☁️Chapter 43☁️

2.3K 88 0
                                    

"Esya,maafkan abah sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Esya,maafkan abah sayang.Abah tahu ni semua salah abah"seorang lelaki sudah berumur meminta maaf kepada anak perempuannya.

"Abah,Esya tak faham apa yang terjadi dekat abah sebenarnya?betul ke abah ni pem-bunuh ?Kenapa Abah tipu ibu dan Esya?"
seorang gadis sedang menangis sambil memandang wajah ayahnya.

"Abah minta maaf Esya.Maaf sebab tipu kamu dan ibu"perlahan-lahan lelaki tua itu pergi menjauhi anak perempuan.

Qalesya tersedar dari mimpi yang agak buruk baginya,habis dahinya berpeluh.

Mata memandang satu figura yang sedang nyenyak tidur sebelah.Mujurlah lelaki itu tak perasan yang dia terjaga dari mimpi.

Entah mengapa malam itu tiba-tiba saja dia bermimpi pasal abahnya.Di dalam fikiran bermain-main dengan kemaafan dari abahnya.

"Jadi betul ke abah seorang mafia dulu?betul ke abah bunuh papa Zander?kenapa abah?tolonglah Esya tak nak percaya semua ni!"katanya dalam hati sambil berpeluk lutut.

Tidurnya sudah terganggu oleh mimpi tadi,air mata perlahan-lahan mengalir secara tiba-tiba.

~

Qalesya bersiap untuk ke hospital,hari ni Zander berangkat awal ke office kerana ada appointment dengan clientnya pagi ni.

Hal semalam masih difikirkan,rasa ingin tahu tentang kisah silam abahnya semakin kuat.Memang sebelum ni dia memang ingin mencari kebenaran tentang abahnya tapi selepas dilamun cinta dan sibuk dan urusan kerja,semua tu jadi hilang dari ingatannya.

~

Sampai saja di hopital ramai nurse dan doktor yang menyerbu Qalesya lalu menanyakan tentang perkahwin dia dan Zander.

Soalan sama seperti dia berada di majlis dinner hari itu.Qalesya menjadi tidak selesa jadi dia cepat berlalu ke surgery department untuk meneruskan kerjanya.

Sampai saja di sana,masih ada beberapa rakan sekerjanya yang datang kepadanya dan menanyakan macam-macam termasuklah doktor Sean dan Doktor Riya.

"Doktor Qalesya sampai hati tak cakap dah kahwin yer,kahwin dengan CEO handsome dan terkenal pulak tu.Mujurlah i tak sempat crush dekat dia kalau tak broken jugak kalau tahu dia dah kahwin"kata Doktor Riya sambil ketawa terbahak-bahak.

Qalesya hanya tersenyum,dia tahu yang Doktor Riya hanya melawak jadi dia tidaklah begitu kisah.

Selepas menjawab pelbagai persoalan rakan-sekerjanya,dia meneruskan kerjanya yang bertimbun.

~

Qalesya pulang ke rumah selepas tamat waktu syifnya.Dia berasa ingin pulang awal kerana masih memikirkan hal abahnya.

Qalesya membersihkan diri dan menyarung
kan baju tidur ke badan.Kemudian dia turun ke dapur untuk meminum sedikit air bagi menghilangkan hausnya.

Selesai urusan di dapur,dia naik semula ke bilik tapi langkah terhenti di depan pintu office Zander.

Kalau dia cuba cari maklumat tentang ayahnya dalam office Zander ni ada ke?macam mana kalau lelaki itu marah kalau dia masuk tanpa izin?

Qalesya duduk terkaku selama 2 minit di depan pintu office,tangannya memegang tombol pintu.Tanpa rasa teragak-agak lagi dia membuka pintu office Zander.Suasana di dalam bilik itu agak gelap kerana Zander juga sudah jarang masuk ke sini memandangkan dia banyak bekerja di office syarikat berbanding di bilik office rumahnya.

Qalesya mencapai suis lampu untuk dinyalakan,matanya berpaling ke arah file dan dokument yang disusun kemas di atas rak belakang meja office.

Qalesya berjalan ke arah rak tersebut,mungkin dalam banyak-banyak file tu pasti ada maklumat tentang abahnya.Kalau tak takkan Zander boleh tahu semua tentang data dan maklumat tentang keluarganya.

Satu persatu file yang tersusun itu dicapai oleh Qalesya.Namun kebanyakkkannya semua pasal kerja-kerja atau projek yang diuruskan oleh Zander.

Qalesya terduduk di atas kerusi kulit yang biasa diduduk oleh Zander,fikirannya buntu selepas beberapa jam mencari namun tiada satu pun maklumat mengenai abahnya yang dapat dijumpai.

Dengan perasaan sedikit kecewa Qalesya bangun dari kerusi untuk keluar dari bilik office itu sebelum suaminya balik,namun langkahnya terhenti apabila kakinya tersepak satu kotak yang agak besar di bawah meja.

And yes!Dia baru teringat yang dia tak cari lagi dekat area meja ni,jadi hatinya tergerak untuk membuka kotak itu dan melihat isi dalamnya.

Qalesya terkejut sebaik membuka kotak tersebut.Terdapat banyak maklumat yang ditulis tentang ayahnya.

'Azhar Saifuddin'.Tertera besar nama abahnya di bahagian depan file-file tersebut.Jadi memang betul lah selama ni Zander memang upah orang untuk cari maklumat tentang keluarganya sebab semua data ni tiada satu pun yang tak jelas.

Qalesya mati kata.Tujuannya hanya nak cari maklumat silam abahnya.Tapi lebih banyak yang dia dapat.

Dalam banyak-banyak dokument,ada satu file yang paling berhabuk dan duduk di bawah sekali memandangkan semua file2 itu bertindan.

Qalesya mencapai file itu,terlompong mulutnya apabila membuka file tersebut.Ada semua data tentang abahnya seorang mafia,kerja-kerja kotor yang abahnya pernah buat sebelum dia bersara dari dunia gelap itu.

Ada juga satu gambar abahnya dengan 2 orang lelaki yang sebaya.Tetapi muka salah seorang dari mereka telah terkoyak jadi hanya seorang saja yang dapat dilihat jelas mukanya.

Wajahnya kawan abahnya seperti italian,jadi dia assumed lelaki itu mungkin papa kepada suaminya.

Orang yang telah abahnya pernah bunuh!

Qalesya tidak dapat menahan dari air matanya mengalir tetapi akhirnya tewas.Terlalu berat untuk dipercaya dengan apa yang dijumpai olehnya sekarang.

"Please abah,Esya harap semua ni tak betul"kata sendirian sambil menangis teresak-esak.

~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now