Bab 32

50 4 0
                                    


"aku tak dapat fikirkan apa-apa petunjuk mengenai bulan sabit hitam di kota Gohgnem" Ujar Kristine

"tapi" dia sambung

"tapi ada satu ladang sayur tidak jauh dari sini. kira kira 5 km selatan luar kota Gohgnem"

"aku ternampak lambang bulan sabit hitam tu di pintu pondok ladang sayur tu. aku pun tak pasti tapi itu jalah clue yang aku ada. " Ujar Krisitine lagi

"hurmm okey. tapi macamana sampai ke situ kau tahu?" tanya Max

"aku pernah lalu di situ semasa menjalankan misi beberapa bulan dulu" balas kristine ringkas.

"terpulang kau nak pergi atau tak. tapi ini ja aku boleh bantu." Kristine berjalan ke arah pintu

"dan satu lagi, apa yang kau rancangkan Marco..? " Kristine melihat tepat ke mata Marco

Marco membalas pandangan kristine. Marco mengangkat sebelah keningnya lalu tersenyum sinis.

"apa-apa ja lah Marco" Kristine berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Okey gentleman. so? macamana? nak pergi ka tak ke ladang tu?" Marco melihat ke arah Max

"kita?" Ujar Max

"kau tak perlu ikut. terima kasih sebab tolong tapi kerja kau dah selesai" 

Max bingkas bangun  dan keluar dari bilik itu lalu diekori oleh Hana dari belakang. Max bergegas menuju ke pintu pub tersebut. belum sempat dia sampai di depan pintu, beberapa orang lelaki sudah berdiri di disitu. 

langkah Max terhenti. dia menarik lengan baju Hana rapat ke belakangnya.

"Max macamana ni?.." suara Hana jelas ketakutan

mereka terkepung. dikelilingi oleh gangster-ganger Merc. Max sedang memikirkan helah.

"Max.. aku hanya meminta informasi. itu saja. apa yang kau tahu dari benda ni aku nak tahu jugak. itu ja." Marco keluar di sebalik lelaki-lelaki yang mengelili mereka.

"apalah sang-"

'PRANGG!'

satu tubuh melayang masuk melalui tingkap ke dalam pub itu mengejutkan semua orang. 

pintu bar dibuka perlahan. satu tubuh berjalan masuk sambil mengibas-ngibas seluarnya yang sedikit kotor.

"heheh " 

Rex tersengih seperti tidak bersalah.

"pertolongan sudah datang. bergembiralah wahai orang-orang yang dalam kesusahan." laung Rex sekuat hati.

"hasishh.." Max menggelengkan kepalanya lalu menepuk dahinya.

"Rex,.. tiada siapa susah pun disini. keadaan semua dalam kawalan sehinggalah kau melangkah masuk dari pintu tu dan mamat yang masuk dari tingkap tu."

keadaan mula menjadi tegang.  Mata Rex dan Marco mula bertentangan. Jelas sebelum ini ada sesuatu yang pernah berlaku diantara mereka.

"macamnilah. kau ikut kami ke sana nanti. anggap benda ni selesai" ujar Max

Marco masih diam. anak buahnya pula dalam keadaan bersedia. menunggu arahan darinya.

Marco berjalan ke meja pub. dia duduk di kerusi lalu menunggang minuman ke dalam gelas kaca.

"baiklah kalau begitu. korang boleh pergi." ujar Marco lalu meneguk minuman tersebut.

Max segera menarik Hana keluar dari pub itu. Rex yang masih tercengang berjalan mengekori Max dan Hana dari belakang.

"aku tak faham. pergi ke mana?" tanya Rex setelah mereka berjalan jauh dari pub tadi.

"aku dapat sedikit informasi tentang bulan sabit hitam tu. " balas Max

"yaka? hahaha yes!"  Rex ketawa gembira

"takyah seronok sangat" 

"laa kenapa? happy la sikit"

"hampir hampir kita kecundang tadi dalam pub. kau punya pasal lah" 

"hahaha sorry la pasal tu. aku taktahu ada Marco dalam tu." Rex ketawa sedikit. namun di mukanya jelas tiada penyesalan.

"jadi di mana tempat tu?" tanya Rex 

"diluar kota Gohnegm" balas Max

Hana hanya berdiam. dari tadi dia hanya menjadi pemerhati. apa yang terjadi malam ini mengejutkannya sedikit. dia tidak biasa dalam situasi sebegini. selalunya dia di rumah. dia dipantau ketat. dia tak punya kebebasan sendiri.

"dah hampir tengah malam. aku hantar Hana balik rumah dulu. lepastu terus aku ke rumah kau" ujar Max

Rex hanya mengangguk lalu mereka masing-masing menghilangkan diri disebalik kegelapan malam.




RexWhere stories live. Discover now