Diana menyengetkan kepalanya ke tepi sedikit. hujung pedang Marco tersasar. hampir-hampir menembusi muka Diana. tangan Diana dengan pantas mencengkam tangan Marco yang memegang pedang itu. Diana kemudian mengilas tangan Marco dan merampas pedang itu darinya. Mata Marco membesar. Marco melompat jauh ke belakang . Dia terkejut. Sangat pantas. Dia hampir tidak dapat berbuat apa-apa.
Diana menggenggam pedang Marco lalu dibeleknya.
"aku sangat cemburu dengan kelebihan God's Weapon. korang boleh keluarkan senjata dari tangan kosong. tak perlu nak bawak banyak-banyak." ujar Diana sambil menghayun pedang itu ke kiri dan kanan.
"cishh." Marco agak marah. Dia terasa seperti diambil mudah. Dia langsung tidak fokus apa yang diperkatakan oleh Diana.
"berapa banyak senjata yang kau ada?" soal Diana
Marco menggenggam kedua tangannya. DIa kemudian membuka semula genggaman tangannya. pisau kunai muncul di setiap celahan jarinya. Dia menggenggam pisau-pisau itu dengan erat
"woww.! nampak macam banyak." ujar Diana. pedang yang digenggam Diana tiba-tiba hilang serta merta.
Marco mula memecut dan membaling pisau-pisau kunai itu.
Diana melompat dan mengelak. Pergerakan mereka berdua pantas. pisau-pisau yang tersasar menikam tanah. sipi-sipi mengenai kaki Diana.
Marco berhenti membaling pisau. Nafasnya turun naik. Diana pun turut berhenti. memerhati Marco dari jauh.
Marco terus menyerang Diana. Dia cuba mendekatkan jarak mereka. Marco melepaskan tumbukan dari tangan kanannya. Diana hanya berundur beberapa tapak kebelakang. tumbukan Marco tersasar. Marco tidak mengalah. Dia terus cuba mendekati Diana dengan lebih rapat. Oleh kerana Marco merupakan petarung jarak dekat dia harus sentiasa dekat dengan lawannya. Namun Diana begitu sukar untuk dicapai.
Reflexnya juga tangkas. Marco tahu Diana bukan wanita biasa. Dia seperti terlatih untuk bertarung.
Marco melepaskan tendangan kaki kanannya. Diana mengelak dengan melompat ke atas lalu melepaskan tendangan. tendangannya dielak Marco. namun Marco tidak sedar kolar leher bajunya dicengkam Diana. Diana membaling Marco. Marco terbang seketika namun dia berjaya mendarat selamat.
"okey masa bermain sudah tamat. nampaknya aku perlu tambahkan kelajuan" Ujar Marco
Dia membuka kekudanya. " luce abilita" bisik Marco perlahan
Marco kemudian menarik nafas dalam.
"haahhh.." Marco menghembus perlahan. Badan Marco kemudian mengeluarkan wap. seakan-akan secawan kopi yang panas.
"aye Marco rilek laa.." sampuk Max yang dari tadi hanya melihat.
Diana hanya memerhati Marco yang masih dalam posisi kekudanya.
zup!
Marco hilang dari pandangan. Debu-debu berterbangan dari tempat Marco berdiri. Diana tergamam. Dia melihat ke kiri dan kanan mencari Marco.
Dushh!
satu tendangan tiba-tiba menghinggap belakang Diana. Diana terpelanting ke hadapan namun dia sempat menahan badannya menggunakan tangan dan melompat ke posisi berdiri semula. Marco berdiri tidak jauh darinya.
Zup!
Marco kembali hilang. Diana dalam posisi bersedia.
"kanan kau!" jerit Rex
Diana tangkas mengelak. tendangan Marco tersasar.
"Cishh" Marco melihat ke arah Rex. Dia tahu oleh kerana Rex juga secara semula jadinya pantas maka hanya Rex sahaja yang dapat melihat dengan jelas pergerakan sepantas itu.
Marco cuba mengalihkan pandangannya ke arah Diana. Dia terdiam. Dia tidak dapat bergerak. Dia kaku. badannya langsung tidak dapat bergerak.
"apa ni!" Marco bingung
Marco kemudian perlahan-lahan berbaring di tanah. Badannya bergerak diluar kawalan. Seakan-akan dipaksa.
Marco cuba melawan namun tidak mampu. Marco berbaring mukanya mencium tanah.
"apa ni!!!" Jerit Marco. Badannya kemudian berdiri semula. terdapat kesan tanah di baju dan mukanya. kepala Marco kemudiannya dipaksa untuk melihat kebawah. ke arah bayang-bayangnya.
tiba-tiba satu bayang-bayang lain keluar dari bayang-bayangnya. Diana muncul dari bayang-bayang itu.
"kau kalah. " Diana tersenyum. Mata sebelah kanan Diana kelihatan berwarna biruyang agak aneh buat seketika kemudian berubah menjadi seperti biasa.
Marco kemudian dapat bergerak seperti biasa semula. nafasnya turun naik. dia kepenatan. dia menggelengkan kepalanya.
"yalah..hahhh" dia menghembuskan nafasnya.
Rex dan Max saling berpandangan. Mereka saling menganggukkan kepala. kagum.
" izinkan aku perkenalkan diri dengan betul." Ujar Diana
Max, Rex dan Marco hanya terdiam.
"Namaku Ardiana Amber. User Shadow. Second Division Commander untuk Black Sickle. " Ujar Diana.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...