BAB 2

6.2K 268 2
                                    

20 TAHUN KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

20 TAHUN KEMUDIAN

Selepas peristiwa hitam pada malam itu kiam berlalu,tuan Azhar dan keluarganya hidup bahagia kerana dia telah nekad untuk meninggalkan dunia mafia selepas apa yang berlaku 20 tahun lepas.

Tuan Azhar dikurniakan seorang puteri yang cantik jelita bernama Putri Qalesya Adrianna.

Dia dan isterinya,iaitu Puan Khazimah menjaga puteri mereka itu dengan baik sehinggalah tuan Azhar meninggal dunia ketika anak perempuannya sedang belajar universiti dan kini berusia 20 tahun.

Selepas kematian tuan Azhar,tinggallah isteri dan anak perempuannya itu di satu rumah banglo besar milik keluarga mereka di Johor Bahru.

Putri Qalesya Adrianna merupakan seorang doktor praktikal di HKL.

Ibunya pula sedang tenat kerana menghidap kanser paru-paru yang disahkan beberapa tahun selepas kematian suaminya.

Namun,Qalesya sentiasa ada di sisi ibunya dan menjaga wanita tua dengan baik.Bagi
Qalesya,ibu satu-satunya ahli keluarga yang dia ada sekarang.


Bunyi alarm pada telefon milik gadis itu sedang memekak.Lantas tangannya mencapai telefon tersebut tatkala kelopak mata dibuka.

Pandangan mata yang samar-samar itu memandang pada skrin yang bercahaya itu.

Kemudian,terbuntang anak mata hazel Qalesya apabila waktu yang ditunjukkan di skrin itu menunjukkan pukul 8.00 pagi.

Gadis itu segera bangun dari katilnya lalu meluru ke bilik air dengan keadaan yang terhuyung-hayang.

Kalut punya pasal.

Rambut berwarna coklat pekatnya diikat ala-ala messy bun sebelum masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri,sehelai kemeja berwarna lilac serta seluar slack hitam disarungkan ke badan.

Dicalitkan sedikit makeup ke muka yang berkulit putih mulus itu supaya dia tak nampak pucat sangat.Rambut digayakan dengan style curly hair gituw dan siap!

Qalesya mengambil barang-barang keperluan sebelum dimasukkan ke dalam handbag Dior serta tangan kirinya menolak sebuah luggage keluar dari bilik.

Dia sudah bersedia untuk bertolak ke HKL untuk menjadi doktor praktikal di sana selepas 3 tahun menuntut di universiti dalam bidang perubatan.

Sungguh hatinya rasa gementar kerana Qalesya tahu tanggungjawab itu sungguh besar malah jadi lebih besar apabila dia sudah mendapat kelulusan doktor nanti.

Sebelum di turun ke tingkat bawah,Qalesya mengorak langkah ke bilik ibunya untuk menjenguk keadaan wanita tua itu yang sedang berehat kerana menghidap kanser peparu tahap 3.

Ibunya kerap berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan buat kemoterapi.

Jujur hati Qalesya sangat berat hati untuk meninggalkan ibunya seorang diri di sini sedangkan dia harus berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now