Qalesya baru saja selesai membersihkan diri,dia berjalan keluar bilik untuk ke dapur dan memasak sedikit makanan.
Sejak dia bangun dari tidur tadi kelibat Zander sudah tiada.Jadi dia fikir lelaki itu sudah pulang, entah ke mana dia menetap pun Qalesya tak tahu.
Sebelum sampai ke dapur Qalesya terhidu satu bau yang sangat sedap dan ia datang dari arah dapur.
Cepat-cepat dia meluru ke dapur dan Qalesya melihat Zander yang sedang sibuk memotong sayur sambil menunggu makanan yang sedang dimasak di atas api.
"Awak buat apa ni?"soal Qalesya
"Aku tengah masak untuk dinner lah.Manalah tahu bila kau makan makanan yang aku masak ni kau terbuka hati nak maafkan aku kan?So kau duduk dulu nanti siap kita makan sama-sama okey"balas Zander sambil tersenyum ke arah Qalesya.
Qalesya hanya terdiam dan ikutkan saja yang di suruh oleh Zander tadi.Dia berjalan ke meja makan dan melabuhkan punggung di atas kerusi sambil memandang wajah Zander yang sedang sibuk memasak.
Wajah kacak suaminya itu dipandang lama oleh Qalesya,dia seperti tidak percaya yang Zander benar-benar di depannya sekarang sedangkan mereka tidak bersua muka selama 2 tahun selama ini.
"Ehem,cair ke tengok muka handsome aku ni?"soal Zander selepas perasan akan renungan lama Qalesya terhadapnya.
Cepat-cepat Qalesya mengalihkan pandangannya,boleh pulak kantoi tengah syok tenung wajah suaminya!
Zander pula cuba menahan diri dari tergelak selepas dia sedar yang Qalesya pura-pura memandang ke arah lain.
----
Qalesya sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen,dia hampir kebosanan kerana hanya terperap di dalam rumah.
Sebenarnya dia rasa badannya sudah sihat namun Zander menyuruhnya rehat sampai lah di habis cuti seminggu lagi.
"Kau bosan ke?"soal Zander yang tiba-tiba datang dan mengambil tempat di sebelah Qalesya.
Qalesya bergerak sedikit memberi ruang untuk Zander duduk namun bahunya ditarik mendekati Zander.
Tangan Zander disilangkan ke bahunya,mata Qalesya membulat dan dia cuba untuk melepaskan diri namun Zander memegangnya erat.
"What are you trying to do?let me go" pinta Qalesya.
"Nope i won't.Takpelah kau tengok jelah tv tu.Aku just nak duduk macam ni je dengan kau.I'm not disturbing you at all" jawab si suami.Dia hanya ingin bermanja dengan Qaelsya.setahun lelaki itu merindukan saat-saat ini.
"You are!now let me- "
"Qalesya please,let us stay like this for a moment.I'm just missed you.Disebabkan kau marah aku jadi aku tak boleh nak peluk kau atas katil so boleh tak kalau saya peluk kau macam sekejap je"rayu Zander dengan wajah acah innocent.
Akhirnya Qalesya turuti saja apa yang lelaki itu mahu.Sebenarnya dia pun suka je kalau Zander memeluknya begitu.
Tanpa Qalesya tersedar dia tertidur di bahu lelaki itu selepas ralit menonton TV.Bau cologne Zander telah menyamankan tidurnya sampai begitu lena.
Zander hanya tersenyum halus melihat wajah Qalesya yang sedang nyenyak dibuai mimpi.
Tangan Zander bergerak menyentuh perut isterinya lalu diusap lembut anaknya di dalam.
"Papa minta maaf sayang sebab tinggalkan mama dengan kamu sorang-sorang selama ni.I'm trully sorry and papa promise that i'll never leave you both anymore"kata Zander sendirian sambil tersenyum nipis.
Kemudian dia mengangkat badan Qalesya naik ke bilik kerana risau pulak dia bangun nanti sakit-sakit badan sebab tidur atas sofa.
----
Qalesya tersedar dari tidur dan terkejut apabila dia sudah terletak di atas katil.Fikirnya pasti Zander yang angkat dia semalam.
Cakap pasal lelaki itu Qalesya hairan kerana tiada kelibat Zander di dalam bilik ni.Biasanya kalau dia buka je mata terpampang wajah lelaki itu di depannya.
Qalesya bikas turun dari katil dan berjalan keluar bilik untuk ke dapur.
Hairan,Zander tiada di dapur.Qalesya tertengok juga di ruang tamu namun lelaki itu tiada juga.Tak mungkin dia dah balik KL.
"He's lied again.He's just left me alone again"kata Qalesya dalam hati dengan penuh kecewa.
"Kau cari aku ke?mesti kau risau yang aku akan balik KL kan?"bunyi suara Zander dari arah pintu depan.
"Mana ada.Saya turun bawah ni sebab nak pergi dapurlah,bukannya cari awak"cepat-cepat Qalesya mengawal ekspresi mukanya yang kecewa tadi.Sebenarnya dia ingin meluahkan rasa lega dalam hati yang Zander tidak meninggalkannya.
"Ye lah tu.Aku tak nampak pun kau macam nak ke arah dapur.It's okay darling,just admit that you miss me and you want me to stay here with you"Zander tersengih.
"Taklah!boleh tak awak jangan nak perasan sangat"Balas Qalesya dengan nada yang sedikit meninggi.Mulutnya dimuncungkan sedikit.
Perlahan-lahan Zander menarik Qalesya dalam pelukannya secara tiba-tiba.
"I'm sorry sebab buat kau risau.Kan aku dah janji yang aku takkan tinggalkan kau dah.Selagi kau tak maafkan aku,i will stay here with you"katanya dengan penuh lembut.
Qalesya hanya terdiam,air matanya mahu saja keluar namun ditahan olehnya.Dia ingin meluahkan rasa lega yang suaminya masih di sini,disampingnya.
Memang betul yang dia masih marahkan lelaki itu namun dalam masa yang sama dia mahu Zander sentiasa ada bersama sekarang tambah-tambah di waktu di sedang mengandung ni.Penat lelahnya berkurang semenjak Zander ada.
Setiap malam lelaki itu mengurut badannya yang lenguh-lenguh,masakkan dia pelbagai jenis makanan dan selalu bertanya adakah dia sihat setiap hari.
"Kenapa awak buat semua ni Zander?How can i hate you now?"kata Qalesya dalam hati dan masih berada di dalam pelukkan lelaki itu.
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...