Pagi itu Max dan Rex menunggu ketibaan Marco di hujung pintu kota gohgnem. mereka akan bergerak ke ladang itu. tidak lama kemudian Marco tiba. dia kelihatan bersahaja.
"aku tak percaya la budak ni" bisik Rex
"kali ni ja Rex" balas Max
"aku tak akan cuba untuk bunuh kau Rex" sampuk Marco
"dapatka kau bunuh aku" balas Rex
"harini kita fokus untuk kerja harini. perbalahan sesama sendiri dilarang" Max cuba menenangkan keadaan.
Mereka mula berjalan menuju ke arah selatan. menuju ke ladang tersebut. tidak banyak perbualan yang berlaku. Marco lebih selesa berdiam. Dia tahu Rex panas baran. pergaduhan sekarang tidak akan membawa apa apa keuntungan. Mereka tidak banyak berbual. setelah hampir 45 minit berjalan mereka tiba di sebuah ladang yang diceritakan oleh kristine.
Mereka memerhati di sekitar ladang sayur itu. tiada sesiapa kelihatan. Mereka terus menuju ke pondok kecil kelihatan seperti rumah di tepi ladang itu. terdapat lambang bulan sabit hitam di pintu pondok itu. Mereka yakin inilah tempatnya. belum sempat Max mengetuk, pintu dibuka perlahan.
seorang lelaki yang agak berusia membuka pintu.
"kedatangan kamu sudah ditunggu" ujarnya.
Max, Rex dan Marco berjalan masuk. seorang gadis sedang duduk di meja sambil menghirup secawan kopi.
"aku sangka korang akan ambil masa yang lama untuk jumpa tempat ni" ujarnya lalu menghirup kopi itu.
"terima kasih kepada saya" Marco membuka bicara.
gadis itu bangun. mukanya masih tidak jelas. pencahayaan di dalam pondok itu agak gelap. hanya satu tingkap yang dibuka.
"Marco. kami tak sangka pedang gang Merc akan ikut sekali. aku ingat kau hanya berminat dalam berbalah, bergaduh dan membuat keuntungan sahaja. Macamana the Merc boleh lepaskan kau kesini. Boss kau benarkan ka" ujar gadis itu.
Marco agak terkejut dia dikenali gadis itu. sedangkan dia tidak mengenali gadis itu.
"aku adalah boss aku sendiri" Ujar Marco
Gadis itu hanya tersenyum. dia kemudian berjalan ke arah pintu dan keluar dari pondok itu.
Mereka bertiga mengekorinya dari belakang. Gadis itu terus berjalan lalu berhenti di tengah-tengah ladang sayur itu. dikelilingi kobis dan cili. Dia kemudian berpaling menghadap mereka bertiga.
"nama aku Ardiana. panggil aku Diana. "
wajahnya masih tidak kelihatan penuh kerana hoodie yang menutup kepalanya beserta topeng mukanya yang menutup sehingga ke hidungnya. yang kelihatan hanya dua matanya yang biru sebiru lautan indian.
"aku akan beritahu perkara sebenar yang terjadi. sebelum itu, boleh ka aku percaya mereka berdua?" Diana menjeling ke arah Marco dan Max
Rex melihat ke arah Marco. Marco hanya diam tidak berkata apa-apa.
"bolehka aku percaya yang apa kau bakal ceritakan ini adalah benar ?" soal Rex kepada Diana kembali
"itu terpulang kepada kau." balas Diana
"aku percayakan mereka berdua." Rex membalas tanpa memikir panjang
"baiklah jika begitu. .." ujar Diana
" kami adalah bulan sabit hitam atau dikenali sebagai Black Sickle,kami tahu apa yang orang ramai tidak tahu. kami tahu pasangan Valfoor mati dibunuh bukan mati akibat kemalangan seperti yang kau tahu. ayah kau telah menemukan sesuatu yang sangat berharga. sesuatu yang menyebabkan User sanggup berbunuhan untuk memilikinya. dan boleh menyebabkan kemusnahan jika benda itu jatuh ke tangan yang salah dan sekarang kami perlukan kau Rex. untuk mencari benda itu. benda yang menyebabkan kedua orang tuamu dibunuh."
"okey jadi sekarang.. benda tu hilang lah kan.. sebab tu korang mencari dia. so korang perlukan Rex untuk cari benda tu." tanya Max yang dari tadi hanya diam.
"secara umumnya begitulah kisahnya" balas Diana
"benda apa itu. kenapa orang ingin memilik benda tu " soal Marco.
"itu aku tidak boleh memberi tahunya sekarang"
"tapi aku nak tahu jugak"
"bukan harini"
Marco melihat Diana dengan pandangan yang tajam.
Diana tersenyum sinis. dia sedikit tidak berasa terancam dengan pandangan Marco.
"baiklah. kalau kau dapat jatuhkan aku ke tanah, aku bagitahu sekarang juga." ujar Diana
"hehe.. perempuan ni." ujar Marco mengundur sedikit jauh ke belakang.
Max dan Rex segera ketepi bagi membuka ruang. Mereka seakan turut menyokong pergaduhan yang bakal terjadi.
Lelaki yang membuka pintu tadi hanya memerhati dari jauh. dia menggelengkan kepalanya lalu berjalan mengambil cangkul dan terus berlalu pergi.
"silap besar dia ajak aku bertarung haha. perempuan ni yakin betul. ini God's Weapon lah." bisik Marco dalam hati.
"serang bila bila masa kau bersedia" ujar Diana. dia hanya berdiri tegak dan kelihatan santai.
"aku sentiasa bersedia" balas Marco.
begitu pantas Marco terus berlari meluru ke arah diana.
sebuah pedang muncul di tangan Marco.
"WARGHHH!"
jerit Marco yang kemudiannya melompat sambil pedangnya menghunus kehadapan.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...