Qalesya sedang menjamu sarapan paginya yang disediakan oleh chef di villa tersebut. Selepas ini mereka akan pulang ke Malaysia dan meneruskan hidup macam biasa.
Dia harus ke hospital untuk meneruskan latihannya sebagai doktor pelatih,Sepanjang dia cuti ni pun sebab Doktor Jannah izinkan dia ambil cuti lama dengan alasan nak datang Australia untuk jumpa keluarga,iaitu adik iparnya.
Selepas ni harinya mungkin bertambah sibuk,begitu dengan lelaki yang ada dihadapannya sekarang yang sedang fokus menghadap kerja di dalam Ipadnya.
"Awak saya dah kenyang?"Qalesya bersuara selepas meneguk secawan kopi.
"Hrmm"jawab Zander dengan nada sedikit dingin.
Qalesya mula hairan,takkanlah dia masih mengajuk sebab tak ajak dia mandi sekali pagi tadi?fikir Qalesya dalam hati.
Tanpa melengahkan masa,Zander dan Qalesya menaiki kereta yang dipandu oleh Zack untuk ke kawasan yang terletaknya private jet lelaki itu dan pulang ke Malaysia.
~
Setelah kira-kira 8 jam dari Australia ke Malaysia,akhirnya mereka sampai juga ke tanah air.
"Lepasni kau tak payah balik rumah kita.Aku akan hantar kau dekat penthouse aku"
Zander bersuara selepas mereka menuruni tangga private jet tersebut untuk ke kereta."Haa!penthouse?Apa maksud awak ni?" Qalesya buat muka keliru.
"I'll explain everything after we arrive there"kata Zander ringkas lalu mengarahkan Zack mula memandu dan meninggalkan kawasan tersebut.
Qalesya masih dalam kebingungan.Di dalam kereta lelaki itu langsung tidak bercakap dengannya walaupun sepatah.Qalesya pula takut untuk bertanya banyak kalau dilihatkan wajah dingin Zander yang tak pernah sedingin itu.
Akhirnya mereka tiba di sebuah penthouse mewah yang terletak tidak jauh dari hospital.Mungkin Zander ingin memudahkan urusan Qalesya untuk ulang-alik ke hospital.
Zander memasukkan pincode pintu elektronik itu,kemudian Zander mengarahkan Qalesya masuk ke dalam untuk melihat sekeliling penthouse tersebut.
Namun tiada sikit rasa teruja dalam diri Qalesya,fikirannya hanya memikirkan apa yang cuba Zander buat sekarang.Kenapa lelaki itu mahu dia tinggal di sini?
"So kita dah sampai sini,awak nak bagitahu saya apa tadi?"soal Qalesya sambil memandang Zander yang sedang melabuhkan punggung di sebuah sofa ruang tamu.
"Kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap,mulai hari ni kau akan tinggal kat sini dan jangan sesekali cuba untuk lari dari sini.Pasal keselamatan kau,jangan risau sebab aku dah upah dua orang bodyguard untuk tengok-tengokkan kau dari jauh kalau kau rasa tak selesa"kata Zander dengan penuh serius.
Qalesya mati kata selepas mendengar penerangan dari Zander.Tiba-tiba saja lelaki itu membuat keputusan mengejut begini.
Tanpa dia sedar,air mata sudah tumpah pada pipi mulusnya."Awak saya masih tak faham dengan semua ni,boleh tak awak explain apa sebenarnya yang awak cuba buat ni?Awak masih marahkan hal pagi tadi ke?okey kalau pasal tadi saya minta maaf sangat-sangat"kata Qalesya dengan nada yang lembut.Dia cuba menenangkan dirinya.
" untuk mudahkan kau faham,kita akan berpisah buat sementara waktu.Kita takkan jumpa atau berhubung buat sementara waktu.
Sebab apa aku tak boleh bagitahu,kau ikut je apa yang aku suruh ni"Zander memandang wajah Qalesya yang sedang menangis."Kenapa sampai perlu kita berpisah?Awak dah tak nak teruskan perkahwinan ni ke?Tergamak awak kan,awak fikir tak apa yang saya akan lalui tanpa awak?lepas ibu saya meninggal saya hanya ada awak and now awak nak tinggalkan saya tanpa sebab ?"Qalesya mula hilang sabar,hati yang bersedih tadi mula bertukar menjadi api yang sedang membara.
"Macam aku cakap tadi,hanya sementara Qalesya.can you just wait for me?Aku janji yang aku akan datang cari kau balik.Kau teruskan hidup macam biasa tanpa aku untuk sekejap je.Aku takkan larang kau nak ajak Syazleen tinggal sekali dengan kau.As long as kau ada kawan yang boleh teman kau.Aku harap kau boleh faham keadaan aku"Zander sedikit merayu meminta kepercayaan dari Qalesya.
Qalesya hanya tergamam melihat Zander begitu terdesak ingin meninggalkannya dengan sebab yang dia sendiri tak tahu.
"Baiklah,saya bersetuju untuk kita berpisah,
saya akan cuba faham keadaan awak sekarang walaupun saya sendiri tak tahu apa punca awak buat semua ni.Tapi satu je saya nak bagitahu awak,bila awak datang balik dekat saya suatu hari nanti,saya tak pasti yang saya nak teruskan hubungan ni atau tak"Nada Qalesya sedikit tegas.Zander terkedu.Bukan ini yang dia harapkan dari Qalesya.
"Apa maksud kau?"
"Andai kata awak kembali semula pada saya nanti dan saya dah tawar hati dengan awak,
tolong ceraikan saya"ujar Qalesya sambil mengelap air matanya."No Qalesya!Sampai bila-bila pun aku takkan ceraikan kau!tak boleh ke kau dengar je cakap aku?Aku suruh kau tunggu aku sekejap je sampai urusan aku ni selesai dan aku janji yang aku akan cari kau balik,please Qalesya"
rayu Zander seraya mendapatkan kedua-dua belah lengan Qalesya.Qalesya masih terdiam,fikiran bercelaru dan masih berharap semua ini hanya mimpi semata-mata.Jadi mimpi buruknya semalam adalah petanda bahawa memang betul yang lelaki ini bakal meninggalkannya.
Dalam suasana yang genting juga Zack tiba-tiba datang lalu menekan-nekan locenh penthouse tersebut.
"Sorry boss ganggu,client dah tunggu dekat lobi hotel"laung Zack dari luar.
Qalesya dan Zander memandang ke arah pintu selepas mendengar suara Zack.
"Okey Zack,aku turun sekarang"balas Zander kepada Zack.
"Aku dah kena pergi,nanti aku suruh Syazleen datang tengok kau kat sini.Lagi satu,ingat jangan sesekali hubungi aku atau cuba untuk balik rumah sana.Just stay here and please jaga kesihatan kau,aku tak nak nanti aku datang ambik kau nanti tengok kau tak sihat"kata Zander lalu mempamitkan diri tanpa berpaling sedikit pun ke belakang.
Sempat dia terdengar bunyi tangisan Qalesya,namun dia menahan diri dari berpaling dan cepat-cepat keluar dari penthouse itu.
"Maafkan aku Qalesya,aku janji yang aku akan uruskan semua ni cepat-cepat dan kembali kepada kau,please wait for me sayang"kata Zander sendirian sambil menekan butan lift untuk turun ke bawah.
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
Roman d'amourZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...