Bab 12

128 11 0
                                    




"kau tunjuk kami tempat the swamp problem ja. kau tunjuk tak perlu buat apa. kami bagi la sikit nanti duit upah. ok macamtu?" Rex akhirnya membuka bicara.

"jadi plan korang nak tumpaskan the swamp problem? korang dua?" Poku mula berfikir yang dua orang ni memang mencari maut.

"Yup." jawab Max pendek.

"Diorang fikir boleh tumpaskan the swamp problem macamtu ja. dahla dua-dua macam budak ja lagi". Poku berbisik di dalam hati.

" Ok baiklah. tapi syaratnya aku nak duit sekarang. takda tapi tapi aku nak sekarang. takda duit aku tak tunjuk." Poku mula merancang sesuatu. Dia merancang untuk apabila dapat ja duit terus dia akan lari tinggalkan Max dan Rex. Dia seekor Cheetah. Mana ada manusia yang cukup laju untuk menandingi seekor Cheetah.

"ok setuju. tapi kalau kau tipu, kami ambik balik duit dan kau kena jugak tunjuk tempat the swamp problem." Balas Max.

"ok setuju." Poku mengangguk faham.

Max mengeluarkan wang dari poket dan menghulurkan 500 shekel kepada Poku.

"wow 500 shekel. seminggu kerja pon belum tentu boleh dapat" bisik Poku dalam hati.

Poku mengambil wang tersebut lalu menyimpannya didalam poket seluarnya. Wajahnya mula berubah menjadi seekor Cheetah. Seluruh badannya turut mengalami perubahan drastik. Ekor yang panjang keluar dari bawah pinggangnya. Pakaian yang dipakai oleh Poku diserap masuk dan turut hilang bersama ciri-ciri manusianya yang lain. Dia kini adalah seekor cheetah.

Poku mula membuka langkah. beberapa saat sahaja dia sudah jauh dihadapan.

"HAHAHA selamat tinggal. " bisik Poku didalam hati. keempat-empat kakinya memecut laju. meninggalkan Max dan Rex jauh di belakang.

Max dan Rex saling berpandangan.

"Dahtu sekarang macamana?" Tanya Rex

"ermm macamni. bawak dia datang sini balik lepastu kita suruh dia bawak jugak ke the swamp problem tanpa bayaran sebab cuba lari dan tipu kita." Max memberi instruction kepada Rex.

"Ok sekejap ehh" Balas Rex

"ehh kejap. lagi satu jangan pukul, tumbuk, elektrick shock, bakar dan buat apa-apa kat dia. senang cerita jangan cederakan dia la. bawak balik ke sini dengan keadaan sempurna." sambung Max.

"Ok bereh.."

'PRAAANNGGGGG!'

Warna putih keungguan menerangi kegelapan senja buat beberapa saat . Bunyi kilat yang kuat tadi agak menakutkan Poku namun dia tetap tidak berhenti memecut. badannya terasa melayang sedikit kerana kilat tadi terasa seperti lalu disebelahnya sahaja.

"shitttt ..!" Poku memperlahankan lariannya. Pecutannya mengambil sedikit masa untuk berhenti kerana terlalu laju. Dia mula berubah ke bentuk manusia semula dan menggunakan kaki sebagai brek. Debu-debu tanah menyebabkan dia terbatuk sedikit. Namun dia berjaya berhenti sebelum melanggar susuk tubuh yang berdiri dihadapannya. Debu mula mengghilang dan wajah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya mula jelas.

"Hai saya Rex, User kilat  dan yang kat belakang sana tu kawan saya Max. Mintak maaf la tadi lupa nak perkenalkan diri hahah.." Rex menghulurkan tangannya seperti ingin berjabat tangan.

wajah Poku sudah cukup untuk memaparkan apa yang dia rasa didalam hati. Terkejut, takut, dan kagum. Dia menyangka selama ini dia user terpantas namun sangkaannya terbukti salah pada hari ini. Dadanya turun naik dengan kencang. penat berlari agaknya. Poku masih belum membuka bicara.

"ok jom kita kesana semula. pergi ke kawan saya tu." Rex mengajak Poku ke tempat Max tadi.

" nak lawan siapa sampai dulu tak ni? hahaha" Rex menyindir Poku yang masih mendiamkan diri.

"takpalah kita jalan macam biasa ja la ok." Rex meletakkan tangannya disekeliling leher Poku. lagak mereka berdua seperti orang yang sudah berkawan lama. Poku tidak memberi apa-apa reaksi. Dia hanya mengikuti langkah Rex. Mereka berdua pon berjalan semula ke arah Max.

"Harini aku kalah dan hari esok the swamp problem tumpas." Bisik Poku didalam hatinya.

Dia mula tersenyum sendirian. Kelakar apabila difikirkan semula bahawa beberapa saat yang lalu dia ketawakan dua orang budak ini kerana ingin menumpaskan the swamp problem tapi sekarang dia pula yang yakin dua orang budak ini mampu menumpaskan the swamp problem dengan sebelah tangan sahaja.

RexWhere stories live. Discover now