Qalesya bersiap-siap untuk keluar bersama Syazleen.
Kebetulan pula kawannya cuti juga hari ni,jadi mereka bercadang untuk keluar makan tengah hari bersama hari ni memandangkan mereka jarang juga berjumpa walaupun bekerja di hospital yang sama.
Masing-masing sibuk bekeja di department yang berlainan.Kalau nak jumpa kat kafeteria pula susah juga sebab Qalesya selalu sambung kerja sehingga ke lunch break.
Awal-awal pagi lagi Qalesya dah minta izin suaminya untuk keluar dengan Syazleen.
Mujurlah lelaki itu izinkan tapi sudah warning awal-awal supaya Qalesya tak balik lewat seperti peristiwa hari itu.
Terus meremang bulu roma Qalesya kalau ingat kembali peristiwa itu,tak pernah lelaki itu bersikap begitu kepadanya sehinggalah disebabkan peristiwa terjadi kepadanya.
~
Tiba saja di mall,Syazleen tergesa-gesa mengajak Qalesya ke restoran yang ada di dalam mall.Kata Syazleen dia belum bersarapan,so ni dikira brunch lah kan.
Qalesya dan Syazleen tak henti-henti berbual sejak mereka sampai,ada saja soalan yang ditanya oleh Syazleen kepada Qalesya.Selepas selesai mengisi perut masing-masing,mereka masuk ke sebuah butik yang agak mewah.
Syazleen ingin berbelanja habis-habisan memandangkan dia jarang dapat keluar bersama kawannya itu sejak apa yang berlaku kepada Qalesya.
"Cantik tak dress ni?tapikan kalau aku pakai dress ni dekat hospital takut ramai pulak doktor yang cair tengok aku"Kata Syazleen sambil menunjukkam sepasang dress kepada Qalesya sambil tergelak dengan lawaknya sendiri.
"Banyak lah kau pun,tak payah nak gedik sangat.Daripada kau dapatkan attention doktor-doktor tu baik kau cari yang betul-betul"Qalesya mencuit-cuit lengan kawannya.
"Ah kau,ingat senang ke nak cari lelaki yang setia zaman sekarang ni?aku ni dah lah tak lawa kan,siapa je nak dekat aku kan.Lainlah kau dah kahwin,untung kan"Syazleen muat muka acah-acah sedih dengan bibir yang mencebik.
"Alah nak buat macam mana,jodoh aku sampai dengan keadaan macam tu.Aku reda dan aku terima je sebab aku rasa bahagia sangat sekarang.Hah kau tak payah nak drama sangat kata kau tak cantik lah apa lah,padahal engkau yang memilih"Qalesya tersenyum kecil.
"Dah lah kau,daripada dengan kau membebel baik aku pergi fitting room try baju ni"Syazleen pura-pura merajuk lalu berjalan ke fitting room.Qalesya tergelak kecil melihat perangai kawannya yang sorang tu,macam budak-budak sungguh!
"Is that you Qalesya?"satu suara menyapa Qalesya yang sedang duduk di atas kerusi sambil menunggu Syazleen.
Qalesya pantas menoleh ke arah gerangan suara tersebut,satu figura wanita yang berpakaian ketat dan seksi serta berkasut tumit tinggi datang berjalan ke arahnya.Wajah ni,wanita yang cuba menggoda Zander di restoran hari tu.
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...