Dua minggu telah berlalu,badan Qalesya sudah sihat sepenuhnya dan hari ni dia kembali bekerja.
Hubungannya dengan Zander masih sama,kadang dia berasa okey bila bersama lelaki itu dan kadang-kadang dia berasa perasaan marah tu masih ada.
Lagipun Zander tak kisah sangat pasal layanan Qalesya terhadapnya,malah dia masih menjaga Qalesya dengan baik sepanjang dua minggu tu.
"Kau betul ke dah boleh pergi kerja ni?kalau tak,cutilah sehari lagi"soal Zander sebaik melihat Qalesya sedang bersiap untuk ke hospital.
"Dah dua minggu kut saya cuti,saya dah nak muntah asyik duduk dalam rumah.Balik-balik muka awak je,bosan tahu tak"Qalesya menjelingkan matanya.
"So awak nak cakap yang tengok muka saya ni membosankan lah"soal Zander dengan nada tidak puas hati.
"Haa betul lah tu.Kenapa awak nak marah ke?marah lah,saya tak kisah pun"kata Qalesya dengan wajah serius tetapi sebenarnya dia cuba menahan gelak apabila melihat wajah Zander yang mula merajuk.
"Well takpelah,saya tak marah pun.Nak buat macam mana orang tak suka tengok muka handsome ni"Zander berlalu pergi meninggalkan Qalesya keseorangan di dalam bilik.
Sebaik sahaja bayangan Zander sudah tidak kelihatan,Qalesya akhirnya perlahan-lahan melepaskan tawanya yang ditahan tadi.
-----
Suasana di hospital hanyalah seperti hari biasa sebaik di masuk kerja semula.Kerja yang tertangguh selama dua minggu diuruskan oleh doktor-doktor lain.
Yelah ni kes melibatkan nyawa orang,mana boleh tangguh-tangguh.Kalau jenis kerja CEO takpelah,tak nak masuk kerja setahun pun boleh.
Qalesya berjalan ke luar biliknya untuk menjenguk pesakitnya di wad.Semasa dalam perjalanan dia terserempat dengan Fasha.
Yes,perempuan yang pernah menggoda suaminya di depan matanya sendiri.
Persoalannya macam mana dia boleh ada di hospital ni?"Qalesya,it's been a while right"Fasha menegurnya dulu selepas mereka bertemu mata.
Matanya kemudian terfokus pada perut Qalesya yang sedang hamil.Fasha hanya tersengih kecil.
"So you're pregnant?dah berapa bulan usia kandungan ni?"
"7 bulan.Anyways cik Fasha buat apa kat sini?"
Sebelum Fasha menjawab persoalannya,dia melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan dan diikuti oleh Qalesya.
"Well i'm here because of my mother.Dia ada masalah jantung dan dirawat di sini.Sebelum ni dia dirawat di hospital Italy.And thanks to your husband sebab selama ni dia yang tolong i ulang-alik masa kat sana.Lepastu setahun kemudian dia cakap better mama dirawat di Malaysia sebab lagi senang since i worked here.Kebetulan Zander pilih hospital ni sebab i cakap mama i stay johor.Tak sangka pulak you kerja sini.He never tell me that before"lebar Fasha bercerita.
"Sepanjang Zander tolong awak dia ada bagitahu apa-apa tak pasal saya?maksud saya dia ada tak bagitahu awak yang bila dia dapat tahu yang saya pregnant or anything"soal Qalesya.Dia hanya mahukan kebenaran kenapa selama ni Zander melarikan diri darinya.
Kebenaran itu pahit.Tambah-tambah dia terpaksa dengar dari mulut orang lain.Tapi Qalesya tetap ingin tahu sebabnya,mengapa lelaki itu sanggup meninggalkannya selama ini.
"Sadly no.Dia tak pernah langsung mention pasal you even your name sepanjang dia tolong i.So i fikir dia tak nak i ganggu you sangat masa tu.But don't worry Qalesya,i dengan dia just a friend.Ya sebelum ni i memang berniat nak dapatkan dia tapi lepas dia tolong i,i rasa semua tu salah and i've to grateful sebab dia dah tolong i pasal mama i tu"tambah Fasha lagi.
Qalesya hanya mengganguk tanpa respon.Kemudian diri meminta izin untuk mempamitkan diri dahulu kerana dia dah tak sanggup dengan semua tu.
Jadi selama ni suaminya meninggalkan hanya kerana ingin menolong orang lain.Hatinya yang perlahan-lahan ingin memaafkan lelaki itu kembali kecewa dan rasa sedih mula kembali menyebulungi dirinya.
------
Qalesya pulang awal hari ni kerana dia terlalu penat dari segi fizikal mahupun mental.Apa yang diceritakan oleh Fasha masih terngiang-ngianh di ingatannya.
Semasa Qalesya ingin naik ke bilik,namanya dipanggil oleh Zander yang datang dari arah dapur.
"Qalesya kau dah balik ke?kenapa tak cakap.Boleh aku datang ambik kau tadi"
Senyap.
Qalesya hanya memandang wajah Zander dengan penuh rasa gundah dan sedih.
"Kenapa ni?kau merajuk ke aku tak datang ambik kau?"soal Zander sambil berjalan mendekati Qalesya.
Kedua-dua belah tangan Qalesya dicapai oleh Zander namun cepat-cepat Qalesya menolak dari tangannya dipegang.
Zander meraup mukanya,dia seperti hilang sabar dengan Qalesya.Selama dia di sini tidak pernah sikit pun dia kisah bagaimana Qalesya melayannya kerana dia tahu yang isterinya itu sedang marahkannya.
Tapi kalini dia berasa Qalesya sudah melampau,dia sudah tanya baik-baik begitu pulak yang dibuat oleh Qalesya.
"What's wrong with you?kenapa kau nampak macam nak marah sangat dekat aku ni?Aku ada buat salah ke selain tinggalkan kau tu.Boleh tak kau jangan pendam macam ni.Aku penatlah kalau macam ni"luah Zander.
"Penat?Dah penat nak jaga saya.Eh ada ke saya suruh awak jaga saya selama ni?takde kan!So kalau rasa dah penat ke bosan ke awak balik je KL.Saya tak kisah pun kalau awak takde kat sini"kata Qalesya dengan nada sedikit meninggi.
Qalesya menyambung langkahnya naik tangga untuk ke bilik namun tangannya ditarik kasar oleh Zander.
"Qalesya!Aku dah hilang sabar dengan kau!Kau dah melampau tahu tak.Aku ada cakap ke yang aku dah bosan jaga kau?takde kan.So please stop being immature and now kau bagitahu aku apa pulak salah aku kali ni supaya aku boleh tahu"Kali ni nada Zander benar-benar kedengaran marah.
"Salah awak kan,so fikir sendiri!"kata Qalesya seraya cepat-cepat naik ke bilik lalu mengunci pintu supaya Zander tidak mengganggunya.
Qalesya terduduk dibucu katil,air mata mula jatuh membasahi pipi.Kalini tangisannya agak
kuat sehingga Zander yang berada di luar boleh dengar dia sedang menangis.Perutnya diusap lembut.Hari ni dia banyak bermain dengan emosi dan semuanya pasal Zander.Hatinya terlalu sakit sekarang apabila mengingatkan semua perkara yang terjadi hari ni.
"Mama minta maaf sayang,hari ni kamu dengar mama banyak marah-marah dekat papa.Mama sedih yang papa tinggalkan kita selama ni sebab dia sibuk jaga orang lain.Mama tak sangka dia sanggup buat macam tu dekat kita"kata Qalesya sendirian sambil mengusap perutnya.
Hatinya semakin sakit,rasa yang tidak dapat diungkap.Suami yang dia sentiasa tunggu dan rindui selama setahun ni tinggalkan dia disebabkan orang lain.
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...