Malam itu Rex dan Max membuat keputusan untuk bermalam di cloverfield. mereka akan memulakan seawal mentari pagi bersinar. Rex berbaring di tepi unggun api di tengah-tengah padang clover itu. Max sedang duduk sambil mencampakkan beberapa ranting pokok ke dalam api. bintang malam itu banyak dan bersinar terang. angin bertiup lembut diiringi bunyi daun pokok yang bergoyang.
Max bangun dari duduknya.
"aku nak pergi isi air untuk esok" ujar Max
"hmm"
balas Rex yang sedang berbaring memerhati bintang. dia seakan berfikir panjang. mungkin berfikir akan apa yang akan ditemuinya esok. apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata perempuan itu. terlalu banyak persoalan di dalam mindanya.
Max mengambil dua botol air lalu berjalan ke anak sungai yang mengalir di belakang pondok kecil mereka di tepi cloverfield. dia membawa bersamanya sebatang obor bagi menerangi kegelapan malam. setibanya di anak sungai itu Max mencari aliran yang sedikit deras kerana disitu lah airnya paling bersih berbanding kawasan air bertakung atau air yang tenang.
selesai sahaja mengisi air telinga Max menangkap satu bunyi tidak jauh darinya. Mata Max cuba mencari punca bunyi tersebut. bunyi percikan air. namun bukan percikan air sungai yang mengalir. bunyi percikan tersebut jelas dibuat oleh sesuatu. perasaan ingin tahu Max menyebabkan dia membuka langkahnya. dia berjalan ke dalam kegelapan malam ke arah bunyi tersebut.
bunyi itu datang dari kawasan sungai yang lebih lebar, airnya bertakung dan tenang . bunyi percikan itu lebih jelas kedengaran.
Max memberhentikan langkahnya apabila dia melihat sesuatu yang bergerak. sesuatu yang besar. sesuatu yang pastinya bukanlah ikan atau haiwan kecil.
Obornya ditala kehadapan. Mata Max membesar. mulutnya hampir terlopong. sesuatu dihadapannya bukanlah manusia. Namun seekor kuda hitam. kuda hitam itu terapung diatas air. terapung. keseluruhan badan dan kakinya berada di atas permukaan air. kuda hitam itu lebih besar saiznya dari kuda biasa. perasan akan kehadirannya kuda itu berpaling ke arah Max. matanya putih menyala. ia menghembuskan nafas kudanya lalu membuka lompatan dan menyelam ke dasar sungai. hilang. tiada petanda. hanya sekelip mata ia hilang begitu sahaja.
Max masih berdiri disitu. berdiri bersama berjuta persoalan. apakah betul apa yang dia nampak. kalau betul benda apakah itu. Max segera bergegas ke cloverfield semula untuk mendapatkan Rex. dia masih tidak dapat hadam apa yang dilihatnya.
setibanya dia di Rex, rakannya itu sudah tertidur. dengkuran rakannya itu memberatkan lagi untuk Max mengejutnya dari tidur.
"esok jala aku cerita" ujar Max perlahan.
dia meletak botol air dan turut berbaring berlapikkan begnya.
dua orang pemuda itu tertidur bersama beribu persoalan di bawah jutaan bintang.
sepasang mata berwarna putih menyala melihat mereka dari jauh. itu bukan kali pertama mereka diperhati oleh mata itu.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...