☁️Chapter 21☁️

3.9K 148 4
                                    

"kenapa muka tu?merajuk ke?"soal Zander sambil memandang mulut muncung Qalesya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"kenapa muka tu?merajuk ke?"soal Zander sambil memandang mulut muncung Qalesya.Tawanya habis-habisan ditahan tak nak bagi Qalesya perasan.

"Mana ada"balas Qalesya lalu berpusing membelakangi Zander.Sempat dia terdengar yang lelaki itu akhirnya ketawa terbahak-bahak dengan aksi merajuknya.Badan Qalesya ditarik ke dalam pelukkan Zander secara tiba-tiba.Qalesya tergamam.

"I'm sorry my dear sebab aku tak dapat nak spend time dengan kau lepas kita balik KL ni,aku tahu yang sepatutnya aku kena sentiasa ada dengan kau dan buat kau happy untuk hilangkan kesedihan kau selepas kematian ibu kau.Aku janji lepas semua kerja aku dah settle aku bawa kau pergi honeymoon,nak?"ujar Zander dengan nada yang lembut.

"saya okey je,saya faham kerja awak tu macam mana and pasal honeymoon saya yang pilih nak pergi mana boleh?"sempat pulak Qalesya minta lebih-lebih nak pilih tempat honeymoon mereka.

"ye sayang,aku ikut je kau nak pergi mana asalkan kau happy "balas Zander sambil meleraikan pelukan lalu mengucup dahi Qalesya dengan lembut.Qalesya memejamkan matanya.

Rasa sayang antara mereka semakin hari semakin kuat,segala dendam dan benci dibuang ke tepi dan biarlah rasa cinta yang hadir supaya mereka dapat mengukuhkan hubungan mereka yang terjalin bukan atas dasar cinta pada awalnya.

--

Hari ni hari yang paling ditunggu oleh Qalesya untuk bertemu dengan Syazleen setelah hampir sebulan lebih menghilangkan diri.Qalesya bersiap-siap untuk ke lokasi yang telah mereka tetapkan.Mujurlah suaminya sudah memberikan green light semalam dengan hasil bodekkannya yang hampir kali ke-10 baru berjaya.

Kalau diikutkan memang Zander tidak mengizinkan dia pergi malahan menyuruh Syazleen datang ke rumah mereka,tapi Qalesya lebih selesa kalau mereka berjumpa di luar sambil makan tengah hari sekali.Oleh itu,Zander mengeyakan sahaja hasrat Qalesya dengan syarat yang dua orang bodyguard akan mengikutinya bagi memastikan Qalesya dalam keadaan selamat.Memang bini mafia sungguh la,Overprotective!

Qalesya menaiki kereta Range Rover yang dipandu oleh bodyguard upahan Zander.Dalam beberapa minit perjalanana,Qalesya tiba di sebuah Café di Kota Damansara.Suasana di dalam Café tersebut sungguh tenang dan sunyi kerana hanya beberapa pelanggan sahaja yang ada di disitu.

Qalesya masuk ke dalam Café itu dan terus mencari kelibat Syazleen yang memberitahunya sudah sampai awal lagi.Qalesya terpandang ke arah satu lambaian tangan yang ditujukan kepadanya.

Qalesya cepat-cepat ke arah Syazleen selepas perasan akan lambaiannya tadi.Sebelum sempat Qalesya membuka mulut,dia sudah di peluk oleh Syazleen dengan sangat erat.

"Kau pergi mana Sya selama ni?aku risau tau.Kau sihat tak ni?"kata Syazleen kepada Qalesya.Air mata gadis itu sudar mengalir keluar.Bayangkan dah lama mereka berkawan iaitu sejak di fasa universiti lagi,manalah tak risau kalau si kawannya menghilang begitu saja hampir sebulan lebih.

"Aku minta maaf Leen,kau janganlah nangis.Buruk muka kau bila nangis tau,apapun aku sihat waalfiat jer.Kau pulak macam mana kerja?"soal Qalesya lalu meleraikan pelukan mereka. Qalesya menyapu air mata Syazleen sesambil itu.

"kerja okey je.Aku nangis sebab aku happy yang kau tak apa-apa,lama tau kau menghilang.Sya aku nak ucapkan takziah atas kematian ibu kau.Aku harap kau tetap tabah ye,I know you;re strong bestie"ucap Syazleen sambil menggosok-gosok bahu Qalesya.

"terima kasih Leen,alhamdulilah aku dah okey.Dah-dah jomlah duduk dulu"kata Qalesya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.Sementara menunggu order yang dipesan,mereka berdua rancak berbual memandangkan sudah lama tidak berjumpa.

"So Sya kau dah ready nak cerita semuanya dekat aku?"soal Syazleen dalam mode yang serious.Matanya tepat memandang Qalesya dengan muka yang sedikit resah.

Qalesya menghela nafas berat,takut sebenarnya untuk memberitahu segalanya kepada Syazleen kerana ia terlalu rumit dan mungkin Syazleen akan terkejut jika dia memberitahu siapa sebenarnya 'Zander Albertine' kerana apa yang terjadi ini berkaitan sepenuhnya dengan lelaki itu.

Qalesya menceritakan semuanya dari awal dia diculik sehinggalah sekarang.Qalesya faham kalau Syazleen mungkin takkan percaya dengan apa yang berlaku kepadanya selama ini,tapi itulah kenyataan yang harus Syazleen percaya.

(Maaf saya tak dapat nak buat conversation yang Qalesya cerita semuanya sebab nanti chapter ni akan panjang,so kalau nak tahu Qalesya cerita apa boleh reread chapter awal-awal okies.)

---

Qalesya memandang wajah speechless Syazleen yang masih terkejut dengan apa yang diceritakan olehnya.

Syazleen meneguk air ice americano yang dipesan tadi.Perasaannya sekarang bercampur-baur selepas apa yang diceritakan oleh Qalesya.Mereka berdua terdiam sebentar.Suasana bertukar menjadi canggung antara mereka.

"Jadi apa next plan kau?kau nak teruskan ke perkahwinan kau dengan 'orang yang pernah culik kau tu'?what about your career ?"soal Syazleen dengan muka yang sedang menahan marah.

"For now macam tu lah Leen,okey Leen aku tahu kau masih terkejut dengan semua ni tapi inilah takdir aku dah aku rasa yang perasaan cinta tu dah mula datang Leen.Aku cuba Leen untuk hentikan perasaan aku terhadap dia but I can't sebab aku dapat rasa yang dia bukanlah seperti yang aku fikir walaupun dia buat macam-macam dekat aku sebelum ni.So aku harap kau boleh faham situasi dan perasaan aku sebagai kawan baik aku"ujar Qalesya.Air mata perlahan-lahan keluar.Dia hanya mahu Syazleen dapat memberikan sokongan dengan keputusan yang dibuat olehnya.

"Cinta kau cakap?dia pernah culik kau,paksa kau kahwin lepastu bawa kau lari sampai ke Italy!And kau cakap sebab utama dia culik kau sebab dendam dia terhadap arwah abah kau kan?macam mana kau boleh terima semua tu dengan mudah Sya.Kenapa kau cepat percaya orang macam tu?"kata Syazleen dengan nada meninggi.Mukanya betul-betul berang sekarang.

"Ye pasal dendam semua tu aku tahu ia memang salah Leen,tapi sekarang aku tengah cuba untuk hilangkan semua perasaan tu dari diri dia.Aku-"belum sempat Qalesya menghabiskan ayatnya Syazleen sudah mencelah.

"Dah lah Sya cukuplah untuk hari ni.Aku rasa aku dah tak boleh tahan untuk dengar semua ni.Memang betul cakap kau yang semua ni complicated sangat.Apapun thank you sebab kau sudi ceritakan semua benda tak masuk akal ni dekat aku!aku balik dulu Sya"kata Syazleen lalu bangun dari tempat duduknya dan keluar dari Café tersebut,Qalesya yang masih duduk di situ dibiarkan saja.

Qalesya mengelap air mata yang tak henti-henti keluar.Mujur tiada yang perasan yang dia tengah menangis.Dari awal lagi dia dapat agak yang Syazleen mungkin akan marah semua ni tapi apa yang dia boleh buat kalau inilah takdirnya sekarang.Dia sendiri pun tak akan sangka semua ni boleh berlaku kepada dia.

---

Qalesya selamat sampai di rumah.Dalam perjalanannya tadi dia sempat menelefon Syazleen berkali-kali namun tidak dijawab.Mungkin Syazleen sengaja mengelak panggilannya akibat masih marah kepadanya.

Qalesya naik ke bilik dan menghempaskan badan ke atas katil.Tangan kanannya diangkat dan diletakkan di atas matanya.Air mata mengalir lagi tapi esakkan dia kali ni agak kuat.Sungguh kawannya itu tidak pernah marah atau merajuk dengan dia sebelum ini.

"Maafkan aku Leen,aku tahu kau marah dan benci kat aku.Maaf sebab aku kawan yang teruk!maafkan aku Leen,tolonglah jangan buat aku macam ni,aku perlukan sokongan kau untuk harungi semua ni"kata Qalesya sendirian.

Semua yang berlaku ni bukanlah kehendaknya,tapi kenapa kawannya tidak boleh menerima takdir yang ditetap oleh tuhan kepadanya,kenapa Leen?





~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now