Zander Albertine
Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu.
Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Abraham,kau memang nak sangat mati kan?"soal tuan Azhar kepada seorang lelaki yang berumur sebayanya sambil mengacukan pistol ke arah lelaki tersebut.Raub wajahnya nampak kosong.
"Ya Azhar,bunuh je aku demi kebaikan semua. please just kill me Azhar!"desak lelaki itu sambil mendekatkan dahinya ke arah pistol yang diacu oleh Tuan Azhar itu.
Dada masing-masing mula berombak.Kini, anak mata tuan Azhar dan tuan Abraham bersatu lama.Merenung tajam sesama sendiri.
BANG!
Satu tembakan terkena tepat ke dahi tuan Abraham lalu lelaki itu rebah ke lantai dengan cecair merah yang keluar mengalir membasahi lantai.
Tuan Azhar terdiam dan terduduk di sofa single bersebelahan mayat yang baru saja ditembaknya itu.
Mayat kawannya baik sendiri.Dibunuh dengan tangan dia sendiri.
Dalam keadaan sebegitu susuk tubuh seorang sedang mengintai disebalik pintu dan menyaksikan peristiwa berdarah tadi.
Dia mengempal tangannya seperti penumbuk dan mahu saja penumbuk itu mendarat ke muka lelaki yang telah membunuh ayahnya itu.
Zander Albertine.Anak lelaki kepada mayat yang sedang berlumuran di atas lantai akibat ditembak tadi.
Sebaik ingin meluru ke arah tuan Azhar tiba-tiba datang seorang lelaki lain pula yang menghalangnya
"Biar uncle uruskan,Zander pergi tengok mama kat bawah"pujuk lelaki yang berusia lingkungan awal 40-an itu.
Dia tahu apa yang lelaki itu akan lakukan sekiranya dia mendekati tuan Azhar,jadi lebih baik dia halang terus anak saudaranya itu.
Anak saudaranya itu masih lagi dengan muka bengis dan tidak berkata apa-apa lalu meluru turun ke bawah untuk melihat mama dan adiknya.
"Apa yang kau dah lakukan ni Azhar?Kau dah bunuh kawan baik kau sendiri kau sedar tak?!Dan dia ialah abang aku!"jerkah Faris sebaik tiba di hadapan tuan Azhar sambil memeriksa tuan Abraham yang sudah tidak bernafas ity.
"Aku sedar dan itu semua sudah dalam plan kita kan?kau dah lupa ke Faris?"balas lelaki itu lalu melempar pistol yang dipegangnya ke atas meja.
Tuan Azhar berlalu pergi meninggalkan Faris dan mayat sahabatnya itu dengan muka yang tegang dan terselit sedikit muka sedih dan kecewa.
Apa yang dilakukan dia sebentar tadi bukan kehendaknya sangat tapi dia juga dipaksa untuk buat begitu dan dia akur.
Tuan Azhar pergi meninggalkan mansion yang mewah milik keluarga Mr Abraham itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Marah, terdesak dan sedih.
"kak Rosie,abang dah tiada"ringkas yang dikata oleh Faris sebaik melihat kakak iparnya itu iaitu Puan Rosie,isteri tuan Abraham dan mama kepada Zander dan Zanzea yang masih berumur empat tahun.
"Kenapa Azhar kena buat begitu pada suami akak?They are bes friends.Kenapa dia sanggup bunuh Abraham?"kata Puan Rosie yang tidak henti-henti mengalirkan air mata apabila mengetahui suaminya sudah tiada akibat ditembak oleh kawannya sendiri.
Zanzea yang masih kecil itu sudah pasti tidak tahu apa-apa dan hanya sibuk bermain dengan anak patungnya disebelah puan Rosie manakala Zander sudah hilangkan diri entah ke mana kerana masih marah dengan apa yang baru terjadi kepada papanya.
Sudah pasti sukar untuk dia terima apa yang berlaku di depan matanya sendiri tadi.
Faris terdiam seketika.
"Maafkan Faris sebab datang lewat dan tak sempat halang semua ni"ujar Faris dengan raup wajah sayup.
Malam itu,mayat tuanAbraham dikebumikan dengan selamat oleh ahli keluarganya sahaja.
Lelaki ini mempunyai pengaruh besar dalam dunia mafia dan bukan di dunia moden.
Maka,rakan yang hadir hanyalah ahli-ahli mafia yang berada di bawahnya.Tuan Azhar langsung tidak tunjuk muka pada malam itu.
Erghh!
Satu keluhan geram dilepaskan oleh Zander seraya menolak barangan yang ada di atas meja jatuh ke lantai.
"Berani kau bunuh papa aku Azhar!kau memang tak kenang budi lah orang tua!kau tunggu hari kau Azhar.Aku sendiri yang akan bunuh kau dengan tangan aku!"kata Zander sambil memegang pistol di tangannya.
Sungguh dia tekad untuk membalas dendam kepada Tuan Azhar Kerana telah membunuh papanya.
Kedengaran barang-barang yang pecah ditolak oleh Zander tadi,mamanya datang menjenguk dan melihat dia ni sedang memegang pistol dengan muka yang bengang.
"Zan,apa semua ni?bawa bersabar boleh tak?" kata mamanya sambil mendekatinya yang sedang duduk di atas kerusi.
"Ma you ask me to be patient?are you kidding me?He killed my father!your husband!"jerit Zander dengan nada yang tinggi.
"Yes i know Zan but kill him back isn't the right way honey,kamu pun tahu dia tu siapa?"
" I don't want something happened to you too my dear"balas mamanya sambil menggosok bahu kanan anak lelakinya itu supaya bertenang.
"No mama,I don't fucking care about that!Apa yang Zander tahu Zander akan balas dendam pada dia bila tiba waktunya"
Buat masa sekarang Zander akan bagi dulu dia hidup aman tapi nanti tunggulah,Zander akan buat family dia pula yang merana selepas kematian Azhar Saifuddin!"Kata-kata yang penuh dengan dendam dan nekad untuk melakukan apa yang dia kata itu.
Puan Rosie hanya mendiamkan diri kerana dia tahu kalau A yang kata oleh anakya,maka A yang dia akan buat.Puan Rosie melepaskan keluhan berat dan mengalirkan air mata melihat anak terunanya itu.
Dia risau dengan apa yang bakal dilakukan oleh Zander selepas ni.Dia kenal sangat dengan sifat Zander yang akan lakukan apa sahaja untuk pastikan orang yang telah mengapa-apakan keluarganya akan dibalas dengan setimpalnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.