Qalesya duduk di atas kerusi berhadapan dengan kaunter nurse di wad Delima.
Dokument pesakit dibaca dengan fokus bagi memastikan tiada silap yang dilakukan ketika merawat mereka.
Tengkuk yang lenguh digerak-gerakkan sedikit supaya tidak kebah.Sedang leka membaca dokument,Qalesya terdengar satu perbualan beberapa orang nurse yang sedang rehat di dalam pantry yang dikhaskan untuk doktor doktor dan nurse yang bertugas di wad tersebut.
"Eh betul ke Doktor Adrian dengan Doktor Qalesya bercinta?semalam ada orang nampak diorang naik kereta sekali"kata salah seorang dari mereka.
"Ya betul,diorang nampak happy sangat.Tapikan selama ni Doktor Adrian tak pernah terpikat dengan mana-mana kakitangan dekat hospital ni.Macam mana pulak lah dia boleh terjatuh hati dekat Doktor praktikal yang baru je datang sini"balas seorang nurse dalam kalangan mereka.
Dengan perasaan yang geram,Qalesya bangun dari kerusi lalu keluar dari wad tersebut.Malas dia nak duduk lama-lama kat situ dengar gossip pasal dia dengan Doktor Adrian.
Qalesya pun hairan macam mana diorang boleh terfikir yang dia dan Doktor Adrian bercinta sedangkan jelas lagi nyata yang setiap kali dia berjumpa dengan lelaki itu hanyalah bercakap tentang pesakit mereka sahaja.
Qalesya berhenti di sebuah kafe di dalam hospital untuk membeli ice coffee bagi menghilangkan rasa haus di tekak.
Sewaktu Qalesya ingin mengambil air coffee yang dipesan datang satu figura yang terlanggarnya lalu air coffee tadi tertumpah pada baju kemeja berwarna skyblue yang dipakai oleh Qalesya.
Qalesya berpaling ke arah orang yang melanggarnya dan dia ialah Doktor Emy.Orang yang selalu tidak berpuas hati dengan dia walaupun Qalesya tidak pernah menyakitinya.
"Oopss sorry Doktor Qalesya.I tak nampak masa you jalan tadi"Doktor Emy meminta maaf dengan nada tidak ikhlas,disertakan dengan senyuman sinis.
Kalau diikutkan hati Qalesya mahu saja dia memarahi wanita itu,sah sah dia sengaja je nak langgar tadi.Tapi disebabkan mereka berada di tempat yang ramai orang,niat itu terbatal dan perasaan geram dibuang ke tepi.
"Takpe Doktor Emy,awak tak sengaja kan"Qalesya mengelap-ngelap bajunya yang basah dan kotor akibat air coffee yang tertumpah tadi.
Tak lama selepas itu Doktor Adrian datang ke kafe dan melihat Qalesya dan Doktor Emy.
"Doktor Qalesya kenapa dengan baju awak tu?"Doktor Adrian datang ke arah Qalesya.
"Ouh takde apa-apa pun,Doktor Emy tak sengaja tumpahkan coffee dekat baju saya tadi"Qalesya hanya tersenyum memandang Adrian.
"Ouh yeke.Habis dah kotor baju awak.Doktor Emy you should be careful next time."Adrian berpaling pula ke arah doktor Emy yang sedang berang apabila doktor Adrian menyebelahi Qalesya daripadanya.
"Okey Doktor Adrian.Tapi bukannya saya sengaja tumpahkan coffee tu"Doktor Emy buat muka innocent dan nada yang sedih.
"It's okay doktor Emy,saya salah saya jugak tadi"Qalesya tersenyum saja kepada Doktor Emy.
"Jom Qalesya ikut saya"Adrian menarik lengan Qalesya untuk mengajak wanita itu keluar dari Kafe.
"Eh kita nak pergi mana ni Doktor Adrian"Qalesya buat muka hairan apabila tangannya ditarik tergesa-gesa oleh Adrian.
"I'll get you the new shirt.Takkan lah awak nak kerja pakai baju kotor macam tu"Adrian dan Qalesya keluar dari kafe tadi dan meninggalkan Doktor Emy sendirian.
"Yes take him while you can,something worse will come to you soon Qalesya"kata Doktor Emy sambil memandang ke luar kafe.
~
Qalesya membetulkan kolar kemeja yang disalinnya.Doktor Adrian bersungguh mendapatkan baju ganti untuknya.
Mujurlah kawan doktor Adrian,doktor perempuan ada baju lebih di dalam lokar dan dipijamkan kepada Qalesya.
Qalesya keluar dari tandas dan terperanjat apabila figura Doktor Adrian terpampang di depan pintu tandas.
"Doktor tunggu saya ke?tak payah sampai macam tu.Saya okey je.Nanti kalau ada orang tengok tak manis lah"Qalesya berpeluk lengan pada tubuhnya.
"Ouh sorry.Saya cuma nak pastikan awak okey je.Awak risau ke yang hampir semua orang dekat hospital gossip pasal kita?"wajah Adrian berubah sedikit serius.
"Ye lah.Buatnya saya kena serang dengan peminat-peminat doktor sebab rapat dengan doktor,takde pasal-pasal.So kalau boleh saya harap sangat doktor jangan kerap datang jumpa saya ye,kalau pasal kerja tu boleh tapi seeloknya doktor patut discuss juga doktor Emy since we're in the same team"luah Qalesya.
"I'm so sorry if you not feel uncomfortable being around me.Saya cuba untuk elakkan gossip diantara kita okey."
"Tak bukan macam tu doktor,saya just tak nak doktor caring sangat pasal saya supaya tiada orang yang fikir kita ada something.That's it.Anyways thank you for this shirt"Qalesya tersenyum nipis.
Doktor Adrian hanya mengganguk dan tersenyum kembali kepada Qalesya.Mereka kembali semula bekerja ke mengikut haluan masing-masing.
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
Roman d'amourZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...