Dua hari sudah berlalu,Zander dibenarkan discharge dari hospital memandangkan Kecederaannya juga sudah semakin pulih.Qalesya mengemas beg pakaian Zander untuk dibawa pulang.Zander pula sedang sibuk menyalin pakaian di bilik air.
"Kau dah siap kemas ke?"soal Zander sebaik keluar dari bilik air dengan berpakaian seperti harian biasanya iaitu kemeja putih dan berseluar slack hitam.
"Dah"balas Qalesya sambil tersenyum kepada Zander.
Zander dan Qalesya berjalan keluar dari bilik wad VIP lalu ke lift untuk turun ke lobi hospital.
Sewaktu mereka berjalan di lobi hospital untuk keluar di pintu utama,semua orang memandang mereka tak henti-henti sambil berbisik antara satu sama lain.Qalesya tidak menghiraukan mereka kerana dia memang berniat untuk mendedahkan hubungan mereka pada semua orang.Lambat laun orang akan tahu jugak kan,dah nak buat macam mana dia kahwin dengan orang yang famous.
----
"Kau okey ke?"soal Zander sebaik memasuki kereta yang dipandu oleh bodyguard Zander.Tangan kasarnya memegang erat tangan si isteri.Nak tayang dekat semua yang dia sedang bahagian bersama isterinya.
"Pasal tadi ke?saya okey je.Sekarang saya macam dah tak kisah sangat kalau orang tahu pasal kita.Barulah saya rasa lega sangat"Qalesya tersenyum tipis.Zander hanya mengangguk kecil.
"Awak boleh tak kita singgah suatu tempat jap sebelum balik?"Tanya Qalesya.
"Nak singgah mana?"soal Zander pula dengan muka hairan.
"Taman"Jawab Qalesya sambil tersengih.Riak wajah seperti kanak-kanak kecil yang begitu teruja apabila dapat ke taman.
"Hah,taman?Nak buat kat situ.Dalam banyak-banyak tempat situ juga yang kau nak pergi"Kata Zander.Keningnya diangkat sebelah.
"Alaa bolehlah awak,saya saja je nak ambil angin kat sana.Nanti boleh beli aiskrim lepastu kita jalan-jalan"Kata Qalesya dengan begitu teruja"Qalesya menggocangkan lengan sasa Zander.Mata bulatnya dikedipkan beberapa kali supaya lelaki itu setuju dengan permintaanya.
Mungkin Zander akan fikir yang dia sedang buat tabiat,tapi tujuan nak ke taman tu untuk jalan-jalan supaya lelaki itu dapat release stress sambil menikmati keindahan kawasan sekeliling.Zander baru saja keluar hospital dan berehat secukupnya,takkan lah keluar wad je terus nak pergi kerja kan?So untuk elak lelaki itu bekerja,baik Qalesya ajak dia ambik angin dan cuba letak hal-hal kerja tu jauh and enjoy the view !
Tanpa berkata apa-apa Zander turuti saja permintaan si isterinya yang nak sangat ke taman.
---
Beberapa minit berjalan mereka tiba di sebuah taman rekreasi yang berdekatan.Tidak ramai pengunujung yang ada dan hanya beberapa buah keluarga yang sedang melayan karenah anak mereka bermain di taman permainan.Sebaik Qalesya keluar dari perut kereta dia berlari-lari ke arah tasik yang sangat luas terbentang di hadapannya.Tasik itu sangat cantik dan airnya juga bersih.
"Dah kenapa pulak dia tu perangai macam budak-budak hari ni?"gumam Zander dalam hati sambil memandang ke arah Qalesya yang sudah sampai di tasik.Qalesya melambai-lambaikan tangan pada Zander supaya lelaki itu datang ke sana.Zander hanya tersengih melihat telatah Qalesya dan berjalan ke arah tasik tersebut.
"Awak cantik kan view dekat sini?Walaupun tasik je,rasa tenang bila tengok dan nikmati betul-betul"Qalesya bersuara sebaik Zander berada disebelahnya.
"Hrmm bolehlah"selamba Zander jawab sambil menyilangkan tangan ke badan.
"Awak ni cuba nikmati betul-betul permandangan kat sini.Mesti awak rasa best sangat,tenang je.Lagipun awak kan asyik fikir pasal kerja,cuba awak kosongkan minda awak tanpa perlu fikir semua tu"Zander merenung lama wajah Qalesya yang masih leka menikmati permandangan tasik.
"Yes,it's really beautiful"jawabnya perlahan sambil tersenyum.
Sebenarnya 'beautiful' tu dia tujukan pada Qalesya.
"Tadi kau cakap nak ais krim kan?aku pergi beli jap"Zander meninggalkan Qalesya lalu pergi membeli aiskrim di sebuah gerai kecil yang jauh sedikit dari tasik tersebut.
---
Zander datang semula dengan membawa satu batang aiskrim dan ice coffee untuknya.Memang taklah dia nak makan aiskrim jugak.Semasa lelaki itu datang Qalesya sudah mengambil tempat di sebuah bangku yang berhadapan dengan taman permainan.
Ramai kanak-kanak yang sedang seronok dan bersuka ria-ria bermain di taman permainan tersebut.Dia dulu pun jarang nak datang bermain ke tempat macam ni memandangkan abahnya jarang ada waktu untuk diluangkan bersamanya.
"Nah aiskrim kau"Zander menghulurkan aiskrim yang dibelinya kepada Qalesya.
"Thank you awak.Awak tak beli ke dekat awak juga?"Soal Qalesya lalu membuka plastik aiskrim untuk dimakan.
"Kau ingat aku budak-budak ke nak makan aiskrim.i bought an ice coffee for me"Zander
menyedut ice coffee nya sambil memandang Qalesya.Qalesya mencebik mulut.Kalau Zander tak minum coffee sehari memang tak sah!"Kau tengok apa leka sangat tu"soal Zander apabila tersedar yang Qalesya asyik memandang ke arah kanak-kanak yang bermain di taman permainan di hadapan mereka.
"Takdelah saya rasa best tengok budak-budak main sambil gelak ketawa macam tu.Saya dulu pun jarang boleh main kat taman macam ni.Awak kalau saya nak tanya sikit boleh tak?"soal Qalesya sambil menjilat aiskrimnya.
"Apa dia?tanya je lah"
"Awak suka tak kalau kita ada anak?"
Terus tersedak lelaki itu sebaik Qalesya menanyakan soalan tadi.Wajah sedikit berubah menjadi serius.
"Kenapa?kau nak anak ke sekarang?"soal Zander kembali.
"Ishh awak ni saya tanya awak kenapa tanya saya balik.Keputusan awak tu yang penting sebab awak ketua keluarga,awak yang akan bimbing kami"Bebel Qalesya sambil menjilat aiskrim yang hampir cair dipegangnya.
Zander hanya terdiam memandang wajah isterinya.Bila Qalesya sebut saja pasal bimbing atau tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga terus jadi kaku.Tak mampu nak nafi kenyataan tu.
"Mestilah aku nak anak dari benih aku sendiri.Tapi for now aku rasa kita hidup berdua dulu lah ye.Biar kita belajar mengenal hati masing-masing dulu.So kalau kau tanya aku as family leader,my answer is right now is not the right time sayang"Zander mengusap-gusap rambut Qalesya.
Qalesya sedikit kecewa dengan jawapan yang diberi oleh Zander.Tapi apakan daya kalau suami sendiri yang tak nak,dia harus menunggu waktu yang sesuai untuk semua itu.
Qalesya sedar yang dia harus menerima keputusan Zander sebab apa yang dikatakan oleh Zander juga betul kerana mereka baru saja menjalinkam cinta antara mereka,jadi mungkin terlalu awal untuk mereka menimang cahaya mata sendiri.
Setelah menghabiskan masa menikmati aiskrim dan berbual,Qalesya mengajak Zander pulang memandangkan dia sudah berasa letih walaupun harinya masih awal.
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...