☁️Chapter 40☁️

2.9K 108 1
                                    

Qalesya sedang berjalan di kaki lima untuk kafeteria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalesya sedang berjalan di kaki lima untuk kafeteria.Awal-awal pagi lagi dia dah dipaksa oleh si Syazleen supaya lunch sekali hari harini.Sebenarnya dia tahu kenapa kawannya itu nak sangat suruh dia lunch jugak.

Tak lain tak bukan nak tanya pasal semalam lah lepas dia sendiri yang dah tengok macam mana suami Qalesya yang sebenarnya.Tiba dia kafeteria Qalesya berjalan ke tempat yang sudah dijaga oleh Syazleen memandangkan dia yang sampai dulu.

Belum sempat Qalesya mengambil tempat di kerusi,bahunya sudah ditepuk kuat oleh Syazleen.

"Aduh,sakitlah Leen"kata Qalesya dengan nada yang perlahan.

"Hati aku lagi sakit tahu tak"balas Syazleen.

Qalesya buat muka hairan,dah kenapa pulak hati Syazleen sakit.Rasanya dia takde buat salah apa-apa dengan Syazleen.

"Kenapa hati kau nak sakit pulak?"Soal Qalesya sambil menggosok-gosok bahunya yang sakit tadi.

"Asal kau tak bagi tahu aku yang kahwin dengan siapa!kalau aku tahu awal-awal lagi aku setuju kau kahwin macam tu"Kata Syazleen dengan nada yang sedikit kuat.Dia sedang bercekak pinggang.

Qalesya meletakkan jari telunjuk dibibir supaya gadis itu memperlahan kan suaranya.
Risau juga kut-kut ada yang tadah telinga curi-curi dengar perbualan mereka.

"Kenapa kau kenal ke suami aku tu?"Tanya Qalesya.

Syazleen menepuk dahinya secara perlahan dengan soalan Qalesya.

"Kau kan kahwin dengan siapa pun tak tahu.Now you tell me siapa je tak kenal Ceo of Abraham Holdings,Zander Albertine.Dia dikenali sebab wajah kacukan italy dia yang kacak tu,kaya lepastu dia memang popular dalam kalangan wanita.Kau ni biar betul tak kenal suami sendiri"Syazleen mencapai air yang dibelinya lalu meminumnya.

"Entahlah,tak tahu pulak dia famous sampai satu Malaysia ni kenal.Patutlah kalau kami kat luar semua orang duk pandang-pandang"Qalesya bertongkak daku di meja.

"Hrmm mungkin diorang fikir yang kau ni girlfriend dia lah kut.Apapun kau memang tak nak bagitahu orang ke status kau,especially Doktor Adrian sebab aku takut dia fikir yang dia ada chance untuk dapatkan kau sedangkan dia tak tahu yang kau ni isteri orang"lebar Syazleen berbicara.

"Doktor Qalesya dan Doktor Syazleen"satu suara menegur mereka berdua dari arah kaunter makanan.

"Hai Doktor Adrian"balas Syazleen.baru je bercakap pasal dia,panjang umur.

Qalesya hanya tersengih,difikiran hanya bermain dengan apa yang diberitahu oleh Syazleen tadi.Mungkin betul apa yang diberitahu oleh Syazleen tadi.Mungkin dia harus jujur dengan semua orang terutamanya Adrian tentang status dan siapa suaminya.

"Doktor Qalesya boleh saya duduk sini?"soal Adrian yang memegang trail berisi makanan.

"Eh duduklah doktor.Sorry tak ingat nak pelawa awal-awal tadi"Qalesya memberi ruang untuk Adrian duduk di sebelahnya.

"It's okay "balas Adrian sambil tersenyum nipis kepada Qalesya.Qalesya senyum semula kepada Adrian lalu menyambung semula makan.

----

Waktu syif Qalesya sudah tamat,tiba masanya untuk dia pulang.Badan pun sudah kepenatan.Qalesya berjalan ke luar hospital untuk menunggu Ray datang menjemput seperti biasa.

Sedang menunggu,dia ternampak seorang kanak-kanak sedang berlari ke arah jalan raya yang sedang sesak.Qalesya cepat-cepat bergegas pergi menyelamatkan budak itu sebelum dilanggar kereta yang agak laju sedang menuju ke arahnya.

Mujurlah Qalesya sempat menarik budak lelaki itu ke tepi tetapi sebelum dia sempat berlari semula dari tengah jalan raya,kereta itu semakin laju di depannya dan kakinya tiba-tiba saja tidak dapat bergerak akibat terkejut.

Kemudian,dia dapat rasa ada tangan yang cuba menarik lengannya dengan kuat lalu dia terjatuh di atas badan orang itu di atas tanah.Qalesya terkejut apabila dia diselamatkan,dia bikas bangun dan melihat suaminya yang cedera di bahagian lengan akibat tersesek dia atas tanah semasa menyelamatkannya tadi.

"Awak!lengan awak tu"Qalesya cuak apabila melihat darah yang keluar.

"Sikit je ni,kau okey tak?"soal Zander dengan nada risau.

Budak itu sudah berlari ke dalam hospital dan mencari ibu bapanya selepas diselamatkan oleh Qalesya tadi.

"Saya okey,awak yang tak okey ni.Jom masuk dalam saya suruh nurse tengok luka awak"Qalesya cuba membantu lelaki itu bangun dari terbaring akibat jatuh tadi.

"Tak nak lah.Aku okey je"Zander menolak lembut tangan Qalesya.

"Awak please lah!Awak cedera macam ni sebab saya.So please sekali ni je saya merayu untuk awak dengar cakap saya.Kita masuk dalam lepastu suruh doktor tengok lengan awak ni"Kata Qalesya dengan nada sedikit marah.

Terkejut apabila dimarah Qalesya,akhirnya Zander aku untuk dibawa ke hospital untuk memeriksa lengannya.

Masuk saja ke dalam hospital,banyak mata yang memandang mereka berdua,namun Qalesya sudah tidak kisah jika ada lagi gosip tentannya sebab sekarang bukan masa untuk fikir semua tu.

_

Beberapa jam kemudian,lengan Zander sudah dirawat oleh doktor.Mujurlah lelaki itu tidak berkata apa-apa semasa dirawat.Zander terpaksa dimasukkan ke hospital untuk 2 hari memandangkan bukan lengan saja yang tercedera namun bahagian belakang dan kakinya juga tercedera.

Qalesya tak berhenti rasa bersalah kerana suaminya terpaksa ditahan masuk wad kerana menyelamatkan dia tadi.Qalesya masuk ke dalam bilik wad yang khas untuk pesakit VIP yang semestinya Zander ditempatkan di situ.

Lelaki itu sedang nyenyak tidur di atas katil wad.Lengannya berbalut habis,tak patah cuma agak teruk di bahagian tu.Qalesya mengambil tempat disebelah Zander.

Tiba-tiba air matanya mengalir keluar melihat keadaan suaminya akibat dia sendiri.Mungkin tangisan wanita itu terlalu kuat menyebabkan Zander tersedari dari tidurnya.Qalesya cepat-cepat mengelap air matanya.

"Kenapa awak bangun?rehat jelah"kata Qalesya selepas Zander membuka kelopak matanya.

"Kau menangis ke?soal Zander sambil menyandar di kepala katil wad tersebut.

"Ma-mana adalah,mata saya pedih masuk habuk tadi"tipu Qalesya.Ayatnya macam cliche tapi itu saja yang dapat dia fikir supaya tidak diketahui oleh Zander yang dia memang menangis tadi.

"Tak payah lah tipu aku,kalau kau menangis sebab keadaan aku ni please stop crying!i'm okay now.And apa yang kau buat tadi boleh buat aku gila tahu tak,kau memang nak ke mati tadi?kalau aku tak datang selamatkan aku tadi silap-silap kau yang terlantar kat sini.Tak boleh ke sekali je kau jangan buat aku macam orang gila fikir pasal kau"marah Zander tapi tidaklah sampai tahap amarahnya hari itu.

"Sorry awak,tadi saya cuba nak selamatkan budak tu je.My bad sebab tak tengok kiri kanan masa tu.I'm really sorry sebab dah banyak kali buat awak risau macam tu.Saya tahu salah saya awak terpaksa masuk wad,saya-"Qalesya tak mampu nak meneruskan ayatnya,wajahnya hanya tertunduk ke bawah.

Tak sanggup nak tengok wajah suaminya akibat perasaan bersalah di dalam hati.Namun mujurlah lelaki itu tetap memaafkan kesalahan yang dibuat oleh Qalesya kerana Zander tahu niat sebenar wanita itu.

~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now