☁️Chapter 27☁️

2.9K 109 6
                                    

Qalesya mengelap air yang mata yang melekat di pipi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalesya mengelap air yang mata yang melekat di pipi.Wajah kawannya dipandang dengan muka tersenyum.

Alhamdulilah pertelingkahan antara dia dengan Leen sudah pun berakhir.Hati Qalesya sangat lega apabila dapat meluahkan semuanya kepada Syazleen dan wanita itu dapat memaafkan dan cuba memahami situasinya sekarang.

"So Sya kerja kau macam ni?kau nak berhenti ke?kita pun tak official lagi jadi doktor. Suami kau cakap apa pasal ni?"Syazleen membuka bicara selepas masing-masing selesai mengelap air mata yang keluar tadi.

"Pasal tu aku dah discuss dengan dia,dia cakap dia tak halang pun aku kalau aku nak teruskan career aku ni.Jadi aku rasa aku nak teruskan je sampai aku dah graduate.Kau pun tahu kan ni je satu-satunya harapan ibu abah aku terhadap aku"

"Well that's good Sya.Aku pun happy kalau kau nak teruskan semua ni,macam kau cakap, ini adalah harapan orang tua kau untuk tengok kau jadi doktor.bila kau nak datang hospital?"

"Aku tak sure,esok kut sebab aku nak urus cepat-cepat dan kerja macam biasa.Tapi mungkin tak semudah tu sebab aku menghilang lama jugak tak pergi kerja,so maybe aku kena jalani hukuman tatatertib" balas Qalesya dengan rauk wajah yang risau.

"Takpelah Sya,kau cerita semua ni dekat orang atasan,insyaAllah diorang suruh kau masuk kerja macam biasa je.Mungkin semua ni nampak mudah je tapi aku yakin kau boleh teruskan cita-cita kau ni"Syazleen memberi kata-kata semangat untuk meyakinkan Qalesya tentang impiannya itu.

Memang sepanjang kehilangan Qalesya pihak hospital sering menanyakan khabar Qalesya kepadanya tetapi dia sendiri pun tidak tahu ke mana kawannya itu pergi.Ketua department surgery jugak tekad ingin melaporkan kepada polis tentang hal ini namu dihalang oleh Syazleen kerana dia percaya pasti ada sebab kenapa Qalesya lama menghilang.

Lama kelamaan kes kehilangan Qalesya tidak disebut-sebut lagi oleh mereka kerana beranggap yang Qalesya dibuang sebagai doktor praktikal kerana lama tidak datang bertugas.

"Ye nanti lah aku fikir,kalau ada rezeki aku mungkin aku takkan dibuang tapi kalau takdirnya macam tu aku terima dengan ikhlas Leen"Qalesya tersenyum memandang wajah Syazleen yang risau akan rakannya itu.

"Sya kau tak nak ke bawak aku jumpa suami kau?takkan lah dengan aku pun kau nak berahsia pasa dia.Nama dia pun kau tak pernah sebut"Syazleen membuat muka merajuk.

"Pasal tu boleh jer,nanti aku tanya dia.Nama dia Zander Albertine and he's italian.So far tu je yang aku tahu pasal dia sebab kami masih dalam fasa cuba untuk kenal each other "ujar
Qalesya memberitahu maklumat Zander kepada Syazleen yang teruja ingin tahu tentang lelaki itu.

"Wow kelas kau ye Sya,italian man.Untungnya kau,tak disangka dapat suami mat salleh terus.Aku ni yang melayu pun tak dapat"adu Syazleen dengan muka sedih manjanya.

"Dah jodoh Leen,pada mulanya aku ingat dia tu lelaki yang teruk tapi bila dah kahwin aku baru sedar yang dia seorang lelaki yang baik,kisah pasal aku and selalu jaga makan minum aku.Aku bersyukur Allah tetapkan dia untuk aku walaupun dalam situasi yang tak disangka"Qalesya memandang saja wajah tekun Syazleen yang sedang syok mendengar ceritanya.

"Aishh kau ni lagi lah buat aku nak je cepat-cepat suami kau tu,ye lah Sya aku pun turut happy kalau kau happy dengan dia.Remember,as your bff aku janji aku akan support kau walau apapun keputusan kau"Syazleen mendapatkan kedua dua tangan Qalesya sesambil itu.

"Terima kasih Leen"balas Qalesya dengan keluar sedikit tangisan gembira sambil tersenyum kepada Syazleen.

-----

"Bang....bang...bang"

Bunyi tembakan tak henti-henti di sebuah kawasan lebuh raya yang agak kosong.Zander mengambil pistolnya yang diletakkan di dalam suit hitam yang dipakai.

"Boss 2 orang dah settle tinggal 3 orang lagi dalam kereta tu"kata Zack sambil menundingkan jari ke arah sebuah kereta yang diisi dengan 3 orang di dalamnya.

Tak lain tak bukan orang orang Ar Rayyan yang tak habis ingin menganggu hidup Zander.
Ada saja orang yang diupah oleh lelaki itu untuk mengekori,mengintip malah mencederakan Zander.Tuan sendiri tak nak berhadapan dengan Zander lepastu jadi pengecut upah orang untuk apa-apakan Zander.Lambat laun mereka akan berjumpa lagi di mesyuarat besar yang bakal diadakan nanti bagi syarikat-syarikat terbesar di Malaysia.

"It's okay Zack,aku settle kan diorang semua.Anggaknya diorang tak kenal lagi aku ni siapa,once aku sendiri yang settle memang mampus lah hidup diorang"kata Zander dengan muka yang agak serius dan tegas.

Zander akhirnya menembak ketiga-tiga orang lelaki itu dengan masa beberapa saat sahaja.Dia menanggalkan suit hitam dari badan akibat sudah terkena sedikit percikkan darah semasa sesi menembak tadi.Pistol yang dipegangnya diserahkan kepada Zack untuk diisi dengan peluru baru.

"Dah clear semua kan?mayat-mayat ni kau bakar je sekali dengan kereta buruk diorang tu.Jomlah aku nak balik jumpa isteri aku pulak ni"Zander berjalan ke arah keretanya yang di parking di tepi jalan.Sebelum dia memasuki perut kereta,ada satu tembakan datang ke arahnya dan sempat terkena pada bahu kiri Zander.

"Sh*t!tak mati lagi kau yer"zander cepat-cepat mencapai pistolnya balik lalu menembak lelaki yang sudah nazak tapi masih mampu berdiri.Kali ni lelaki itu betul-betul dah mati seraya cecair darah berlumuran di atas jalan raya.

"Tuan!tuan okey ke?maaf tuan saya tak perasan yang dia tak mati lagi tadi"Zack menundukkan kepala meminta maaf kepada Zander akibat kecuaiannya.

"It's okay Zack,aku pun tak perasan masa dia sempat ambik pistol tu balik.Dah lah jom balik,luka aku ni sikit je.And lagi satu mayat mayat tu kau bakar lepastu hantar abu-abu tu dekat depan rumah Rayyan!"Kata Zander sambil menahan darah yang tak henti henti keluar dari bahu kirinya akibat ditembak tadi.

"Baik tuan"balas Zack lalu memandu kereta untuk menghantar bossnya pulang ke rumah.


~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now