Part 2

301 16 0
                                    

      "Pergi tidur la sial." Izrael membuka mulutnya.
        " kau yang kejutkan aku asal? Serkarang ni aku turun nak diamkan kau." Rex mengangkat keningnya sedikit.
Suasana menjadi semakin tegang. Pelajar yang lain hanya menjadi pemerhati. Tiada seorang  pun yang berani mencelah. Kelihatan langit menjadi semakin gelap. Awan mula berkumpul membentuk satu gumpalan yang besar. Betul di atas sekolah Avant Garde.  "Sudah berhenti!!". Suara nyaring milik Miss Chieta kedengaran dari jauh. Langit kian cerah. Awan bergerak semula seperti biasa. Dua orang lelaki iaitu pembantu Miss Chieta berjalan mengiringinya. Rex ingin beredar. Belum sempat dia membuka langkah Miss Chieta bersuara. " Rex dan Izrael jumpa saya di bilik saya, yang lain beredar ke kelas. Sekarang!". Semua pelajar yang terbaring dan sebagainya bagaikan ketakutan beredar dari petak avant. Rex segera beredar. Menuju ke bilik Miss Chieta yang terletak beberapa blok dari blok kelasnya. 
              Dia menuggu ketibaan Miss Cheita di hadapan biliknya. Izrael pula masih tidak kelihatan. Tidak lama kemudian, Miss Cheita datang membawa sebuah fail hitam bersamanya. Mereka masuk kedalam bilik sambil menunggu ketibaan Izrael.
" dah berapa kali minggu ni? Tanya Miss chieta.
" benda pa?
" bergaduh? Merosakkan harta sekolah? Menimbulkan kekecohan? Huh? Berapa kali?" Mis Cheita memandang tepat mata Rex. Rex hanya membalasnya dengan senyuman.
"Entah." Pendek jawapannya.
" Rex, ingat. Dengan kuasa awak tu kalau awak tak belajar menggunakan sebaiknya ia akan memakan diri sendiri. Ingat. Kita user. Populasi kita makin sedikit. Sebab kita sendirilah ini terjadi. Bergaduh, bunuh membunuh, banyak lagi. Sampai bila ha? Sebab tu Zien nak dunia kita dipisahkan. Bahaya untuk mereka bersama kita." Panjang lebar Miss Cheita berceramah.
" Zien tu cuma dengki dengan kita. Mereka tak ada kuasa macam kita." Rex berhujah.
" tak rex. Kita perlukan Zien untuk terus hidup. Awak pun tahu. Mak awak pun Zien. Semua kita berasal dari Zien. Seseorang tak akan mampu mendapatkan zuriat hasil dari persenyawaan user dengan user. Awak pun belajar dalam kelas kan? Kita perlukan Zien. Sebab tu tuhan ciptakan Zien. Tapi sekarang? Zien dah berpisah dengan kita. Ini semua akibat dari user sendiri. Sikap kita sendiri."
Rex terdiam. Ada betulnya kata Miss Cheita. Satu pasangan itu tak akan mampu melahirkan anak tanpa salah seorang dari mereka adalah Zien. Ini kerana sel dalam badan user sedikit berlainan dan ia perlukan sel zien untuk proses persenyawaan dalam menghasilkan gamet. Jika ayah adalah seorang user api misalnya. Dan berkhawin dengan zien. Maka anaknya kemungkinan besar ada yang mewarisi api dan ada yang menjadi zien. Adil. Hukum alam memang adil. Antara sebab sekolah seperti Avant garde dibuka ialah sebab ini. Mendidik user menjadi berhemah menggunakan kuasa.            Bagi menyatukan semula Zien dan User. 200 tahun yang lalu, zien hidup bersama user. Tapi akibat dari user yang suka bergaduh, berperang dan sebagainya Zien mengambil keputusan untuk berpisah.                      
                   Sebuah tembok panjang membahagi bumi kepada dua dunia berbeza yang dibina oleh User Creator. Iaitu seorang user yang agung pada suatu masa dahulu kerana dia satu satunya user yang mempunyai dua kuasa. Ibu bapanya adalah user. User creator mampu menyembuhkan manusia serta membaiki benda. Walhal menyembuhkan dan membaiki adalah dua kuasa yang berbeza. Seperti pembantu Miss Cheita, mereka adalah user Fixer. Iaitu membaiki segala kerosakan pada barang atau objek. Seperti pinggan yang pecah, kayu yang patah hinggalah ke bangunan yang runtuh . Semua yang berasaskan benda tidak hidup mampu mereka baiki. Lain pula bagi user Healer. Mereka hanya mampu menyembuhkan benda hidup seperti manusia , haiwan dan tumbuhan. Seperti sienna, dia adalah user healer.

RexWhere stories live. Discover now