" kita dah sampai" Alice mula bersuara selepas langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan sepanjang perjalanan.
" ok sekarang aku dah faham kenapa diorang dipanggil the swamp problem. sebab diorang duduk dekat paya! hahahaha!" Rex berseloroh lalu ketawa dengan kuat.
"laa baru perasan? tak heran kau asyik dapat nomber last dalam kelas.." Max menggelengkan kepalanya.
"Aku rasa setakat ni saja aku boleh bawak korang. selepas ni korang redah je hutan paya ni kalau nasib korang tak baik korang jumpa la dengan empat orang tu."
Alice tidak mahu untuk turut serta ikut Rex dan Max . Dia tidak mahu melibatkan diri dengan banyak lagi masalah.
" boleh bagi sikit info ke apa-apa ke pasal empat orang tu? kuasa diorang ke kelebihan diorang ke?" Max menyoal Alice
"HAHAHAHA! kau takut ke Max?" Rex menyindir rakannya itu
"Tak bukan. lebih baik kita bersiap sedia. lagipon ni tempat diorang. Diorang ada banyak advantages." Balas Max
" aku cuma tahu kuasa dua daripada empat orang tu ja." kata Alice
" yang pasti ada sorang kuasa pokok dan sorang ikan" sambung Alice
"ikan? beast user? " balas Max
"ya. beast user macam aku"
"malam ni aku dah tahu nak makan apa Max. ikan bakar!" sampuk Rex
"hihihi.." Alice tergelak sedikit dengan lawak Rex.
" oklah ..aku pergi dulu. jumpa lagi nanti. kalau ada rezeki la." Alice mula berjalan ke arah mereka datang tadi.
" jalan baik-baik woi! banyak rimau dalam hutan ni! ehh lupa ko pon rimau jugak hahaha!" Rex melaung ke arah Alice yang semakin menjauh.
Alice hanya membalas dengan melambai tangannya. tidak lama selepas itu kelibat Alice mula hilang ke dalam hutan yang tebal.
Max membuka beg kecil yang digalasnya. Rex pula sedang meregang-regangkan kepala dan tangannya. gayanya tak ubah seperti orang yang sedang bersedia untuk bersenam.
Max mengeluarkan dua gulung bandage putih. Penumbuk tangan kananya dibalut beberapa kali kemudian dia membalut tangannya sehingga ke paras siku. Dia kemudian membalut tangan kirinya pula.
" ini baru sedap haha" Max melagakan kedua penumbuknya.
" dah ready ?" Max berpaling ke arah Rex
Rex selesai meregang kedua kakinya.
" dah. Jom"
Mereka mula bergerak masuk ke dalam paya. mereka memijak akar-akar pokok yang besar. Melompat dari akar ke akar. Air memenuhi paya itu. bunyi makhluk paya seperti unggas dan monyet kuat kedengaran. setelah 10 minit meredah paya itu mereka berhenti.
" mana ah? tak nampak sekor pon ni." Rex mula hilang sabar.
" ko sabar jap. paya ni besar. ingat senang nak jumpa."
"kalau aku jerit panggil kan senang. macam aku buat kat bar haritu."
" cantik Rex. aku ada idea!" kata Max
" apa? jerit macam haritu?"
" bukan. kalau kita jerit panggil diorang, memang tak akan keluar. sebab diorang tahu kita datang cari diorang." Balas Max
" habistu?" soal Rex lagi
Max tersenyum sinis.
________________________________________________________________________________
"HHAHAHAHA! kan aku dah cakap susah. ingat senang ke nak tackle awek zien." Max bersoloroh.
" aku ingat dia akan kagum dengan kuasa aku. aku sambar la pokok tu. taktahu pulak dia takut." balas Rex.
" kau tak pro. bab nak tekel awek kena belajar dari aku laa" Max menepuk dadanya.
" cehh ingat senang nak jumpa awek zien. kalau aku mati nanti habis pewaris kuasa ni kalau tak jumpa zien nak buat isteri" Balas Rex
" jangan berputus asa. tuhan akan bagi jalan. kalau takda jalan kita buat jalan sendiri" kata Max sambil berjalan dari akar ke akar. mereka masih di dalam hutan paya. hampir setengah jam mereka berjalan.
"SHIT!"
kaki Rex tersekat. ada akar pokok yang tiba-tiba membelitnya.
satu lagi akar tiba-tiba menggelungsur keluar dari entah mana membelit kaki Max lalu mengangkat mereka keudara.
mereka berdua tergantung dalam keadaan terbalik.
"Dua ekor monyet berjaya ditangkap. HAHAHA!" satu susuk tubuh muncul dari belakang pokok besar. seorang lelaki dengan tangan kananya digenggam keudara. nampak seperti dialah yang mengawal akar-akar pokok ini.
lelaki tersebut kelihatan seperti dalam poster. seorang rakannya pula turut keluar dari belakangnya.
"apa kita nak buat dengan monyet ni Grov?" soal lelaki yang kelihatan agak pelik. di lehernya terdapat garis-garis seperti insang dan matanya agak besar dan hitam keseluruhannya .
"kita jual la mulgogi! HAHAHA" balas Grov yang sedang fokus mengawal akar pokoknya.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...