Qalesya selesai bersiap untuk kembali menjalani ujian praktikal sebagai doktor.Hari merupakan hari yang sangat mendebarkan baginya seolah olah hari pertama dia ke melapor diri.
Segala persoalan yang mungkin akan muncul bila rakan sekerjanya melihat dia tiba tiba datang semula ke hospital dibuang ke tepi,semangat dan kekuatan saja yang simpan di dalam hati.
"Haa kau dah siap ke?"Datang Zander dari bilik pakaian sambil memegang neck tie untuk dipakaikan pada kolar kemeja berwarna hitam dipakainya.
"Dah siap,awak rasa okey tak saya pakai macam ni?"soal Qalesya kepada Zander tentang pakaiannya.
Qalesya menyarungkan kemeja berwarna kuning cair dipadankan dengan seluar slack hitam.Rambut dilepaskan saja begitu dan sedikit solekan natural pada wajah kacukan wanita itu.
"Yes sayang,kau nampak cantik sangat.Risau pulak aku kut kut ada doktor lelaki lain nak goda kau"Zander membuat muka risau sambil memandang wajah si isteri.
"Hahahaha apa awak ni,mana adelah.Saya kan dah ada awak.So awak janganlah risau saya pandang awak sorang je."Qalesya ketawa kecil dengan apa yang dikatakan oleh Zander tadi.
"that's my girl."Zander mengusap gusap atas kepala Qalesya.
~
Qalesya kini berada betul betul di depan pintu surgery department.Hati berasa sedikit berdebar untuk masuk ke dalam.
Tambahan lagi Syazleen tak dapat menemaninya sekarang kerana dia harus menguruskan hal pesakitnya di emergency room.
Doa dibaca dan dada dilapangkan.Qalesya perlahan lahan menolak pintu utama itu lalu melihat keadaan di bilik bedah itu cukup tenang dan tidak terlalu sibuk dengan seperti sebelum ni.
Nurse nurse yang ada di reception memandang wajah Qalesya dengan riak muka yang terkejut sebaik wanita itu muncul.
Tiga orang nurse berjalan ke arah wanita itu dan tidak henti henti bertanya kepada Qalesya apa yang berlaku kepadanya selama ini.
Sebelum sempat Qalesya membuka mulut untuk menceritakan segalanya,Doktor Emy dan Doktor Sean datang ke arahnya.
"Wow Doktor Qalesya,it's been awhile right?Apa yang berlaku dekat doktor selama ni?kenapa tak datang kerja?"bertubi tubi Doktor Emy menanyakan soalan kepada Qalesya.
Doktor Sean hanya tersengih sambil memandang muka Qalesya.
"Doktor Emy sebenarnya selama ni saya ambik cuti sebab kena jaga ibu saya.Tapi sekarang dia dah meninggal"wajah Qalesya terus bertukar menjadi sedih apabila menyebut tentang ibunya.
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...