Special Chapter

976 16 0
                                    


Zander's POV

So dalam special chapter ni bukan side story
ye tapi perspektif Zander.Apa yang berlaku dalam waktu setahun tu akan diceritakan dalam chapter ni.
Tujuan saya buat jugak pov Zander ni sebab mungkin ada yang curios dengan apa yang berlaku kepada Zander selama setahun tu kan and yep anda akan tahu dalam chapter ni tapi saya just cut-cut scene yang patut saja sebab ini dikira flashback but in Zander's POV

----

Zander menghempas badan ke atas sofa office,
neck tie dileher di tarik dengan kasar lalu dicampakkan ke lantai.

Perasaan marah dan geram berkobar-kobar dalam dirinya sekarang selepas terpaksa meninggalkan isterinya sendirian di apartment tadi.

Pada mulanya dia tidak yakin untuk buat semua ni tapi demi keselamatan wanita yang dicintainya dia terpaksa meninggalkannya demi membalas dendam terhadap Ar-Rayyan yang tak habis-habis menganggu hidupnya hanya kerana kedudukan dan darjat Zander lebih tinggi berbanding lelaki itu.

"Maafkan aku Qalesya,aku buat semua ni untuk kau dan aku harap sangat kau sanggup tunggu aku sampai semua ni selesai"kata Zander sendirian sambil merenung wajah isterinya pada screen telefon.

Sedang meluahkan rasa kecewa dan marah,
Zack mengentuk pintu pejabatnya lalu masuk ke dalam seraya berjalan ke arah Zander yang sedang terduduk di atas sofa.

"Sorry boss,saya nak bagitahu yang orang-orang kita dah ready.Tunggu arahan dari boss je sekarang"

"Okey teruskan je lepastu report semula dekat aku"Zander menjawab dengan nada dingin.

Akhirnya misi membalas dendam terhadap Ar-Rayyan baru saja bermula dan ini hanyalah
first step untuk dia betul-betul hancurkan empayar musuhnya itu.

"Satu persatu aku akan hancurkan semua benda yang kau ada.Kau memang dah buat aku hilang sabar Ar-Rayyan!"marah Zander sambil memandang ke luar balkoni.Dia sedang melepaskan geramnya terhadap lelaki yang boleh digelar sebagai rival kepada Zander.

--

Zander memandangkan ke luar tingkap kereta.
Puasnya hati lelaki itu apabila melihat api yang marak sedang membakar semua kilang milik Syarikat Warrens.

Kedengaran bunyi siren bomba yang sedang datang untuk memadam api tersebut.Sempat juga Zander memandang ke arah kereta Range Rover milik Ar-Rayyan yang sedang memecut di kawasan kilang tersebut.

Mungkin Ar-Rayyan baru dapat panggilan dari pekerjanya tentang apa yang terjadi di sana.

Zander tersenyum sinis,hatinya benar-benar gembira dan puas melihat riak wajah Ar-Rayyan.

"Jalan Zack"arah Zander supaya Zack memulakan perjalanan meninggalkan kawasan tersebut.

Beberapa minit kemudian,Zander mendapat panggilan dari Ar-Rayyan.

"Ni semua kerja kau kan!Kau memang nak cabar aku kan Zander.Kau ingat aku tak boleh buat lebih teruk dari ni ke?You just wait and see"marah Ar-Rayyan dengan nada meninggi.

Zander tergelak.

"Well siapa yang cabar siapa dulu?Now kau dengar sini Rayyan.Aku boleh buat lebih dari tu.Sebelum ni aku dah bagi warning awal-awal yang jangan kacau hidup aku dengan wife aku kan?Tapi kau degil,kau hampir nak bunuh isteri aku!So anggap je yang kebakaran kilang kau tu hanya reminder dari aku because i'll do even bad than that and get ready for the next things!"kata Zander sambil tergelak-gelak lalu mematikan panggilan.

---

Beberapa bulan telah berlalu selepas kejadian kebakaran kilang Warrens.Zander masih sibuk menguruskan strategi seterusnya untuk menghancurkan segala yang Ar-Rayyan ada.

But this time,the whole Warrens's Empire will be destroyed!

Zander sedang sibuk membelak worksheet seraya meneguk air kopi.Beberapa bulan tu jugaklah dia tak henti bekerja sehingga boleh dikatakan dia berada di office hampir seharian setiap hari.

Dalam kesibukkannya itu,dia tidak putus merindui isterinya.Setiap detik wajah Qalesya sentiasa di dalam fikirannya.

Entah apa lah yang di makannya,entah apa yang Qalesya buat sekarang,adakah Qalesya masih bersedih selepas dia meninggalkannya hari tu?.Semua persoalan tu bermain di fikiran Zander.

Zander juga dapat tahu yang isterinya tidak tinggal di apartment yang dia sediakan tu,tapi bodyguard yang diupahnya untuk memerhati Qalesya dari jauh memberi tahu Zander yang Qalesya telah menetap di rumah kawannya,Syazleen.

Oleh itu,Zander berasa sedikit lega kerana Syazleen dapat menemani Qalesya.Jadi dia memberitahu bodyguard tersebut supaya tidak perlu lagi memerhati pergerakan isterinya.

Mungkin bagi orang lain nampak macam dia dah tak nak ambik kisah kan,tapi Zander percayakan isterinya dan dia yakin yang lambat-laun wanita itu akan perasan yang dia telah mengarahkan orang untuk mengintip Qalesya.Dari situ mungkin Qalesya akan berasa tidak selesa apabila pergerakannya diperhatikan.

---

"Boss untuk meeting tu nanti saya dah ready semua"kata Zack sambil memandang Zander yang sedang menaip sesuatu pada laptopnya.

"Mmm"jawab Zander dengan ringkas.

"Tapi kan boss,boss confirm ke nak libatkan polis dalam hal ni.Maksud saya boss kan tak suka polis masuk campur urusan macam ni"tanya Zack dengan hairan.

Zander mengangkat kepalanya menghadap Zack.Reaksi mukanya hanya dingin memandang Zack.

"Betul yang kau cakap pasal aku tak suka polis masuk campur urusan aku but this is not my business Zack.Aku buat semua ni special untuk Ar-Rayyan Warrens.He's should appreciate me at least cause i put so much effort to make sure his empire gone!"dengan sinis Zander menjawab seraya memerli Ar-Rayyan

Zack hanya mengganguk tanda faham.Kalau reaksi bossnya macam tu sah,sah lelaki itu serius dan akan tunaikan apa yang diperkatakan olehnya.

Mudah.

Itulah Zander Albertine.

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now