Qalesya menaiki anak tangga satu persatu untuk ke bilik.Suasana di dalam rumah sangat gelap dan hanya bertemankan cahaya lampu di luar rumah.
Qalesya membuka tombol pintu sebaik sampai di bilik tidurnya.Gelap dan sejuk kerana penghawa dingin dipasang.Qalesya menekan suis lampu kerana terlalu gelap sehingga dia tidak nampak apa-apa di dalam bilik itu.
Qalesya menjerit kecil apabila terkejut melihat ada satu susuk tubuh yang sedang bersilang tangan di atas sofa biliknya sambil merenung tajam ke mata hazel Qalesya.
"Awak ni terkejut saya.Dah kenapa pulak awak duduk dalam gelap-gelap macam ni"Qalesya masih berdiri dekat dengan suis lampu.
Tiada respon dari Zander dan masih merenung ke arah Qalesya dengan riak muka yang tegang.
"Kau datang sini"Zander mengarah Qalesya datang ke arahnya dengan nada sedikit marah.
Qalesya mula tidak sedap hati dengan riak wajah Zander yang seperti ingin marah kepadanya.Dia cepat-cepat berjalan ke arah Zander.
"Kau pergi mana balik lewat?"Soal Zander sambil memandang wajah Qalesya yang tertunduk ke bawah.
"Sorry awak.Tadi saya keluar makan dengan kawan saya.Tak perasan yang masa tu dah lewat."Qalesya bermain-main dengan jarinya.
"Keluar makan dengan kawan?Syazleen ke?"Zander bertukar posisi duduknya.
"Bu...bukan,dia lelaki.Nama dia Adrian,doktor senior saya dekat tempat kerja.Dia ajak saya makan sebab nak cakap hal patient kami.Tu je awak,lepas makan dia terus hantar saya balik"Tergagap-gagap Qalesya menjelaskan perkara sebenar.
Dia masih menundukkan padangan,tak sanggup nak tengok wajah serius lelaki itu.
"Kau sedar tak kau apa salah kau malam ni?pertama kau keluar dinner dengan lelaki mana lepastu balik lewat pulak.Kedua kau tak bagitahu langsung dekat aku yang kau balik lewat.Putri Qalesya Adrianna,I'm your husband!Kalau kau nak pergi mana-mana atau dengan siapa minta izin aku dulu."Jerkah Zander kepada Qalesya.
Sungguh dia tak dapat tahan sabarnya lagi terhadap Qalesya,dia cuba untuk bercakap baik-baik tapi automatik marahnya membuak-buak.
Qalesya hanya terdiam selepas dimarahi teruk oleh Zander.Sepanjang mereka berkahwin selama ini tidak pernah lelaki itu marah marah macam ni.
Qalesya tak mampu juga untuk tahan tangisannya.Oleh itu,Air mata akhirnya tumpas.
Selepas menyedari Qalesya sudah menangis teresak-esak,Zander bangun dari tempat duduk dan mendapatkan tempat di sebelah Qalesya.
Zander memegang bahu Qalesya dengan kedua-dua tangannya supaya wajah wanita itu memandang mukanya.Dia cuba menenangkan isterinya yang terkejut apabila dia memarahi wanita itu tadi.
"Stop crying Qalesya and look at me"Nada Zander yang kuat tadi bertukar lembut.
Qalesya mengangkat mukanya memandang wajah kacak si suami.Air mata dilap perlahan-lahan.
"I'm sorry,aku tak berniat nak marah kau teruk macam ni.cumanya aku dah tahan sangat tadi sebab aku risaukan kau sebab tak balik-balik lagi.Dari tadi aku call kau tak dapat-dapat.Aku tanya Ray dia cakap kau bagitahu dia kau nak balik sendiri.Aku jadi semakin risau takut apa-apa jadi dekat kau.I'm sorry sayang,aku tahu mesti kau terkejut kan tadi"Zander mengusap-usap rambut isterinya.
Hati Qalesya kembali tenang selepas Zander memberitahunya semua itu,dia sedar yang memang kali ini adalah salah dia kerana tidak meminta izin Zander untuk keluar makan dengan Adrian tadi.
Tanpa berkata apa-apa Qalesya memeluk tubuh sasa lelaki itu dengan erat.Tangisan semakin kuat.
"Saya minta maaf sebab buat awak risau.Saya tahu saya salah.Saya sedar yang saya sepatutnya minta izin awak dulu sebelum keluar makan dengan dia tadi.Maaf sebab saya seorang isteri yang teruk"Qalesya masih menangis teresak-esak.
"It's okay,aku maafkan kau but next time jangan buat aku naik gila risaukan kau macam ni.Dah stop crying and jom tidur"Zander meleraikan pelukkkan lalu mengelap air mata yang membasahi wajah Qalesya.
~
Qalesya sedang mengacau coffee untuk Zander sebelum mereka ke tempat kerja masing-masing.
"Hari ni aku ambik kau"datang suara Zander dari belakang.
"Ouh okey.Kalau macam tu nanti saya keluar awal.And lagi satu please lah jangan parking betul-betul depan lobi hospital macam hari tu.Kereta awak termasuk awak sekali jadi perhatian orang tahu tak"Qalesya menghulurkan secawan coffee kepada Zander yang sudah lengkap berpakaian suit berwarna Navy blue.
"Kenapa pulak, kau tak suka ke?"Zander buat muka hairan.
"Tak bukan macam tu,saya rasa macam tak selesa bila orang duk pandang kita semacam"Qalesya berpeluk tubuh.
"Hrmm yelah,nanti aku call bila dah sampai"Zander meletakkan cawan coffee yang diminum ke atas meja makan.
~
Qalesya berjalan ke arah wad untuk memeriksa keadaan pesakitnya.
"Sya tunggu aku"datang suara yang memanggil Qalesya dari arah lift.
"Leen,kau buat apa kat sini?"Tanya Qalesya sebaik melihat kelibat Syazleen yang baru keluar dari lift lalu datang kepadanya.
"Aku nak jumpa doktor Fara.Kau ada nampak dia tak"Balas Syazleen yang masih termengah-mengah berlari tadi.
"Doktor Fara?Aku takde nampak pulak"Qalesya membuat muka berfikir.
"Ouh takpelah.Aku nak tanya something pasal patient aku.Kau ni nak pergi mana?"Tanya Syazleen kepada Qalesya.
"Aku nak pergi tengok patient aku dekat wad Delima"Balas Qalesya.
"Ouh faham.Qalesya aku nak tanya something dekat kau ni"wajah Syazleen berubah menjadi serius.
"Kau ni Leen,tanya jelah"Qalesya gelak sinis.
"Aku ada dengar yang lately ni kau macam rapat dengan Doktor Adrian,betul ke?habis satu department ni gosip pasal kau dengan dia"kata Syazleen dengan nada perlahan.
"Haa! aku dengan Doktor Adrian?kitorang senior dengan junior je lah..Aku kan under team dia sebab tu lah kut orang fikir kitaorang lebih dari rakan sekerja.Dia banyak tolong aku pasal patient kami.Lagipun kau kan tahu yang aku dah kahwin,takkanlah aku nak mencurangi suami aku pulak"Qalesya ketawa kecil.
"Takdelah aku tahu lah pasal tu.Masalahnya sekarang Doktor Adrian ramai peminat tahu tak,hampir semua nurse dan doktor perempuan crush dengan dia termasuklah doktor Emy sendiri.Aku rasa diorang tengah panas hati dengan kau sekarang"Syazleen buat muka risau.
"Lah ye ke?Aku tak tahu pulak yang dia famous sampai tahap tu sebab selama ni aku tak kenal pun dia.Takpelah kalau kau jumpa peminat-peminat doktor Adrian bagitahu diorang yang aku dan dia takde apa-apa hubungan okey"Qalesya tersenyum sambil membuat jari tanda okey.
"Hrmm yelah Puan Qalesya.Okeylah aku pergi dulu.Nanti apa-apa mesej aku"Syazleen mempamitkan diri untuk meneruskan niatnya mencari dengan Doktor Fara.
Qalesya hanya mengangguk tanda faham lalu berjalan ke arah wad Delima untuk membuat pemeriksaan kepada pesakitnya.
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...