☁️Chapter 54☁️

2.9K 109 5
                                    

Hi,saya ada sediakan lagu sambil readers sekalian baca chapter ni sebab  macam ada scene sedih sikit hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hi,saya ada sediakan lagu sambil readers sekalian baca chapter ni sebab macam ada scene sedih sikit hehe.So why not ambil mood dengan lagu penantian by ARMADA🥺

Enjoy reading!

Jam sudah menunjukkam pukul 5 petang,
badan Qalesya sudah terasa letih,dari awal pagi dia hanya sempat berehat sekejap saja kerana tidak putus-putus merawat pesakit di unit kecemasan tersebut.

Doktor Bahiyyah pula tak habis-habis suruh dia berehat kerana risau akan keadaan Qalesya tambah-tambah lagi dia sedang mengandung namun ditolak oleh Qalesya dan memberitahu yang dia tidaklah begitu letih dan masih mampu menolong merawat pesakit-pesakit itu.

Dikhabarkan ada berlaku kemalangan jalan raya yang membabitkam ramai orang,mungkin sebab tu lah kut hopital hari ni jadi agak sibuk.

Qalesya terduduk di kerusi yang disediakan untuk doktor merawat pesakit sementara dipindahkan wad.

Kalau diikutkan syif nya sudah tamat dan boleh pulang, dia ingin memberitahu sepatah dulu kepada Bahiyyah,namun batang hidung kawannya itu tidak kelihatan selepas tengah hari tadi.

Akhirnya Qalesya membuat keputusan yang dia akan menghantar mesej saja kepada Bahiyyah untuk memberitahu yang dia sudah selesai dan ingin balik ke rumah.

Qalesya segera mengambil handbag di dalam bilik persalinan staf dan keluar dari unit kecemasan untuk pulang ke rumah.

Semasa berjalan di kaki lima untuk ke lift,tiba-tiba Qalesya rasa sedikit pening dan nak termuntah.Mungkin sebab terlalu letih bekerja.

Dengan tidak sengaja,Qalesya tergelincir di hadapan lift akibat lantai yang licin selepas dimop oleh tukang cucu hospital tadi.

"Argh!Tolong!selamatkan anak saya!"katanya sambil meminta tolong dari sesiapa saja yang lalu di kawasan tersebut.Darah sudah mengalir keluar dan perutnya terasa sakit sangat.
Tambah lagi badannya tidak dapat bergerak mahupun untuk bangun.

Qalesya mula rasa risau jikalau apa-apa yang terjadi kepada kandungannya,namun badannya mula rasa pitam dan perlahan-lahan matanya tertutup.Sebelum itu dia sempat terdengar bunyi bising dari orang yang datang dan melihat keadaannya begitu.

~

Kelopak mata Qalesya perlahan-lahan terbuka,matanya memandang sekeliling dan berhenti di satu figura yang sedang duduk di atas kerusi dan melabuhkan kepalanya di katil bersebelahan Qalesya.

Kebetulan pula lelaki itu tersedar,Qalesya memandang wajahnya dengan reaksi yang sedikit terkejut.Wajah yang tidak dilihatnya selama setahun.

Zander Albertine.

"Macam mana awak boleh ada kat sini?kejap, baby macam mana?please bagitahu saya keadaan baby dalam perut ni,saya tak nak kehilangan dia"Qalesya menangis dengan agak kuat sambil memegang perutnya.

"Relaks sayang,baby okey.Jangan menangis please,doktor suruh kau rest je.Masa kau jatuh tadi ada doktor sempat selamatkan baby kita"kata Zander sambil memeluk Qalesya untuk menenangkannya.

Doktor ada bagitahunya yang emosi Qalesya tidak stabil,jadi sebagai suami dia harus berada di samping Qalesya untuk memastikan keadaan sentiasa baik dan tenang.

Selepas bertenang,Qalesya menepis badan Zander dari memeluknya.Matanya merenung wajah Zander dengan penuh marah.Perasaan amarah yang dipendamnya selama ni terhadap lelaki itu.

"Dari tadi saya tanya awak buat apa kat sini?macam mana awak boleh tahu saya ada kat hospital ni?"soal Qalesya dengan nada sedikit tinggi.

"Okey macam ni,lepas kau dah sihat aku janji aku akan ceritakan semuanya dekat kau.But for now i just want you to rest well for our baby"kata Zander sambil mengusap-ngusap rambut ikal mayang Qalesya.

Qalesya mendengus kasar sambil air matanya mengalir membasahi pipi.mata hazel itu memandang tepat ke arah mata grey Zander.

Sungguh tajam dan dalam.

"Our baby?awak sedar tak apa awak cakap ni?this is my baby!awak ada ke masa saya dapat tahu saya mengandung?awak ada ke bila saya perlukan seorang suami untuk teman saya check out baby ni?Awak ada ke untuk urut badan saya yang lenguh sebab mengandung ni?Are you there with me?No right?You left me alone with my baby for almost one year!Dan sekarang awak boleh kata ni anak kita?Mudahkan awak cakap"Luah Qalesya dengan mengeluarkan perasaan yang sudah lama terpendam di dalam hati.

Zander tahu ke apa yang dia rasa selama ni?Tak pernah sekali pun lelaki itu hilang dari ingatannya walaupun dia marah akan lelaki itu yang telah meninggalkannya tanpa sebab.

Zander hanya memandang wajah Qalesya yang sedang menangis,sesungguhnya dia mati kata kerana apa yang diberitahu oleh Qalesya adalah benar belaka.

Zander hanya terduduk sambil mendiamkan diri,fikiran mula berserabut.Apa yang harus dilakukan supaya wanita yang dicintai itu memaafkan kesalahannya.Tangisan Qalesya hanya didengari di telinga.Tangisan kecewa dan marah akan perbuatannya.

~BERESAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now