"Malam ni aku tidur rumah aku. Ada kerja sket ah nak buat." Kata Max.
"Ohh takpa, lagipun aku nak pergi cloverfield petang ni. Mungkin tidur sana." Balas Rex.
Max sering tidur dirumah Rex. Oleh kerana ketiadaan ibu bapa dan Rex adalah anak tunggal, rumah Rex amat sunyi. Maxlah yang sering ke sana untuk bergurau senda dengan sahabatnya. Malam ini Rex ke Cloverfield. Rex sering kesana. Boleh dikatakan selang sehari dia akan ke Cloverfield. Cloverfield ialah tempat Max dan Rex sering berlatih. Ia adalah sebuah padang rumput yang luas dan ditumbuhi oleh pokok bunga Clover. Kedudukan Cloverfield terletak di pinggir pekan yang agak strategik dan tersembunyi amat sesuai untuk User berlatih. Tempat itu menjadi rahsia mereka berdua sejak kecil lagi.
Rex tiba dirumahnya. Tombol pintu dipulas perlahan. Sunyi. Tiada siapa. Begitulah hari-harinya. Jam menunjukkan 2:45 petang. Rex ke dapur untuk memasak. Dia membakar beberapa keping roti dan satu paha ayam. Cukuplah untuk dia seorang. Hidupnya sederhana. Selepas makan dia segera mandi. Beberapa helai baju dan seluar dimasukkan ke dalam beg galasnya. Kemudian terus beredar dari rumahnya ke Cloverfield. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam jika berjalan kaki. Dia lebih selesa berjalan. Dia boleh ke sana dalam beberapa saat, tapi sengaja dia berjalan.
Rex tiba di cloverfield selepas sejam berjalan. Tenang dan berangin. Cloverfield masih lagi cantik seperti biasa. Tidak ada tanda-tanda dicerobohi manusia atau binatang buas.
Rex meletakkan begnya dia atas bangsal kecil yang dibinanya dan Max beberapa tahun dahulu. Kemudian dia segera ke tengah padang.
Rex duduk bersila. Nafas panjang ditariknya. "Huuuuuhhhh" nafas dilepasnya perlahan.
'Berzertt' 'bezertttt'
Cas-cas elektrik mula kelihatan di sekelilingnya. Warna biru keunguan.
Rex mengfokuskan mindanya. Kuasanya adalah antara yang sukar dikawal. Elektrik, menyambar apa sahaja dihadapannya. Tidak mengira yang baik atau buruk. Sama seperti api. Elektrik hanya memusnahkan. Sukar dikawal. Latihan demi latihan yang dijalani Rex berjaya mengatasi masalah itu. Elektriknya dikawal mudah. Malah cas yang dihasilkan juga boleh dikawal. Rex boleh mengawal had cas yang hendak dilepasnya. Dari 1 volt hingga ke jutaan volt. Dia boleh membunuh beratus ratus Zien dalam sekelip mata sahaja. Lethal. Oleh sebab itulah Zien bertindak memisahkan dunia mereka dari User. Wujudnya User bagi mereka adalah eksperimen tuhan. User yang tidak bertanggungjawab boleh mengancam mereka yang tidak bermaya.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...