Qalesya mengetap bibirnya,dia berada dalam kereta yang dibawa oleh dua orang bodyguard yang ditugaskan oleh Zack untuk membawa Qalesya ke KL.
Hatinya mula resah,perasaan takut dan risau semakin kuat.Suaminya sekarang sedang terlantar di hospital.
Entah bagaimana keadaan lelaki itu sekarang,dia cuba menelefon Zack untuk mengetahui perkembangan keadaan Zander namun Zack tidak menjawab panggilannya.
"Saya dah nak sampai ni,please bertahan Zander.I need you so please kuat demi saya dan anak kita"kata Qalesya dalam hati sambil menahan air mata dari keluar
---
Beberapa jam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur,akhirnya Qalesya tiba di hospital yang merawat Zander.
Sampai saja di sana,Qalesya dijemput oleh Zack.Zack terus bawa Qalesya ke bilik wad yang ditempatkan untuk Zander.
Alhamdulilah doktor memberitahu keadaan lelaki itu tidaklah teruk sangat.Tetapi dia terpaksa ditidurkan kerana perlu melakukan pembedahan kecil akibat tercedera di bahagian kepala.
Zack juga terkesan dari kemalangan tersebut namun dia hanya mengalami kecederaan kecil dan sudah dirawat oleh nurse.
Qalesya berada disebelah Zander sekarang,
dia memandang ke arah kesan berbalut di kawasan kepala dan dahi Zander.Qalesya mencapai tangan Zander lalu diletakkan di pipi bersih.Sejuk.
"Awak,saya minta maaf.Awak jadi macam ni sebab saya.Saya tahu saya salah.I'm not a good wife to you.I'm just-- "Qalesya tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana dia tidak kuat.Hanya air mata yang mampu keluar masa tu.
---
Qalesya perlahan-lahan membuka matanya,dia sedikit terkejut apabila matanya bertembung dengan mata grey milik Zander.Tanpa dia sedar,dia berada di sebelah Zander sekarang iaitu di atas katil.Seingatnya dia tertidur selepas menangis tadi.
Qalesya cepat-cepat bangun untuk turun dari katil tersebut namun badannya ditarik ke dalam dakapan Zander.
"I miss you so much Qalesya"kata Zander dengan nada perlahan seraya mengucup ubun-ubun wanita itu dengan lembut.
"Me too"ujar Qalesya sambil mengukir senyuman yang manis.Tidak dinafikan yang dia juga rindukan lelaki ni,rindukan pelukan hangat lelaki ni selepas setahun mereka tidak bersama.
Selepas beberapa minit,mereka berdua meleraikan pelukkan dan membetulkan posisi badan sehingga mereka memandang antara satu sama lain.
"Awak patut rehat.So jangan cuba-cuba untuk bangun dari katil ni"arah Qalesya dengan nada seperti memberi amaran.
Zander tergelak besar,dah lama dia tak dengar Qalesya membebel kepadanya.Kadang-kadang tu rindulah jugak.
"Kenapa gelak?saya serius ni"Qalesya memuncungkan mulutnya.
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...