Bab 36

41 7 2
                                    


"aku rasa aku dah perkenalkan diri dengan betul." Ujar Diana.

dia berjalan menuju ke arah Max dan Rex. Marco mengekorinya dari belakang.

"aku Rex. Rex Valfoor. ini Max Metus. " ujar Rex. Max hanya tersenyum sambil menunduk tanda perkenalan.

Diana mempalingkan wajahnya ke arah Marco.

"Marco." Ujar Marco pendek.

Diana hanya tersenyum.

"Jarang dapat jumpa user God's Weapon zaman sekarang." Ujar Diana

Marco hanya mendiamkan diri.

"marilah. kita sembang di dalam rumah." Diana berjalan masuk ke dalam rumah disusuli oleh mereka bertiga.

tibanya di dalam rumah, mereka pun duduk di meja di bahagian dapur. 

"aku masih tak faham apa yang kau cuba sampaikan tentang tadi." Ujar Rex

"ibu bapa aku mati dibunuh? aku tak faham" sambung dia lagi.

"berapa umur kau ketika ibu bapa kau meninggal dunia?" tanya Diana

"lebih kurang 13 tahun yang lalu. umur aku waktu itu 5 tahun." balas Rex

"apa yang kau ingat?" tanya Diana lagi.

"tak banyak. tapi wajah mereka berdua masih jelas dalam ingatan aku. ada juga memori-memori yang aku masih tak dapat lupakan. tapi tak banyak. kebanyakannya pudar." balas Rex.

"tak mustahil kau taktahu apa apa. kau masih kecil Rex." Ujar Diana

"sebenarnya apa yang kita tahu tentang user sangat sedikit. terlalu banyak rahsia yang tidak diberitahu. " sambung Diana

"ayah kau telah membuat penemuan secara tidak sengaja yang sangat beharga. dan dia dibunuh kerana sifat tamak orang lain yang inginkan kuasa. sebenarnya ayah kau ..."

Mereka bertiga fokus mendengar penerangan yang diberi tahu oleh Diana.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rex, Max dan Marco berjalan pulang menuju ke kota Gohnegm. kata-kata Diana masih terngiang-ngiang di dalam kepala mereka bertiga. mereka hampir tidak percaya apa yang didengari mereka.

"Max, Marco!" Panggil Rex.

Max dan Marco berhenti berjalan lalu menoleh ke arah Rex.

"aku perlukan korang untuk simpan rahsia ini. Marco, aku tahu kita banyak perasaan dan pengalaman yang tidak baik sesama kita tapi untuk kali ini aku harap kita berada di muka surat yang sama." Ujar Rex

Marco hanya mendiamkan diri. Dia menganggukkan kepalanya sedikit kemudian sambung berjalan.

tidak lama kemudian mereka tiba di kota Gohnegm. Marco pun beredar ke arah lain. mereka berpisah di hadapan pintu kota Gohnegm.

"kau rasa boleh percaya ka Marco tu?" tanya Rex kepada Max

"aku tak rasa Marco akan bertindak sesuka hati seperti memberitahu apa yang kita tahu harini pada orang lain. Dia tak sebodoh tu. lagipun aku nampak dia seperti berfikir panjang. seolah-olah ada sesuatu bermain di fikirannya" balas Max

"kalau kau rasa macamtu okey lah." ujar Rex. Rex lebih percaya mendengar pendapat Max.  Max seorang yang sangat rasional dan bijak. Dia kenal rakannya itu seumur hidupnya.

"kita jumpa di sekolah esok. aku ada hal sedikit" ujar Max lalu berjalan pergi.

Rex hanya mengangkat kepalanya sedikit tanda faham. Dia pun berjalan ke rumahnya.




________________________________________________________________________________


keesokan harinya, Rex tiba lebih awal ke sekolah. Dia masuk ke kelasnya lalu meletakkan barang di mejanya. dia pun duduk termenung panjang. 

"oi Rex! kau dah apahal. datang awal pulak tu. semangat sekolah dah nak habis ka." rakan sekelasnya Rick menegurnya.

"yakan. sekolah dah nak tamat lagi sebulan. " Rex berbicara dalam hati.

Rex sudah berada di tahun akhir. Dia bakal menamatkan diri sebagai pelajar sekolah dalam masa sebulan lagi. Sekolah User sedikit berbeza. skop pembelajaran, peperiksaan juga berbeza. mereka tamat sekolah diusia 18 tahun. 

"Oi Rick ada orang bergaduh di Blok C" satu suara menjerit dari luar.

Rick pantas berlari keluar menuju ke Blok C.

Rex hanya duduk di meja. 

"pelik betul kau tak berminat nak ikut bergaduh.  sejak kena gantung sekolah niada apa apa berlaku ka?" satu suara menegur dari belakang.

Rex menoleh ke belakang. 

"Sienna." Ujar Rex perlahan

"takda apalah. aku rasa buang masa aku bergaduh sekarang" tambah Rex

Sienna hanya tersenyum.

"baguslah kau fikir begitu" balas Sienna. 


Tiada apa- apa yang menarik berlaku sepanjang sebulan tersebut. Rex hanya mengulangi rutin yang sama sehinggalah mereka tamat persekolahan. Kini dia dan Max boleh fokus untuk benda yang lebih besar. Rex tidak sabar. Dia teruja dalam masa yang sama dipenuhi dengan amarah. Kemarahannya tersimpan untuk pembunuh kedua ibu bapanya.



RexWhere stories live. Discover now