Hampir seminggu selepas kematian ibu Qalesya.Alhamdulilah segala pengurusan jenazah ibunya berjalan dengan lancar termasuklah majlis tahlil.
Mujurlahh ada Kak Mah yang tidak lelah membantu Qalesya untuk menguruskan majlis tahlil Puan Khazimah.Kalau tak,tiada daya juga dia nak urus sorang-sorang memandangkan Zander masih lagi perlu merahsiakan statusnya sebagai suami Qalesya.
Kak Mah juga belum tahu kerana Qalesya tak terfikir lagi untuk memberitahunya kerana dia masih meratapi kematian ibunya yang baru beberapa hari berlalu.
Sejak itu juga Qalesya asyik terkurung dalam bilik dan menangis sendirian.Diajak makan tidak mahu apatah lagi nak suruh benda lain.
Kak Mah mula merisau akan kesihatan anak majikannya itu.Dia sudah menganggap Qalesya macam anaknya sendiri,jadi sudah tentulah perasaan risau seorang ibu kepada anaknya ada di dalam diri Kak Mah.
Malang sekali dia tidak dapat menjaga Qalesya sepanjang tempoh berkabung kerana pihak agensi Kak Mah telah meminta dia kembali bertugas ke rumah lain kerana kontraknya dengan keluarga Qalesya dikira tamat selepas kematian Puan khazimah.
Tok!
Tok!
Tok!
Pintu bilik Qalesya diketuk berkali-kali oleh Kak Mah.
"Esya,jomlah makan.Dah banyak hari kamu tak makan ni"kedengaran suara Kak Mah dari luar pintu bilik Qalesya.
Qalesya yang sedar Kak Mah bersuara di luar terus membukakan pintu untuknya.
"Esya tak lapar Kak Mah.Esya hanya rindukan ibu.Selalunya ibu pastu suruh Kak Mah panggil Esya turun makan,sekarang dah takde Kak Mah"birai mata Qalesya mula berair.Tadi dia baru sahaja selesai menangis dan sekarang matanya kembali basah.
"Esya sayang janganlah macam ni.Tak salah kalau kamu nak bersendirian tapi waktu makan kamu kenalah jaga nanti sakit pula.
Nanti Kak Mah dah balik Perak tiada siapa nak jaga kamu kalau kamu sakit.Jadi meh turun makan ya,sikit pun takpe"pujuk Kak Mah sambil mengusap hujung bahu Qalesya.Lemah dengan pujukkan lembut Kak Mah,
akhirnya Qalesya akur untuk menjamah sedikit makanan selepas beberapa hari dia biarkan perutnya kosong dek tiada selera.Setelah menelan beberapa suap nasi yang di masak oleh Kak Mah,Qalesya terus bangun dari kerusinya lalu ke menyusun langkah ke balkoni tingkat atas untuk menghirup udara segar waktu pagi.
Qalesya berpeluk tubuh sambil memejamkan matanya.Dia mahu buang perasaan sedih ni jauh-jauh.Qalesya yang dirinya tak boleh macam ni sampai bila-bila atau dia terus dibelunggu kesedihan.
Qalesya perlu tabahkan hatinya dan kuatkan dirinya untuk menerima kematian ibu
tercinta.Namun bukan mudah.Dia terlalu terkilan sebab dia belum sempat meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya atas segala pengorbannya terhadap Qalesya.
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...