Berkali-berkali pintu bilik Qalesya diketuk dengan kuat oleh Zander namun dia enggan membukanya kerana dia ingin bersendirian.
Qalesya tidak sanggup untuk melihat wajah Zander buat masa sekarang.
"Qalesya buka pintu sekarang!We need to talk!Kalau kau terus macam ni macam mana hal kita nak selesai!"Kata Zander sambil mengentuk pintu bilik tersebut.Nadanya juga sedikit meninggi.
"We are done Zander!Please let me alone tonight.Saya nak rehat,saya penat sangat.Tolonglah jangan ganggu saya"balas Qalesya dari dalam bilik.
"Okey fine tapi bukak lah dulu pintu supaya aku boleh tengok kau.Macam mana kalau jadi apa-apa dekat kau dalam bilik ni tiba-tiba.Tak kan susah pulak aku"
"I'm good.So please go!"jerit Qalesya dengan nada marah.
Dengan perasaan marah Zander menendang pintu bilik itu dengan kuat.Dia sudah tidak tahan dengan semua ni.Dia cuba untuk pujuk Qalesya dengan cara yang baik tapi,wanita itu tetap ingin berkelakuan ini terhadapnya.
"Apa awak buat ni?Awak dah gila ke?Kan saya cakap- "Belum sempat Qalesya menghabiskan ayatnya tangannya ditarik mendekati Zander.
"Yes i literally crazy now!I'm sorry but i've to do this.Now we need to talk.Please bagitahu aku apa yang buat kau marah sangat dekat sejak kau balik kerja tadi"
Qalesya menepis tangan Zander yang dari memegangnya.
"Okey,i'll tell you everything.Selama ni awak tinggalkan sebab awak sibuk jaga mak Fasha kan?Awak tolong dia ulang-alik dari italy sebab mak dia buat rawatan dekat sana."
"Wow,hebat kan.Awak tinggalkan saya sorang-sorang kat sini lepas awak buat saya mengandungkan anak awak ni.Lepastu awak buat apa?Sibuk tolong jaga orang lain.Awak tahu tak saya dah macam orang gila rindukan awak,tunggu awak kembali dekat saya seperti yang awak janji sebelum ni.And selepas setahun baru awak muncul?"segala yang Qalesya pendam akhirnya terluah.
"So kau jumpa Fasha lah tadi and she tells you everything?"soal Zander dengan wajah tegang.
"Yes,kenapa?Awak nak marahkan dia ke sebab dia dah bongkarkan rahsia awak selama ni?"Qalesyamemandang Zander dengan sinis.
Tiada respon dari Zander.Dia menghela nafas berat,tangannya meraup rambut ke belakang.
"Qalesya,i'm really sorry.Aku tahu aku tak patut buat macam tu dekat kau.Tapi aku ada sebab sendiri kenapa aku terpaksa tinggalkan kau selama ni.Boleh tak kau jangan jump into conclusion macam tu je.Ya memang betul aku tolong Fasha uruskan mama dia yang sakit selama ni tapi itu sebab-- "
"Stop it!Saya dah tak nak dengar semua alasan awak tu!Saya dah letih dengan semua ni dan tolonglah jangan ganggu saya lagi.Saya nak rehat so tolonglah pergi balik.Saya dah tak sanggup nak hadap muka awak lagi.You're lying to me"Qalesya terus meninggalkan Zander sendirian lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Qalesya masuk ke dalam bilik air sambil membuka pili air untuk memberi tanda kepada Zander yang dia sedang mandi.Padahal dia sedang menangis sambil bersandar di dinding bilik air.
Tangannya diletakkan di dada yang sakit sangat.Dia tahu dia tidak sepatutnya beremosi begini kerana tidak elok bagi kandungannya tapi sungguh dia tidak tahan dengan semua ni.
"I hate you Zander!"katanya dengan perlahan sambil meratapi tangisan air mata yang keluar.
----
Harini sudah masuk hari ketiga selepas pergaduhan Qalesya dan Zander.
Seperti yang di suruh,Zander akhirnya pulang ke KL bagi memberi ruang kepada Qalesya kerana dia tidak mahu diganggu.
Pada awalnya Zander tidak mahu pulang kerana risaukan keadaan Qalesya sekarang tetapi Qalesya tetap memaksanya supaya pulang.
Dah tuan badan tak sudi tak boleh nak cakap apa lah kan.
Qalesya meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa,pagi masuk kerja dan waktu petang akan pulang ke rumah.
Tetapi disaat Zander yang sentiasa ada menemaninya selama dua minggu tu,ketiadaan lelaki itu membuatkan rumah ni terasa kosong dan sunyi.
Kebiasaanya Zander akan menjemputnya pulang dari kerja,sediakan makan minumnya setiap hari dan ada kalanya lelaki itu menawarkan diri untuk mengurut badannya yang lenguh.
Sepanjang keberadaan Zander di sini entah mengapa Qalesya berasa hatinya kembali happy dan tenang dari segala masalah yang dihadapinya.Rasa marah dan kecewa kepada lelaki itu juga perlahan-lahan pudar.
Tetapi itu sebelum dia dapat tahu semuanya,
hati yang dirawat kembali terluka selepas dia tahu kebenaran tentang lelaki itu.----
Hari demi hari berlalu,kandungannya juga sudah mencecah 7 bulan.Dia sudah diambang persalinan.
Dalam waktu tu juga suamniya tiada di sisi untuk menjaganya.Tapi bagi Qalesya selagi dia mampu,dia tidak mahu lelaki itu terlibat dengan urusan hidupnya.
Sebenarnya selepas 2 bulan Zander pulang ke KL,tiada panggilan atau mesej dari lelaki itu.Dari situ Qalesya dah boleh agak yang Zander benar-benar sudah bosan melayan karenahnya.
That's what you called husband?
---
Qalesya bersiap untuk keluar,hari ni merupakan hujung minggu iaitu off duty.Oleh itu,Qalesya bercadang untuk keluar sekejap dan membeli barang keperluan anaknya yang bakal keluar nanti.
Baru dia perasan yang kandungan sudah 9bulan tapi tiada satu pun persediaan yang dibuat untuk menyambut anak kecil itu nanti.Qalesya memilih untuk ke baby shops di sebuah mall berdekatan rumahnya.Nak pergi jauh-jauh bukannya larat sangat nak berjalan.
Setelah beberapa minit perjalanan,Qalesya tiba di mall tersebut.Dia terus masuk ke dalam dan mencari baby shops.Qalesya sedang leka memilih pakaian bayi,terlalu banyak pilihan membuatkan dia rambang mata.
Hatinya begitu teruja melihat barangan bayi di kedai ni,Qalesya berasa tidak sabar ingin bertemu dengan anak yang sedang dia kandung sekarang.
"Anak mama ni mesti tak sabar nak keluar tengok dunia kan?Sabar ye sayang,sikit je lagi.Nanti bila dah keluar mama janji yang kita boleh hidup bahagia walaupun tanpa papa disisi kita"kata Qalesya sambil tersenyum pahit seraya mengusap perutnya dengan lembut.
Beberapa jam berjalan di dalam mall tersebut,Qalesya memutuskan untuk pulang ke rumah kerana sudah penat.Sempat juga dia shopping beberapa barang baby.
Semasa ingin ke parking kereta ada seorang lelaki berusia lingkungan 50-an datang ke arahnya.
"May i help you?"soal lelaki yang memakai spek mata.
"Maaf encik tapi saya tak kenal encik"balas Qalesya seraya ingin lari dari lelaki yang tidak dikenalinya itu.
"Ouh sorry,lupa nak perkenalkan diri.Nama saya Faris and you can call me Uncle Faris. Kamu ni isteri Zander Albertine kan?
Wajah Qalesya sedikit tersentak apabila lelaki itu menyebut nama suaminya.
"Ya saya isteri dia.Uncle kenal ke dia?"soala Qalesya dengan muka hairan.
Uncle Faris tergelak kecil.
"Actually saya ni uncle dia,kiranya adik kepada Papa Zander.Anyways boleh tak kalau uncle nak ajak kamu berborak kejap?"
Qalesya hanya mengangguk.Apa salahnya kalau Uncle suaminya ingin mengajak dia berborak memandangkan dia pun tak pernah kenal ahli keluarga Zander yang lain selain adiknya,Zanzea.
"He's lying again"
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...