Sial!" Max berbisik sendirian.
"aku tak sangka budak budak yang ikut aku. memang aku tak nafi. kau punya keberanian !" satu suara dari atas kemudian pemilik suara tersebut melompat dan mendarat tidak jauh di hadapan max.
seorang lelaki berambut panjang di pertengahan umur terpacak dihadapannya. matanya merah memandang tepat ke arah Max.
"kau dah tahu mengapa aku disini jadi tak perlulah aku banyak berbicara" Max menggengam penumbuknya.
ZUSHH
dia berlari ke arah buruannya. penumbuknya digenggam erat.
300 POUNDS SHOT
penumbuknya dilepaskan.
PAPP
Matanya membesar. Max kaku. penumbuknya digenggam lawannya. seperti tiada apa-apa. ini kali pertama perkara sebegitu terjadi.
"aku tahu kau tekejut, tapi tenang. ingat! dalam dunia ni jika engkau rasa kau paling hebat, ada lagi yang lebih hebat. aku Lich. selamat berkenalan" Lich tersenyum. dia melepaskan tendangan keras
DUSHHH
Max melayang jauh. kepalanya terhantuk di dinding. Max tidak sedarkan diri
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...