☁️Chapter 44☁️

2.5K 102 0
                                    

"Qalesya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Qalesya..."

Kedengaran satu suara yang memanggil Qalesya dari tingkat bawah.

Qalesya cepat-cepat mengemas dokument yang diambil dari kotak tadi lalu keluar dari bilik office Zander.Dia turun ke bawah untuk menjenguk orang yang memanggilnya tadi.

"Kau buat apa tadi aku panggil kau tak dengar?"soal Zander sambil menyisingkan lengan bajunya.

Mujurlah Qalesya sempat keluar dari bilik office sebelum lelaki itu naik ke atas.Kalau tak naik hantu Zander marahkan Qalesya kalau dapat tahu dia selongkar barang di office nya.

"Saya ada je,baru siap mandi"Qalesya tersenyum menjawab pertanyaan Zander.

"Habistu kenapa mata kau merah-merah ni?Kau menangis ke tadi?"soal Zander semula apabila perasan mata Qalesya kemerahan.

"Mana adalah,saya mandi lama sangat kot tadi mungkin sebab tulah mata jadi merah ni"Qalesya cuba menipu,padahal memang dia menangis teruk tadi.

"Qalesya aku ada benda nak bagitahu kau"Zander datang mendekati Qalesya.

"Bagitahu apa?"Tanya Qalesya dengan wajah kehairanan.

"Lusa aku nak ajak kau pergi Melbourne.Ada orang nak jumpa kau kat sana"Kata Zander.

"Haa?Melbourne?siapa yang nak jumpa saya?"soal Qalesya lagi.

"Nanti kita sampai sana kau tahulah.So pack your stuff before that day.And alang-alang tu kita honeymoon jelah sekali kan?"Nada Zander berubah menjadi sangsi.

Qalesya hanya tersenyum dalam kehairanan.Malas dia nak tanya lebih-lebih memandang
kan fikirannya masih serabut dengan hal yang diketahui olehnya tadi.

----

Hari ni Qalesya dan Zander berangkat ke Melbourne dengan menaiki private jet.Sampai sekarang Zander masih tak bagitahu siapa yang bakal mereka bertemu.Katanya lebih suprise kalau Qalesya tahu sendiri nanti.

Namun mood Qalesya tidak beberapa okey sejak malam hari itu.Dia tidak nampak begitu teruja untuk ke Melbourne.

"Qalesya kau okey ke?ke kau tak happy nak pergi sana?"soal Zander kerana perasan akan perubahan mood Qalesya sejak dua menjak ni.

"Taklah,saya okey je awak.Cuma rasa nervous sikit"Qalesya pura-pura senyum.Dia tidak mahu lelaki itu perasan apa-apa.

Zander tersenyum sinis.Dia mendapatkan bahu Qalesya lalu sandarkan pada sisi bahunya.

"Try to get some sleep and don't think much.Don't worry,bukannya aku bawa kau jumpa orang jahat."Zander berkata sambil mengusap-ngusap rambut isterinya.

Qalesya hanya terdiam dan cuba memejamkan matanya sambil bersandar di bahu Zander.
Kali ni je dia nak lupakan perkara tu supaya dia dapat tidur dengan lena walaupun sekejap.

----

Setelah beberapa jam perjalanan,akhirnya Qalesya dan Zander tiba di bandar Australia iaitu Melbourne.Zander dan Qalesya berada di dalam kereta yang dipandu oleh Zack dan seorang lagi bodyguard disebelah untuk ke sebuah restoran dan berjumpa dengan orang tersebut.

Kemudian,mereka tiba di sebuah restaurant yang bernama 'Red Spice Road' di bandar melbourne itu.Ia merupakan salah restoran yang terkenal di sana.Sebelum mereka masuk ke dalam tiba-tiba datang satu figura wanita yang agak muda seraya memeluk Zander dengan erat.Zander pula membalas pelukkan wanita itu sambir hujung bibirnya tak lekang mengukir senyuman manis.

Qalesya sedikit terkejut dengan tindakan spontan wanita muda itu,namun hanya mendiamkan diri disebelah Zander.

"I miss you abang"Kata wanita itu lalu meleraikan pelukkannya.

"Miss you too Zeya.How's your life here,good? "soal Zander pula.Senyumannya cukup lebar memandang wanita itu.Tak pernah-pernah dia senyum begitu dengan orang lain.

"I'm fine abang.And i know you are doing well to right "balas wanita muda itu.

"Lupa pulak nak kenalkan.So Zeya this is my wife,Putri Qalesya Adrianna."Zander mendekatkan dirinya dengan Qalesya sambil memperkenalkan Qalesya kepada wanita.Tanpa memberi berkata apa-apa wanita itu memeluk Qalesya pula.

"Nice to meet you.Dah lama Zeya nak jumpa Qalesya.Wait what should i call you? kakak? Sis?"Soal wanita itu dengan wajah hairan.Qalesya masih dalam kebingungan,dah kenapa pula perempuan ni nak panggil dia kakak?

"Qalesya this is my sister,Zanzea.Dialah yang nak jumpa sangat dengan kau tu,and kau pun ada bagitahu aku yang kau nak sangat jumpa adik ipar kau kan"Zander mengangkat kening kirinya.

Qalesya sedikit terlompong selepas Zander memberitahu yang wanita itu ialah adik perempuan.Mati-mati dia ingat Zanzea ni girlfriend Zander tadi.Qalesya mencubit bahu Zander dengan lembut,dia buat muka sedikit geram.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal"Kata Qalesya.Zander hanya tergelak kecil sambil menggosok lengannya yang dicubit tadi.

"Nice to meet you too Zanzea and panggil je Esya"Qalesya sedikit janggal.Tidak biasa dengan gelaran kakak memandangkan dia anak tunggal.

"Okey Esya.Tak sangka pandai abang pilih cinta hati dia.Esya cantik sangat."Zanzea tersenyum kepada Qalesya.

"Baru je jumpa dah rapat macam kenal setahun.Dahlah jom masuk,datang sini nak makan"perli Zander lalu menarik tangan Qalesya dari Zanzea.

Zanzea menjelingkan mata ke arah abangnya.Selalu je tak puas hati dengan dia.Memang sejak kecil Zander selalu jugak mengusik adiknya tapi sejak papa mereka mengajar Zander dalam dunia bisness ketika lelaki itu berumur 17 tahun,hubungan mereka menjadi sedikit renggang.

Namun sekarang Zander masih sama macam dulu,abang yang sayangkan adiknya.Zanzea berasa sangat lega sebab hadirnya wanita itu dalam hidup Zander,dia boleh nampak yang abangnya sudah mula mencari kebahagian hidup dan tidak dibelenggu dengan kisah lama.

Walaupun begitu,tiada siapa yang tahu apa yang lelaki itu rasa,adakah benar dendam silam sudah hilang dan terkabur dari hatinya?

~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now