Hari sudah masuk senja,Qalesya tertidur di dalam dakapan Zander selepas menangis tadi.Mujur tiada doktor atau nurse yang datang untuk periksa keadaan lelaki itu,kalau tak malu jugak Qalesya diorang fikir bukan-bukan pasal mereka.
Qalesya bangun dari katil wad untuk ke bilik air dan mencuci mukanya.Wajah kacak Zander ditenung lama,dia tersenyum nipis.Ada baiknya juga kalau lelaki itu dimasukkan ke hospital,boleh lah dia berehat sepenuhnya.Kalau tak pasti 24 jam tu fikir pasal kerja yang tak pernah habis.
Sewaktu keluar dari bilik air pintu bilik wad Zander diketuk.
"Masuklah"laung Qalesya dengan nada perlahan,takut juga lelaki itu terjaga dari tidurnya.
Seorang doktor masuk bersama seorang nurse untuk memeriksa keadaan Zander.Qalesya sedikit terkejut apabila melihat doktor itu ialah Doktor Adrian.Qalesya terkejut dan hanya terkaku di sebelah katil Zander.
Sebaik saja Adrian melihat ada Qalesya di dalam bilik wad pesakitnya ekspresi mukanya terus berubah.Dia memandang lama wajah wanita itu sambil menunggu nurse menukar IV drip yang sudah kehabisan.
"Qalesya boleh tak saya nak cakap sikit dengan awak,kat luar"Kata Doktor Adrian selepas memeriksa Zander.
Qalesya mengganguk lalu ikut Doktor Adrian ke luar bilik wad.
"Awak kenal ke patient kat dalam tu?kenapa awak ada dengan dia?"Soal Adrian kepada Qalesya sebaik saja keluar dari bilik wad tadi.
"Sebenarnya di-dia suami saya"teragap-agap Qalesya menjawab persoalan Adrian.
Doktor Adrian mati kata lalu terduduk di atas kerusi yang disediakan di kaki lima wad untuk para penunggu pesakit.
"Kenapa awak tak cakap yang awak dah kahwin?dengan orang yang dikenali satu Malaysia pulak tu.What are trying to do Qalesya?"nada Adrian sedikit tinggi.
"Saya minta maaf Doktor Adrian,saya tak berniat nak tipu tapi memang saya rahsiakan pasal saya dekat semua orang kecuali Syazleen sebab dia kawan rapat saya.Kenapa saya nak rahsiakan benda ni saya tak boleh bagitahu sebab tu hal privasi saya.I'm so sorry Adrian"Qalesya masih berdiri membelakangi pintu wad sambil memandang ke arah Adrian yang terduduk tadi.
"Okey saya faham.Awak tahu kan yang saya suka dekat awak?habistu selama ni saya macam orang bodoh suka dekat bini orang!"Adrian meninggikan nadanya.Dia berjalan mendekati Qalesya.
Qalesya sedikit tergamam dengan pengakuan Adrian tadi.Memang dia tahu ada gosip yang tersebar tentangnya dengan Doktor Adrian tapi dia tidak tahu yang doktor itu memang ada perasaan terhadapnya.
Adrian berdiri di depan Qalesya.Kedua belah tangannya diletakkan pada bahu Qalesya.
"Apa awak buat ni Adrian?nanti orang tengoklah"Qalesya menepis tangan Adrian dari memegang bahunya.
"Qalesya I'm in love with you since our first met.Saya tak pernah rasa macam ni dengan orang lain walaupun awak tahu yang ramai doktor dan nurse perempuan sukakan saya.But you are special Qalesya.You are different from them.And now your hurt my feelings so well Qalesya"Nada Adrian berubah menjadi sedih.
"Saya minta maaf Adrian,saya tak tahu pasal ni.Walaupun awak luah semua ni dekat saya ia takkan ubah apa-apa sebab saya dah ada suami and saya hanya mencintai dia Adrian,once again i'm really sorry and please let me go"Qalesya cuba menolak Adrian dari mendekatinya.
Tiba-tiba pintu wad Zander terbuka lalu lelaki itu keluar dan menumbuk wajah Adrian dengan kuat sehingga berdarah di tepi bibir lelaki itu.
"Awak, stop!awak buat apa ni!"Qalesya menarik Zander menjauhi Adrian.
"Don't your dare to touch my wife! "Zander buat muka berang memandang wajah Adrian dengan penuh marah.
"Adrian awak baliklah dulu.Dah lewat ni"Qalesya mengarahkan Adrian beredar dari situ sebelum keadaan jadi lebih teruk.
Qalesya tahu apa yang akan terjadi kalau Adrian masih disitu,once Zander dah marah memang kena habisan si Adrian tu.Sebelum mengatur langkah keluar dari bilik Wad VIP,Adrian sempat merenung tajam ke anak mata Zander,mukanya penuh dengan rasa marah terhadap lelaki itu.
----
"Kenapa awak tumbuk dia?kan saya tengah berbincang dengan dia tadi.Nasib tiada orang tengok kejadian tadi,kalau tak dah kecoh satu hospital tentang Ceo terkenal tumbuk doktor paling famous kat hospital ni"bebel Qalesya.
"I don't care with such a stupid things like that!He deserved my punch !Aku memang pantang orang kacau atau sentuh what i called mine and kau kenapa tak bagitahu aku yang dia suka dekat kau?"soal Zander dengan nada sedikit marah.
"Manalah saya tahu yang dia ada simpan perasaan kat saya.Masa dia bagitahu tadi pun saya terkejut jugak.Tapi sumpah awak saya just anggap dia as my senior and colleague.That's all,so please don't think much about it and take a rest mmm "pujuk Qalesya seraya menolak-nolak badan Zander ke arah katil lalu dibaringkan supaya lelaki dapat berehat.
"Eh kau nak buat apa ni?"Soal Zander sebaik badannya ditolak ke atas katil.Wajahnya yang berang tadi mula berubah kepada mode nakal.
"Awak kenalah baring dan berehat.Kan awak tengah sakit tu"kata Qalesya sambil menyilangkan tangannya.
"Okey i'll get some rest tapi kau kena duduk sini"Zander menepuk-nepuk tilam katil yang ada ruang untuk Qalesya duduk sambil tersenyum nakal dan memandang wajah Qalesya dengan penuh menggoda.
"Saya tahu awak fikir apa but not here.ini hospital awak,bukannya kat rumah"Qalesya bergerak selangkah dari belakang.
Tanpa berkata apa-apa Zander menarik juga Qalesya ke dalam pelukannya dengan sangat erat sehingga tidak mahu melepaskan tubuh kecil wanita itu dari badannya.
"I don't even care about that,aku dah bayar the whole VIP room ni,tak ada orang yang datang or ganggu kita.So please stay like this for a moment because you're my medicine to heal my pain Qalesya"ujar Zander sambil memejamkan matanya.
Akhirnya mereka berdua dibuai mimpi yang indah pada malam itu dalam dakapan dan merasai kehangatan cinta antara mereka.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...