Bab 20

76 9 0
                                    


"semuanya empat kan. mana lagi dua?" Rex menanyakan soalan pada Max yang sedang sibuk mencari apa-apa petunjuk dari poket baju dan seluar musuhnya yang telah tumpas.

"ntahlahh. sepatutnya memang empat. tapi ada dua ja ni. peliklah pulak rasa" Max mula meninggalkan jasad yang terdiam kaku itu setelah tiada apa apa yang dijumpainya.

"kalau ni perangkap sekalipun, lagi dua sepatutnya muncul semasa kita tengah lawan tadi. takpun semasa kita tengah cuai. tapi tak jugak muncul" Max membuat andaiannya yang selalunya betul. 

"kalau kita cari Alice lepastu tanya amacam?" Rex memberi idea.

"mugkin dia tahu atau mungkin jugak dia tak tahu. tapi kau ingat senang nak jumpa harimau tu. aku rasa dia dah lesap. " balas Max.

"macamnilah. kita stay sini dulu untuk 1 malam. Mungkin lagi dua ada kerja di tempat lain dan mereka akan pulang ke tempat penyembunyian ni . tapi kalau sampai pagi  lagi dua tu tak datang jugak, kita blah cari petunjuk di tempat lain. " sambung Max

"okey lah macamtu" balas Rex

Rex menyalakan unggun api. Max pula sedang menyiang ikan yang baru ditangkapnya. dua orang pemuda itu menghabiskan makan malam mereka lalu terus tidur. penat bertarung mungkin. 

sepanjang malam, tiada apa - apa benda yang mencurigakan di paya itu. Max dan Rex membuat keputusan untuk beredar. Mereka menuju semula ke Stone Market. Mungkin disitu mereka akan mendapat petunjuk baru. 

" Harini isnin kan? kau tak nak masuk kelas ke?" Rex bertanya kepada Max

" taknaklah. lagipun kita ada kerja kan ni. takkan aku nak biar kau sorang-sorang buat kerja ni"  balas Max.

" cehh macamlah aku ni budak-budak. lagipun aku yang kena gantung sekolah. bukan kau." sambung Rex

" aku cakap taknak aku taknak la. nak makan penumbuk ka baru nak faham." balas Max.

" HAHAHA! okay okay rilek la setan" Rex menampar nampar belakang kawannya itu.

" setan dah pupus lah hahahah!" sambung Max

"yeke dah pupus? ada sekor di Avant Garde. tak silap nama dia Izrael."

" HAHAHAHAHA"

Mereka berdua ketawa terbahak bahak sambil menuju ke Stone Market.

Setibanya di Stone Market, mereka segera ke Wanted Hut. Wanted Hut bukan sahaja tempat untuk menuntut ganjaran hasil daripada menumpaskan musuh yang diburu pihak berkuasa, Wanted Hut juga adalah tempat untuk mendapatkan senarai nama buruan terkini dan maklumat tentang mereka. Namun, bukan semua maklumat boleh didapati di Wanted Hut. Lazimnya mereka perlu mencari sendiri maklumat yang dikehendaki.

" dua swamp problem ada di paya 10 kilometer di arah timur dari Stone Market. Rasanya dua-dua dah mati. " Max memaklumkan kepada pegawai yang menjaga kaunter Wanted Hut tersebut. 

"baiklah. kerja yang bagus. nanti bila pihak kami dah confirmkan betul, kami akan hantarkan wang ke anda berdua.kamu berdua masih dalam senarai pemburu?" tanya pegawai itu.

" Ya masih." Max menganggukkan kepalanya. 

" baiklah nama kamu? " tanya pegawai itu.

" Max Metis dan Rex Valfoor. "

pegawai tersebut kemudian membuka almari dibelakangnya dan mengambil sebuah buku log yang tebal.  matanya menyala dan jari-jemarinya menyelak helaian demi helaian begitu laju. kemudian dia berhenti. 

" ermm. prestasi yang agak menakjubkan bagi pemburu semuda kamu" kata pegawai itu setelah melihat rekod mereka berdua.

Pegawai itu kemudiannya menulis sesuatu diatas sekeping kertas dan meletakkan di dalam laci mejanya. 

" okey dah selesai ya" 

" terima kasih " balas Max.

Setelah selesai urusan di Wanted Hut. Max dan Rex bergerak ke sebuah kedai makan di tengah-tengah Stone Market. Kedai itu sesak dengan orang. Sedap mungkin masakannya. Murah mungkin harganya. Tetapi Max memilih kedai tersebut kerana mereka mungkin akan mendapat maklumat mengenai lagi dua ahli Swamp Problem di situ. Max dan Rex segera duduk di sebuah meja kosong. Mereka hanya meminta dua gelas Vyck sebagai minuman. Vyck amat terkenal di Stone Market. Ianya air minuman yang dicampur kopi susu dan minuman tenaga. Amat sesuai kepada pengembara-pengembara dan mereka yang melakukan aktiviti berat. Katanya air itu pemberi tenaga yang amat berkesan.

Dua cawan Vyck sejuk dihidangkan dihadapan mereka. Rex segera meneguk minumannya. Max hanya sekadar merasai dibibir. Tidak diteguknya dengan betul. Matanya liar memerhati sekeliling. Telinganya peka mendengar perbualan disekitarnya.

" kau nak minum tak air kau tu?" Rex memecah kesunyian.

" kalau nak minum, minumlah. " Max hanya membalas pendek

" macamanalah air ni boleh femes. Rasanya macam tebu tak masak." Sambung Max

" cehhhh. Dah tak suka order buat apa" balas Rex.

" maafkan pakcik nak, kosong kah kerusi ni? Pakcik nak minta duduk sekejap sementara tunggu makanan siap" tegur seorang lelaki dihujung usia. Wajahnya berkedut. Tangannya menggeletar.

" ehh duduklah pakcik" balas Rex pantas

" anak ni dari mana? " tanya Pakcik tersebut.

" kami dari Gohnegm pakcik" balas Rex lagi.

" ouhh ya maafkan pakcik tidak memperkenalkan diri. nama pakcik Brod. jauh anak berdua jalan sampai kesini. apa hajatnya?"

" Saya Rex dan ini kawan saya Max. kami ke sini atas beberapa urusan peribadi." balas Rex.

" sibuk betul anak muda sekarang ni. rajin merantau. baguslah begitu." riak muka Pakcik Brod berubah sedikit.

" Pakcik sebenarnya tengok kamu berdua, pakcik teringat kepada anak-anak pakcik.." sambung Pakcik Brod.

Rex dan Max hanya mendiamkan diri. mereka cuba menghadam apa yang disampaikan oleh Pakcik Brod. orang tua dihujung usia itu kelihatan sayu dan sedih.

" anak-anak pakcik pergi merantau juga ya pakcik?" tanya Max yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

" sebenarnya anak-anak pakcik dah tiada" balas Pakcik Brod.

air matanya jatuh berlinangan. tangannya menggeletar mengusap pipinya.


RexWhere stories live. Discover now