Zander merenung figura Qalesya yang terbaring di atas katil,sebuah tiub pernafasan disambungkan ke mulutnya.
Selepas beberapa jam dirawat,akhirnya dia dipindahkan ke wad,Doktor yang merawat Qalesya berkata wanita itu hampir tidak berjaya diselamatkan kerana dia telah kehilangan banyak oksigen pada paru-parunya.
Mujurlah Zander cepat-cepat membawa Qalesya ke hospital,kalau tak mungkin dia tidak dapat berjumpa wanita itu lagi.
Perkara yang paling ditakuti oleh Zander adalah kehilangan wanita yang paling dia sayang.
Tangan Qalesya dicapai oleh Zander diletakkan pada pipinya,sejuk tangan wanita itu.Kemudian dia mengucup lembut tangan itu.
"Maafkan aku Qalesya,aku gagal lindungi kau.Disebabkan aku kau banyak hadapi situasi yang buruk dan boleh membahayakan kau"kata Zander sendirian sambil melabuhkan kepala pada katil bersebelahan Qalesya.
~
Qalesya perlahan-lahan membuka kelopak matanya,mata hazelnya memandang keadaan sekeliling.
Dia cuba untuk bangun dari baring namun tidak berjaya kerana badannya agak lemah.
"Esya dah bangun?"soal Zanzea yang berada disebelahnya.Pagi-pagi lagi dia datang ke hospital untuk melihat keadaan kakak iparnya.
Qalesya hanya mengangguk sambil tersenyum kepada Zanzea,memandangkan mulutnya dipakaikan tiub pernafasan dia tidak dapat bersuara untuk bercakapa.
"Esya dah okey?Zeya nak Esya rehat je,doktor ada pesan kalau Esya sedar jangan bagi dia banyak gerak.So kalau Esya nak apa-apa biar Zeya tolong"Zanzea mengusap-gusap bahu Qalesya.
~
"Apa next plan boss?Takkan boss nak biar je Rayyan buat macam tu dekat cik Qalesya"Zack membuka persoalan sambil memandu kereta untuk membawa Zander ke hospital dan bertemu Qalesya.
Semasa Zanzea sampai ke hospital tadi,dia mengarahkan abangnya balik berehat dan membersihkan diri,jadi Zanzea yang ganti tengokkan Qalesya pulak.
Muka penat dan risau abangnya tak dapat ditipu lagi,memang benar jelas yang lelaki itu kelihatan cukup penat kerana semalam tidak tidur dan hanya duduk di sis Qalesya sambil memerhati keadaannya.
"Zack kau memang tak kenal aku?Of course he must pay back for what he did to my wife,Tapi kalini aku takkan guna cara biasa aku because it won't be fun,so aku akan guna cara lebih kejam dan menyakitkan untuk ajar Ar Rayyan Warrens!"nada Zander sedikit meninggi.
"Zack,untuk buat semua tu aku kena tinggalkan Qalesya buat sementara waktu"Zack berkata lagi tapi dengan nada yang kecewa
"Haa tinggal cik Qalesya?kenapa sampai macam tu tuan?"soal Zack dengan hairan.
"Aku tak nak dia cedera sebab selalu ada dengan aku.Kau sendiri tahu kan yang musuh aku keliling pinggang especially Rayyan yang tak habis-habis cari cara untuk bunuh aku,so aku tak nak Qalesya pun terbabit sekali sampai boleh membahayakan dia"Kata Zander.
Akhirnya Zack faham,bossnya begitu bersungguh untuk melindungi wanita yang dia cintai.Kadang-kadang dia berasa amat bersyukur apabila Zander ditemukan dengan Qalesya,satu persatu wanita itu mengajar perkara baharu dalam hidup seorang lelaki yang hanya diselubungi dendam dan dunia yang gelap selama ini.
Zack hanya terdiam,dah kenal sangat sikap bossnya itu.Kalau Zander cakap dia nak buat begitu,yang pastinya memang dia akan buat seperti dikatakan.
~
Zanzea sedang leka berbual dengan Qalesya walaupun wanita itu tidak bercakap tetapi mendengar semua ceritanya.
Zanzea mahu Qalesya tersenyum dan lupakan segala yang telah berlaku kepadanya semalam.Zanzea tidak mahu Qalesya hanya kelihatan suram dan tidak bermaya,jadi mungkin kalau dia berborak dengannya dapay membantu wanita itu ceria sahaja walaupun sedang terbaring lemah.
Tiba-tiba pintu wad Qalesya dibuka oleh Zander yang baru saja sampai.Zander melangkah masuk ke dalam dan menuju ke arah Qalesya sebaik melihat wanita itu sudah sedar.
"Aishh memang tak boleh merenggang langsung,rasanya baru tadi Zeya suruh abang balik rehat,tup tup dah datang semula"perli Zanzea sambil menyilangkan tangannya.
"Zeya kamu ni agak-agaklah,takkan lah abang nak tinggal isteri abang ni.She need me by her side"Zander mengusap-ngusap rambut Qalesya.
"Hrmm yelah,padahal dia yang tak boleh nak berjauhan lama-lama,apa-apa dah rindu bini.Okey lah kalau macam tu,abang spend time lah dulu dengan Esya,Zeya nak pergi jumpa client kejap"Zanzea merenung ke arah jam tangan lalu bangun dari kerusi untuk
mempamitkan diri.Harini Zanzea dah mula masuk kerja selepas dia mengambil cuti demi menyambut ketibaan abangnya dan Qalesya semalam.Peguam pun sibuk memanjang,bukannya takde kerja.Belambak je kes-kes yang perlu dia selesaikan.
Selepas bayang Zanzea hilang dari padangan Zander menarik kerusi lalu diduduk olehnya.
Mata memandang wajah keletihan Qalesya,mungkin dia masih lemah kerana kehilangan banyak oksigen dalam kebakaran semalam.
"Kau okey ke?nak makan tak?Kalau nak apa-apa bagitahu aku,hmm"Tanya Zander dengan begitu prihatin.
Qalesya hanya menggelengkan kepalanya,dia tidak berasa lapar mahupun dahaga.Malah lega apabila dapat melihat Zander berada di depannya sekarang.
"Qalesya pasal semalam tu aku minta maaf,kalau aku tahu semua ni akan terjadi dekat kau aku takkan bawak kau dinner semalam,aku hampir jadi gila bila tengok kau hampir- "Zander tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana rasa bersalahnya terhadap Qalesya sungguh kuat dan dia rasa dirinya lemah kerana tak mampu nak lindungi isteri sendiri.
Qalesya mengusap-ngusap lembut pipi bersih Zander,mulutnya tersenyum nipis.
Semua yang berlaku ni bukan salah Zander,dia terima dengan apa yang terjadi.Memang betul sepanjang dia mengenali Zander banyak perkara yang terjadi dan menjejaskan hidupnya tapi dalam masa yang sama disebabkan lelaki itu jugalah dia berasa yang dirinya sentiasa dilindungi.
Jadi dia perlukan lelaki itu sebagai pelindung dan pembimbing dalam hidupnya.Tiada yang mampu memberikan cinta dan kebahagian kepada Qalesya,hanya Zander Albertine.
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...