Rex berjalan keluar. mulutnya yang berdarah disapu dengan lengan bajunya. perasaan marah bercampur terkejut menyelubungi hatinya. jiwanya kacau. ini kali pertama dia kalah sejak sekian lama. Rex berasa dirinya begitu lemah.
Rex berjalan menuju ke arah lokasi yang sudah dia janjikan dengan Max untuk berjumpa apabila kerja mereka selesai. tapi buat pertama kalinya, kerja dia terkandas di tengah jalan.
Pintu gereja usang itu ditolak perlahan. Rex berjalan menuju ke bilik belakang. suasan di dalam gereja itu amat usang. habuk memenuhi ruang mata. sarang labah-labah terjuntai disana-sini. kerusi panjang di dalam gereja itu kelihatan amat lusuh.
Rex memberhentikan langkahnya. Dia terkejut melihat sekujur tubuh sedang tersandar di dalam bilik itu.
"Max!"
Rex segera mendapatkan rakannya yang tersandar sepi.
"kau okey tak ni?" Rex menggoyang-goyang bahu Max.
Max tersenyum menampakkan giginya yang sedikit kemerahan bercampur darah.
"apa yang kau rasa Rex?" Max membuka bicara.
"bila last kita kalah macamni?" sambung Max
Rex terdiam. dia kaku bicaranya.
"dahla jom kita balik" balas Rex
Rex memapah rakannya itu keluar dari gereja.
Excercit kelihatan disana-sini. kecoh akibat kejadian sebentar tadi. seorang lelaki berusia awal 20 an menghampiri mereka.
"kamu yang elekrik tu" Lelaki itu menyapa
langkah Rex terhenti. Max memanggungkan kepalanya melihat pemilik suara tersebut.
"saya Trevor. anggota Excercit"
Trevor menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Ya kami tahu kamu Excercit. uniform kamu dah jelas menampakkan kamu siapa." Ujar Rex
" haha .. ya.sebenaranya saya nampak segala yang terjadi di dalam bank tadi. semasa kamu bertempur dengan User Besi tu" Ujar Trevor
"ada apa? kawan saya perlukan rawatan segera saya kena cepat" ujar Rex.
"biar saya tolong kamu. " trevor segera membantu Rex memapah Max ke tempat medic yang sudah tersedia.
" kenapa kamu tiba-tiba tolong kami. Excercit bukan pernah kisah pasal skiptraces" Max yang dari tadi diam membuka bicara.
"Sebenarnya saya kagum dengan kamu. dan saya ingin meminta maaf. semasa kamu bertempur tadi saya ingin turut membantu namun selepas melihat kamu dibantai teruk saya segera menyembunyikan diri." Balas Trevor
"saya rasa sangat bersalah dan ingin meminta maaf. saya terlalu takut untuk menghadap lawan yang sepatutnya menjadi tugas saya" sambung Trevor lagi
Max tersenyum. lalu duduk bersandar sambil seorang ahli medik sedang membalut kepalanya yang luka.
" takpa. apa yang kau buat tu tindakan yang betul. kau tak patut melulu ke arah lawan yang kau tidak pasti kekuatannya" Ujar Max
"kami yang terlalu bodoh dan yakin. terlalu naif" sambung Max. suaranya tersekat sekat akibat sakit.
Trevor hanya menundukkan kepalanya.
"jadi kamu berdua akan mengelak dari berjumpa dengan penjenayah tu lagi selepasni?" Trevor menyoal
"HAHA TAK!" Rex menjawab.
"kami dah janji dengan seseorang untuk tumpaskan mereka" sambung Max
Haah? kau gila?" balas Trevor. sudah hilang percakapannya yang agak sopan tadi.
Max bingkas berdiri.
" Fuhh! cergas seperti sedia kala. jom gerak. terima kasih untuk bantuan" Ujar Max
Rex dan Max segera berjalan pergi. meninggalkan trevor yang masih terpinga-pinga di belakang.
Trevor tidak faham. bukankah sepatutnya kita mengelak dari benda yang boleh menjatuhkan kita? dia tidak mengerti apa yang difikiran dua orang pemuda itu.
kelibat Max dan Rex sudah hilang dari pandangan. Trevor duduk sendiri. memikirkan nasib yang akan datan terhadap mereka berdua.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...