"HAHAHA!"
" lepas tu kau tahu tak apa jadi?" Rex tanya sambil menahan ketawa
"Apa sial. Apa jadi hahaha!"
"Aku blackout kan satu bangunan laa hahahaha! " Rex berseloroh
" Hahaha jilake perangai hahahah! " Max ketawa sambil menampar-nampar kepala kawannya itu.
Dua orang pemuda ini berjalan sambil bergelak ketawa. Perjalanan yang agak panjang untuk sampai ke Stone Market. Mereka tidak mempunyai kuda sebagai tunggangan jadi berjalan kaki adalah alternatif utama. Rex boleh sahaja bergerak sepantas kilat untuk kesana. Namun dia tidak mahu tinggalkan Max berjalan berseorangan.
Apa gunanya kawan jika ditinggalkan. Tambahan pula jika Rex menggunakan kuasanya untuk bergerak pasti akan ada kesan buruk kepada kawasan sekitarnya. Mungkin ada kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang berada di laluannya boleh tercedera.
Selepas hampir 2 jam berjalan, mereka berhenti di sebuah anak sungai kecil. Max meletakkan bag galas kecilnya diatas tanah. Lalu dia berbaring. Rex segera menuju ke anak sungai untuk membasuh muka.
"Lagi setengah jam kita gerak. aku nak baring jap." Ujar Max yang sudah terbaring dengan matanya sudah tertutup.
" ok. Aku nak ke hujung sana sekejap. Ada hutan situ. Mana tahu jumpa apa-apa. " Rex membalas .
Max hanya diam. 20 minit berlalu. Rex masih tidak kelihatan.
"Prakk"
Max membuka matanya. Bunyi ranting patah dipijak mengejutkannya. Dia duduk bersila sambil memerhati keadaan sekeliling.
" keluar ja. Takda guna sembuyi." Max meninggkan suaranya
" hehehe tajam pendengaran budak ni" seorang lelaki keluar dari semak samun.
Lelaki tersebut menyarung kepala harimau di kepalanya sebagai topeng. Pakaiannya sekali imbas sudah diketahui Max yang lelaki itu seorang Outcast. Outcast ini kerjanya lebih kepada jenayah. Apa sahaja kerja yang memberi keuntungan akan dibuat mereka. Dari merompak sehingga menculik.
" panggil lagi tiga keluar sebelum aku pecahkan kepala kau" ujar Max
Lelaki tersebut membesarkan matanya. Terkejut. Bagaimana dia tahu ada lagi tiga.
"Takguna" lelaki itu meludah air liurnya ke tanah.
Tanah mula bergegar. Max menjadi tidak stabil. Dia hampir jatuh namun berjaya diimbang badannya.
" bender" bisik Max sendirian. Lelaki tersebut mengambil posisi kekuda. Penumbuknya digenggam. Seketul batu yang besar muncul dari belakangnya lalu melayang kearah Max.
Batu yang besarnya melebihi manusia dewasa itu menghempap Max. Menutupi seluruh badannya termasuk kepala.
Hentakan yang amat kuat. Sunyi. Lelaki tadi tersenyum sinis.
" menjadi gak taktik ni hahaha! . Keluar woi. Budak ni dah tumbang." Lelaki tadi memanggil dua lagi rakannya yang sedang bersembunyi dibalik semak.
"Hahahah! " mereka ketawa gembira.
"Kena hempap ntah ntah dah mati budak tu." lelaki yang berbadan agak sasa bertanya
" takpa organ pun laku hahaha" balas seorang lagi yang tubuhnya agak kecil.
"Hahahaha"' mereka sambung ketawa.
"Hahaha" mereka terdiam
"Hahahah" ada suara lain yang turut ketawa.
Suara itu jelas datang dari bawah batu. Tergamam seketika. Mereka tangkas mengambil posisi bersedia untuk bertempur. Batu yang menghempap Max tadi mulai retak lalu pecah. Kelihatan Max sedang tersenyum.
Tiada luka secalar pon di badannya. Max bingkas bangun. Dia menyapu-nyapu debu yang melekat di bajunya
" series kau hempap batu atas aku? Hahaha" Max ketawa
Tiga orang lelaki tadi mula berasa tidak sedap hati.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...