☁️Chapter 55☁️

3.1K 98 0
                                    

Zander terduduk di atas sofa yang terletak jauh sikit dari katil wad Qalesya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zander terduduk di atas sofa yang terletak jauh sikit dari katil wad Qalesya.Matanya memandang badan Qalesya yang sedang terbaring di atas katil.

Selepas diberi ubat tadi,Qalesya kembali tidur.Zander meraup mukanya,rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

Memang betul apa yang dikatakan oleh Qalesya,dia seorang suami yang teruk kerana telah meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung keseorangan.

"tolong saya,selamatkan anak saya"tiba-tiba kedengaran suara Qalesya yang meminta tolong.

Zander segera berlari ke katil untuk melihat keadaan isterinya itu.Mata Qalesya masih terpejam,jadi pasti dia sedang mengalami mimpi buruk pasal hal tadi.

Zander naik ke atas katil dan baring di sebelah Qalesya,badan wanita itu ditarik ke dalam pelukkannya.Bibirnya mengucup dahi wanita itu dengan penuh lembut.

"It's okay,our baby is fine.Aku ada dengan kau sekarang.Forget about all the bad dreams and get back to sleep"kata Zander dengan nada berbisik.

Beberapa minit kemudian,Qalesya dapat tidur dengan tenang dan tiada lagi mimpi buruk selepas berada dalam pelukkan Zander.

Qalesya dapat merasakan kehangatan dan ketenangan selepas Zander berada disampingnya sekarang,pelukkan yang sangat rindui selama ini,biarlah dia berasa begini walaupum sekejap.

~

Sudah beberapa hari berada dalam kawalan doktor,akhirnya Qalesya dibenarkan pulang memandangkan keadaannya dan baby sudah stabil.

Qalesya juga diberikan cuti 2 minggu supaya dia dapat berehat di rumah tanpa membuat kerja-kerja biasanya.

Sepanjang dia di hospital,Zander tidak pernah lari dari pandangannya.Lelaki itu setia menjaganya dengan baik.

Walaupun begitu,Qalesya masih marah dengan Zander dan memberitahu lelaki itu tidak bersusah payah untuk buat semua terhadapnya.Namun Zander tidak menghiraukan dengan apa yang Qalesya kast suapaya dia pergi.

"Kenapa awak masih kat sini?Saya dah boleh discarged so awak boleh lah balik.Tak payah lah tunggu saya"kata Qalesya dengan nada dingin selepas dia keluar di dalam bilik air dan melihat Zander yang sedang terduduk di atas sofa sambil menunggunya.

Zander bangun dan berjalan ke arah Qalesya.Wajah isterinya ditatap dengan penuh rasa bersalah.

"Aku nak hantar kau balik.Walaupun doktor cakap kau dah sihat but still i'm worry about you and the baby"kata Zander dengan lembut.

"Tak payah,saya boleh balik sendiri.Saya tak nak awak dekat sini so baliklah KL.Saya tahu awak datang sini sebab nak cari saya kan?And now awak dah tak perlu buat semua ni sebab i'm happy with my life now without you!Saya boleh jaga anak ni sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa pun"kata Qalesya lalu berjalan ke pintu wad untuk keluar.

Namun langkah Qalesya terhenti apabila Zander bersuara semula.

"Putri Qalesya Adrianna!Stop there or i won't let you go.Now listen to me,aku tahu aku salah and i'm really really sorry.Kau boleh nak marah dan benci aku,aku izinkan cause i deserved it but please jangan halang aku untuk jaga kau dan ambil berat pasal kau.Remember anak yang kau sedang mengandungkan tu tetap biji benih aku and i'm still your husband after all"Zander sudah hilang sabar dengan Qalesya tapi dia faham yang emosi Qalesya sedang terganggu jadi wajarlah kalau wanita itu berkelakuan itu.

Selepas Zander berkata begitu,Qalesya akhirnya mengalah dan bersetuju untuk pulang dengan suaminya.

Ada benarnya juga dengan apa yang Zander kata kan tadi,walaupun dia membenci lelaki itu dia masih suaminya yang harus dia hormat dan taati.

~

Qalesya melabuhkan punggung ke atas sebaik tiba di rumah.Zander yang baru saja selesai mematikan enjin kereta ditinggalkan saja begitu di perkarangan rumah.

Matanya berasa layu,dia bercadang untuk terlelap sekejap.

"Kau nak apa-apa tak?kalau ada bagitahu aku yer,nanti aku tolong ambilkan"Zander bersuara selepas masuk ke dalam bilik.

"Tak nak apa-apa,saya nak tidur kejap"kata Qalesya lalu baring di atas katil.Matanya terbuka kecil untuk melihat apa reaksi Zander apabila dia berkata begitu,namun lelaki itu hanya mendiamkan diri dan terduduk di bucu katil.

"Aku minta maaf Qalesya,aku tahu kau marahkan aku sebab tinggalkan kau dua tahun lalu,tapi aku buat semua tu ada sebab.Maaf sebab biarkan kau jaga baby kita seorang diri tanpa seorang suami disisi kau.Tiada yang mampu aku ungkapkan selain perkataan maaf.I'm truly sorry and i miss you so much"kata Zander sendirian apabila menyedari Qalesya sudah nyenyak dibuai mimpi.

Namun begitu,Qalesya hanya pura-pura tidur dan mendengar segala luahan Zander.Kalau diikutkan dia mahu memberitahu Zander yang di juga rindukan lelaki itu.Tapi ada satu perasaan yang menghalangnya dari meluahkan apa yang dia rasa sekarang.

"Zander,saya minta maaf sebab saya kejam dengan awak tapi apa yang awak dah buat dekat saya buat saya jadi marah dan benci terhadap awak,biarlah saya pujuk hati saya dulu dari semua ni"Kata Qalesya dalam hati dan dia benar-benar terlelap kali ni.


~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now