BAB 12

4.2K 182 0
                                    

Hari makin gelap,Zander yang baru sahaja selesai menyiapkan kerjanya dan mengajak Qalesya masuk ke dalam rumah setelah membenarkan gadis itu mengambil udara segar sebentar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari makin gelap,Zander yang baru sahaja selesai menyiapkan kerjanya dan mengajak Qalesya masuk ke dalam rumah setelah membenarkan gadis itu mengambil udara segar sebentar.

Dia tidak mahu bersifat terlalu kejam dengan isterinya,jadi dia biarkan saja Qalesya yang baru saja baik daripada demam menemaninya di luar rumah sambil gadis itu dapat  menyegarkan badannya dengan menikmati angin yang sepoi-sepoi serta pemandangan yang indah di sekitar kawasan rumah agam itu.

Selepas masuk ke dalam rumah Zander mengarahkan Qalesya agar kembali berehat berehat dan kali ni Qalesya berani membantah kerana dia betul-betul dah tak rasa muak bila Zander asyik suruh dia barung.

Qalesya ingin juga buat benda lain memandangkan mereka akan balik ke Malaysia dalam beberapa hari lagi.

"Saya dah tak nak rehat,kan saya kata yang saya dah okey"rengek Qalesya sambil memandang wajah suaminya dengan mata yang terkedip-kedip.

Zander geleng kepala bila Qalesya mula tunjuk sifat degilnya atau lebih kepada manja. Kemudian,Zander mendapatkan kedua-dua bahu Qalesya dan menariknya ke hadapan kerusi sehingga gadis itu terduduk.

Qalesya mendongak wajah ke arah Zander.
Lelak itu pula separa membongkok sehingga wajahnya menyamai paras isterinya.

Kedua-dua belah tangannya memegang batang kerusi yang diduduk oleh Qalesya.

Anak mata mereka mula bersabung lama.

"Habis kau nak buat apa selain baring?Ke kau nak aku teman kau baring jugak?"nada Zander kedengaran sangsi.

Qalesya telan  air liur dan pipinya rasa membahang.Justeru itu,dia cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Saya tak nak"Qalesya mencebik bibir.Zander menahan gelak bila tengok muka Qalesya yang sudah merah padam.Asyik malu je budak ni!

Qalesya menolak dada bidang Zander menjauhinya.Dadanya berasa sesak bila wajah lelaki itu makin rapat ke wajahnya.

"Boleh tak awak jangan dekat sangat macam ni..saya tak suka lah"betak Qalesya.

"Ye ke kau tak suka atau kau malu?"soal Zander sambil bersilang tangan dan kening kirinya sedikit terangkat.Qalesya membisu

"Dahlah,kau ni tak lapar ke?Bubue tadi makan sikit je"

"laparlah juga"

"Kau tunggu sini aku masakkan bubur lain untuk kau"ujar Zander lalu berjalan ke pintu bilik untuk ke dapur.Baru beberapa langkah berjalan,tangan kirinya tiba-tiba disambar
oleh Qalesya.

"Saya tak nak bubur dah,boleh tak kalau saya nak makan benda lain?"soal Qalesya.Sumpah tekak dia memang dah tak boleh nak telan bubur yang nampak tak menarik tu,perut
mahu minta diisi dengan makanan lain juga.

"benda lain?kau nak makan apa?"

"Ermm..kalau boleh saya nak makan dekat luar sebab sepanjang kita kat sini saya tak pernah lagi makan makanan yang menarik kat sini,
so kalau boleh boleh tak kita makan dekat kedai makan?yang dekat-dekat sini pun jadilah,please"pujuk Qalesya dengan muka muka comel supaya lelaki itu terpedaya.

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now