Qalesya diheret keluar dari restoran melalui pintu belakang agar tiada yang perasan mereka.Qalesya masih meronta-ronta dalam genggaman erat dua orang lelaki itu.
Namun mereka langsung tidak mengendahkan rontaan Qalesya dan menampar kuat pipi Qalesya dek berasa samgat geram dengan dia yang tak reti diamkan mulut yang makin kuat menjerit.
"Ya Allah dugaan apa pula kali ini"desis Qalesya dalam hati.
Akhirnya mereka berjaya bawa Qalesya
keluar dari restoran itu dengan selamat. Mereka meneruskan langkah ke sebuah perkarangan yang luas dan jauh sedikit dari restoran iaitu ditempat mereka memarkir kereta.Salah seorang daripada mereka menarik
pintu kereta lalu menolak kasar Qalesya
masuk ke dalam.Belum sempat mereka hendak menutu pintu bunyi satu tembakan yang kuat menerpa ke arah mereka.
Bang!
Bang!
Dua orang penculik itu tersembam ke tanah dengan berlumuran cecair merah selepas Zander menembak mereka di bahagian kepala dan akhirnya mereka mati dengan otak yang berpecah derai.
"Don't mess with me bastards!"tutur Zander lalu melemparkan pistolnya ke tanah dan segera menghampiri Qalesya yang masih dalam keadaan tercengang apabila dia menjadi saksi segala perbuatan mengerikan itu tadi.
"Sorry sayang sebab aku lambat selamatkan kau"Zander memeluk erat tubuh Qalesya yang sedang menggigil ketakutan.Dia masih trauma.
"sa...saya takut"lirih Qalesya dengan nada yang lemah.Kemudian perlahan-lahan pandangan matanya mula memudar dan selepas itu ia sepenuhnya terkatup.Bunyi
sayup Zander memanggil-manggil makin jauh dari pendengarannya.Kelopak mata yang terasa berat dicelik,
syiling kapur bilik di rumah agam Zander menjadi tatapan mata.Badannya yang lemah sedang berbaring di
atas katil empuk.Peristiwa semalam terngiang di ingatan.Mata dipejam semula.Seingat Qalesya Zander sempat datang menyelamatkannya selepas dia masuk ke dalam kereta penculik itu.
Terfikir pasal Zander,Qalesya cuba gagahkan diri untuk bangun dan mencari suaminya. Belum sempat dia turun dari katil,badannya laju ditarik oleh lengan sasa Zander sehingga dia terbaring semula.
Wajah Qalesya disembam pada dada bidang lelaki itu buat seketika dan lengan Zander makin kuat melingkar pada pinggang Qalesya.
"Don't move...Stay like this"rayu lelaki itu dengan mata yang terpejam rapat.Tidak bercakap banyak Qalesya hanya membuntuti.
Zander tersedar dari tidurnya dan pelukan dileraikan.Dia menarik tangan Qalesya dan mereka sama-sama sambil menghadap wajah antara satu sama lain.Pipi Qalesya dielus lembut oleh lelaki itu.
"Kau dah okey sayang?i'm really sorry about last night.Aku tak sepatutnya tinggal kau sendirian lama-lama."Zander memohon maaf sambil mengusap pula hujung rambut panjang Qalesya dan gadis itu hanya membiarkan belaian kasih dari si suami.
YOU ARE READING
Xander Albertine [IN EDITING]
RomanceZander Albertine Seorang mafia dan Ceo Syarikat Abraham Holding.Hasratnya hanya satu,membalas dendam kepada Tuan Azhar yang telah membunuh papanya dan dia menjadi saksi semasa kejadian itu. Namun,hasratnya tidak tercapai kerana Tuan Azhar telah meni...