BAB 18

4K 181 2
                                    

Qalesya tersedar dari tidurnya yang agak lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalesya tersedar dari tidurnya yang agak lama. Bingkai gambar tadi masih melekap pada dadanya semasa dia tidur.Qalesya toleh ke arah jam dinding,sudah pukul 8 malam.

Bunyi hujan yang agak lebat di luar membuatkan suasana malam ini sungguh hening dan sejuk.Mungkin sebab itu dia boleh terlelap selepas puas menangis tadi.

"Lamanya aku tidur"omelnya sendirian. Qalesya segera keluar dari bilik dan mengatur langkah turun ke bawah untuk meneguk sedikit air bagi menghilangkan kehausan tekaknya.

Selesai urusan di dapur Qalesya bergerak ke ruang tamu.Dia baringkam tubuhkan ke atas sofa bed sambil mengelamun.Tidak lama selepas itu,telinga menangkap bunyi ketukan pintu utama rumahnya itu.

Qalesya kembali bangun dan menuju ke arah pintu tersebut.Hairan juga dia siapa pula yang datang malam-malam macam ni.Tambah pula dekat luar tu hujan lebat sangat.

Tiba-tiba Qalesya rasa nak berani pula nak buka,mana tahu kut-kut lah ada penceroboh yang cuba nak masuk ke dalam rumah lepas orang tahu dia duduk sorang sekarang.

Qalesya diamkan diri sebentar dan menunggu jikalau orang itu mengetuk pintu itu lagi. Selang beberapa minit,ketukkan pintu berbunyi lagi.

Dengan rasa ingin tahu Qaleya beranikan juga diri untuk buka sahaja pintu depan tersebut.

Terbuntang mata bundar Qalesya bila figura suaminya yanh sedang terpacak di muka pintu. dia membuka pintu tersebut lalu melihat susuk tubuh badan lelaki itu telah basah kuyup akibat terkena air hujan.

"Awak!"

Qalesya masih terkejut.Bagaikan mimpi Zander betul-betul berada di depan dia sekarang dengan keadaan basah macam ni sebab redah hujah.

"Sorry sebab aku lambat darling"menggigil-gigil bibir merah Zander bersuara.Nampak sangat dia sedang kesejukkan.

Tanpa berlengah lagi Qalesya terus menarik tangan Zander masuk ke dalam rumah.Dia tak sanggup nak tengok lelaki itu dalam keadaan terketar-ketar begitu hanya sebab nak datang berjumpanya.



Tubuh sasa Zander direbahkan ke atas sofa bed tadi.Zander hela nafas lemah,dia nampak sangat tidak bermaya sekarang.Dahi lelaki itu disentuh lembut oleh Qalesya.

"Dahi awak panas ni.Kenapalah awak redah hujan tu,kang dah demam"bebel Qalesya dengan mulut yang memuncung.

Zander ukir senyuman lemah.Dia rindukan Qalesya yang kuat membebel macam ni.

Perlahan-lahan tangan Zander naik mengelus pipi mulus Qalesya.Habis basah rambut dia yang dalam kering tadi.

"Aku datang nak jumpa kau lah darling.Dah beberapa hari aku tinggalkan kau sendirian dan meratapi kesedihan itu sorang-sorang"

"Now i'm here darling.Aku akan teman kau sampailah kau dah tak rasa sedih"ucap Zander dengan suara yang terbatuk-batuk.Memang sah dia dah demam sebab hujan.

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now