Selepas pulang dari restoran restoran,
Zander menghantar Qalesya pulang ke rumah kerana dia ada urusan yang perlu di settle malam tu juga.Di siang hari semestinya dia seorang CEO yang hanya busy di pejabat,namun pada waktu malam dia juga sibuk menjadi boss mafia.Ada saja musuhnya menjadi mangsa yang dibunuh atau diseksa oleh lelaki itu.
Sungguh kejam!
Qalesya masuk ke dalam bilik dan menghumbankan badan ke atas katil.Hari ni hari yang agak memenatkan baginya.Hari di mana dia menjadi seorang isteri kepada seorang mafia yang digeruni ramai.
Kemudian dengan malas-malas gadis itu bangun semula dan meluru ke bilik air untuk membersihkan diri.Baju tidur satin disarungkan ke badan dan rambut panjang ikal mayang dilepaskan saja seraya kembali ke katil untuk melelapkan mata.
Jam menunjukkan pukul 3:00 pagi,Qalesya tersedar dari tidur kerana tekaknya berasa haus. Kebetulan air yang disediakan di dalam biliknya telah habis diminum,jadi dia mengambil keputusan untuk turun ke dapur dan meneguk secawan air.
Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu.Sebaik sahaja dia ingin melangkah ke arah tangga dia terlihat pintu bilik Zander yang jaraknya dekat dengan balkoni terbuka luas.Selama ni tak pernah pula pintu bilik lelaki tu terbuka.lampu biliknya juga masih terpasang pada waktu-waktu begini.
Qalesya hairan.
Oleh itu hatinya terdetik untuk pergi menjenguk keadaan lelaki itu walaupun dia agak takut dan risau untuk ke sana tapi dia beranikan diri juga.
Terlompong mulut Qalesya melihan kesan tompokkan darah yang menghiasi lantai depan pintu biliknya sehingga ke ruang dalam.Otaknya mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.
Qalesya mengorak langkah masuk ke dalam bilik Zander sehinggalah matanya mula menoleh ke arah suaminya sedang duduk dia atas sofa dengan berlumuran darah di bahagian kiri perutnya. Zander seolah-olah kena tembak di bahagian tersebut.Dahi Zander berkerut-kerut menahan sakit.
Tanpa teragak-agak Qalesya berlari ke arah sofa tempat lelaki itu sedang berbaring.
"Ke...kenapa awak berdarah ni?awak tak apa-apa ke?"soalan cemas keluar dari mulut Qalesya kepada Zander yang baru saja perasan akan kehadiran isterinya yang masuk ke dalam biliknya.
"Kau buat apa kat sini?Pergi keluar.Aku nak rawat luka aku ni"tegas lelaki itu.
"Biar saya buat"balas Qalesya lalu mengambil alat untuk merawat luka dari first aid.Dengan tangan yang terketar-ketar dia mencari ubat dan alatan untuk merawat luka yang agak dalam itu.
"Tak payah"Tangan Qalesya ditepis kasar.
"kau pergilah tidur.Sikit jer luka ni"kata lelaki itu sambil merampas ubat sapu yang dipegang oleh Qalesya.
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...