BAB 6

5.1K 235 4
                                    

"Esya,abah tahu esya anak yang baik, janji dengan abah yang esya akan jaga ibu bila abah dah takde nanti"sebuah pesanan meniti dari bibir lelaki tua itu sambil tangannya mengusap rambut ikal mayang milik puteri tunggalnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Esya,abah tahu esya anak yang baik, janji dengan abah yang esya akan jaga ibu bila abah dah takde nanti"sebuah pesanan meniti dari bibir lelaki tua itu sambil tangannya mengusap rambut ikal mayang milik puteri tunggalnya.

"Esya janji abah,tapi abah janganlah tinggalkan esya,esya perlukan abah dan ibu"
balas si anak sambil menangi teresak-esak.

Kemudian bayangan lelaki tua itu mula mudar dari pandangan dan semakin jauh pergi meninggalkannya di sebuah tempat yang dia sendiri tidak tahu dimana.

"Abah"jerit Qalesya yang baru tersedar dari mimpi secara mengejut.

Dahinya berpeluh-peluh dan mukanya nampak pucat.

Qalesya termenung seketika,kepala serabut memikirkan nasib dia yang masih disini malah akan berkahwin dengan lelaki yang telah menculik dan menyakitinya.Minda masih terngiang-ngiang dengan suara lelaki itu memberitahu abahnya seorang pembunuh.

Oleh itu,sebab lain dia bersetuju untuk mengahwini lelaki itu adalah kerana ingin mengetahui lebih dalam tentang ayahnya yang juga merupakan mafia tanpa pengetahuan dia dan ibunya.


Qalesya menyarung baju kurung putih yang dihiasi dengan labuci dan lace.Selendang putih dipakaikan di atas kepala.

Sedikit makeup juga dicalit supaya tidak nampak terlalu pucat dihari perkahwinan yang tidak bahagia baginya.Boleh dikatakan hari yang paling dia tidak mahu hadapi tapi dia dipaksa.

Zander memberitahunya semalam bahawa mereka akan berkahwin hari ni kerana lelaki itu harus bertolak ke Italy lusa atas urusan kerjanya.

Selain menjadi mafia lelaki itu juga merupakan CEO syarikat iaitu pewaris Abraham Holdings. Kebanyakkan hal-hal mangsa dia minta Zack yang uruskan kerana kerja dia di office pun bertimbun tak siap.

Selesai bersiap,Qalesya berjalan ke arah katil untuk mengambil fail yang berisi dokument penting untuk urusan nikah nanti.

Mujur dia berjaya pujuk lelaki itu untuk pulang ke rumah sewanya sebentar untuk mengambil barangan keperluan semalam.

Dia agak kecewa kerana lelaki itu masih tidak membenarkan dia berjumpa dengan Syazleen sebelum meninggalkan rumah sewanya itu
dan kebetulan Syazleen pula tiada di rumah semalam.

Telefon Qalesya pula dipegang oleh Zander atas keselamatan jikalau gadis itu menelefon polis kerana menculiknya.

"Kau dah siap ke?"datang suara garau Zander dari arah pintu menyentak lamunan Qalesya.

Mata Zander menatap penampilan Qalesya yang nampak cantik dalam busana ringkas pengantinnya itu.

Jantung Zander mula berdetak laju,hadis satu perasaan yang dia membuatkan matanya tidak mahu beralih dari Qalesya.

She's beautiful and stunning.My future wife.

"Ye saya dah siap,saya harap awak tak kisah saya pakai macam ni.Baju ni saya jumpa
dalam wardrobe tu jadi saya pakai jelah sebab nampak sopan sikit"ujar Qalesya sambil memandang ke arah Zander yang sedang bersandar di daun pintu biliknya.

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now