BAB 15

4.4K 183 1
                                    

Zander menanggalkan sarung tangan kulit berwarna hitam yang sudar kotor dengan kesan darah lalu mencampaknya ke seat sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zander menanggalkan sarung tangan kulit berwarna hitam yang sudar kotor dengan kesan darah lalu mencampaknya ke seat sebelah.

Kepala di sandar ke belakang seat sebelum kelopak mata perlahan-lahan dipejam rapat.

Dia ingin terlelap sekejap kerana penat selepas seharian menguruskan hal-hal syarikatnya di sini dan peristiwa tadi merupakan kerja Zander yang terakhir untuk hari ini.

Zander hela nafas kecil sambil otaknya sedang memikirkan keadaan si isteri di rumah.Tak sabar nak melepas rindu pada Qalesya.Jampi apa yang Qalesya dah guna sampai boleh buat dia mabuk rindu macam ni.

Akhirnya Zander terlelap tersenyum.Zack
yang berada di seat sebelah turut melihat kelakuan bossnya yang sedang angau teringkatkan si isteri di rumah.

Macamlah dia tak tahu yang Zander itu tidur sambil senyum sebab apa.Tengah fikir pasal isteri yang dia tinggal kat rumah lah tu.

Zack memang boleh agak perkara itu memandangkan Zander kuat mengelamun sendirian sepanjang mereka keluar hari ini.

Mereka tiba diperkarangan rumah agam dan Zander meluru keluar dari perut kereta yang diiringi oleh Zack.

"It's okay Zack, dah lewat ni jadi kau balik je terus"arah Zander apabila Zack mahu mengiiringinya hingga ke dalam rumah.

Zack angguk tanda faham lalu berjalan semula ke kereta dan meninggalkan perkarangan rumah itu.

Langkah diatur mendaki anak tangga untuk naik ke bilik dan menjenguk Qalesya selepas seharian meninggalkan Qalesya seorang diri tanpa memberitahu gadis itu yang dia ingin ke pejabat untuk menyiapkan kerja yang tertangguh sebelum ini.

Baru sahaja tangan Zander memegang tombol pintu,telinga sudah menangkap satu bunyi tangisan yang teresak-esak yang datang dari dalam bilik tidur mereka.

Zander terus menolak pintu dengan kuat dan menerpa masuk ke dalam.Dia menghampiri Qalesya yang sedang menangis di hujung katil.

"Kenapa ni sayang?Kau sakit ke?"Zander mendapatkan tubuh Qalesya supaya menghadap wajahnya.Kedua belah pipi gadis itu ditekup dengan tangan Zander.

Qalesya hanya merenung wajah Zander yang penuh kerisaun itu.Kemudian dia memeluk erat tubuh tegap lelaki itu.Terlalu erat sehingga Zander terbungkam dengan tindakan mengejut itu.

"Hei..Kenapa kau menangis?Kalau kau sakit bagitahu aku sayang"soal Zander lagi dengan nada yang lemah lembut.Tidak mahu terlalu memaksa gadis itu yang sudah lencun dengan air mata.

"Awak ibu saya...ibu masuk hospital dan sekarang tengah tak sedarkan diri dalam wad ICU,saya nak balik jumpa ibu saya.Dari tadi saya asyik fikir pasal ibu dan saya risaukan dia.Saya takut jadi apa-apa dekat ibu"luah Qalesya dengan suara yang teresak-esak selepas pelukkan mereka dileraikan.

"Kita balik ya sayang.Tapi kau janganlah menangis macam ni.Nanti kau pula yang sakit, dah lah kau baru je sembuh dari demam hari tu.Aku yakin ibu kau tak apa-apa jadi kau cuba bertenang dan jangan fikir sangat,hurmm?" Zander cuba memujuk.Kepala Qalesya diusap-usap dan air mata gadis itu dilap menggunakan jarinya.

Selepas Qalesya meluahkan pada Zander tentang kerisauannya terhadap ibu,barulah
dia berasa sedikit lega dan cuba menenangkan diri seperti yang disuruh oleh Zander.

Buat masa sekarang, suaminya sahaja yang mampu jadi sumber kekuatannya untuk terus tabah dalam menghadapi ujian ini.



Sebaik tiba di Malaysia mereka terus bergegas ke hospital untuk melihat keadaan ibu Qalesya. Qalesya cepat-cepat dari kereta dan meluru masuk ke dalam hospital dan meninggalkan Zander tergopoh-gopoh mengejar langkahnya yang begitu laju.

Kaunter jururawat dituju gadis itu untuk menanyakan wad yang menempatkan ibunya. Dia perlu segera berjumpa ibu,sepanjang perjalanan hatinya rasa tak tenang memikirkan keadaan si ibu yang makin tenat di sini.

"Excuse me nurse,boleh tak saya tak check ibu saya duduk dekat wad mana?"soal Qalesya kepada seorang jururawat wanita yang sedang sibuk menyemak fail pesakit di meja kaunter.

"Sekejap ya cik,apa nama ibu cik?"soal nurse pula

"Nama ibu saya Khazimah binti Idris"ujar Qalesya dengan tergesa-gesa.

"Sekejap saya check dalam sistem"jururawat itu mula menghampiri komputer untuk memeriksa data pesakitnya itu.Qalesya
angguk laju dan menunggu jururawat itu mencari maklumat ibunya.

"Cik,mengikut data dekat sini Puan Khazimah berada di bilik ICU nombor 2"

"Thankyou nurse "ucap Qalesya lalu menuju ke arah lif untuk naik ke tingkat 3 dimana bilik ICU ditempatkan.

Jari Qalesya menekan butang lift dan pintu segera terbuka.Baru sahaja kakinya dihayun masuk ke dalam lift,tiba-tiba lengannya disambar oleh Zander.Qalesya toleh ke belakang dan melihat Zander dengan muka yang agak berang sedang merenung tajam padanya.

"Why you leave me behind?kau sedar tak aku ikut kau sekali tadi?!"marah Zander lalu menarik Qalesya ke tepi.

"Maaf awak saya betul-betul cuak tadi sampai lupa yang awak ikut sekali.Saya..saya nak cepat pergi jumpa ibu"nafas Qalesya kedengaran resah.Qalesya memandang Zander dengan wajah yang sayup.

Zander mengeluh kecil sambil meraup muka dengan kasar.Di faham perasaan Qalesya yang begitu risau terhadap ibunya tapi dengan jadi gelabah tak tentu pasal macam ni bukannlah perkara yang betul.

Qalesya perlu bertenang dan cuba kuatkan diri untuk bertemu ibunya yang sedang tenat di bilik ICU.

"Qalesya aku tahu kau tengah risaukan keadaan ibu kau tapi kau tak boleh terlebih risau macam ni,kau kena bertenang dan jangan fikir sangat.We are already here to see your mother,so jangan gelabah macam ni sampai tinggal aku kat belakang.You bring me here with you so that i'll accompany you until you meet your mother "Zander mengenggam kedua belah bahu Qalesya.

Mungkin ada betulnya apa yang diberitahu oleh Zander.Qalesya tak patut bertindak begitu sehingga suaminya di belakang ditinggalkan begitu dek kerana kalut meluru ke kaunter jururawat tadi.

"Saya minta maaf awak,saya tahu saya tak patut bertindak melulu macam tu sampai tinggalkan awak.Terima kasih sebab awak
sudi teman saya sampai ke hospital"ucap Qalesya sambil ukir senyum kelat.Dia kembali tenang.

"Sama-sama sayang,jom kita pergi tangan ibu kau"Zander memimpin tangan Qalesya sehingga jari-jemari mereka bersatu dan masuk ke dalam lift bersama-sama.

"Sama-sama sayang,jom kita pergi tangan ibu kau"Zander memimpin tangan Qalesya sehingga jari-jemari mereka bersatu dan masuk ke dalam lift bersama-sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now