☁️Chapter 31☁️

2.8K 114 0
                                    

Qalesya tersentak  apabila Zander bertanya soalan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Qalesya tersentak apabila Zander bertanya soalan itu.Dia sebenarnya malu nak mengaku yang dia memang cemburu apabila Fasha cuba menggodanya tadi.

"Mana adalah..Saya sebenarnya- "sebelum sempat Qalesya menghabiskan ayatnya bibir Zander sudah berpaut pada bibirnya.Mata Qalesya membulat seraya menyentuh bibirnya yang dicium tadi.

"Tu bukti yang aku takkan tergoda dengan Fasha and i'm just obsessed with you"bisik Zander dengan nada menggoda pada telinga Qalesya.Wanita itu hanya terkaku,jantung berdegup kencang dan badan tidak mampu bergerak.

Perlahan lahan tangan Zander ingin membuka ikatan bathrobe yang dipakai oleh Qalesya namun dihalang serta merta oleh isterinya.

"Awak stop,saya tahu apa yang awak nak buat tapi saya tak boleh malam ni"Qalesya menyimpul kembali ikatan bathrobe tersebut sebelum dia ke bilik pakaian.

"Kenapa pulak?bukan ke kau cakap yang kau akan bagi je kalau saya minta bila bila"Zander membuat muka kecewa.

"Saya bukan tak nak tapi malam ni memang tak boleh sebab saya tengah datang bulan"Qalesya berpaling ke arah lain kerana malu dengan apa yang diberitahunya.

Zander sedikit terkedu lalu tergelak kecil sambil membuka butang bajunya satu persatu untuk mandi.

"Ouh sebab tu lah kau tak free malam ni,it's okay aku faham.Hrmm melepaslah kau malam ni.Jadi kiranya awak jealous tak tentu pasal harini sebab tu jugak lah ye"Zander membuat muka hairan sambil tersenyum sinis.

"Entahlah malas lah nak fikir.Kita bincang nanti boleh tak pasal ni?Saya penat so saya nak tidur"Qalesya berjalan meninggalkan Zander dengan riak muka yang agak berang.

Boleh pulak Zander kata dia cemburu tak tentu pasal padahal dia wajar kalau nak rasa macam tu lepas tengok ada perempuan gedik dan seksi cuba ingin menggodanya begitu di depan khalayak ramai tadi.

Dengan hati yang masih marah terhadap Zander,dia cepat cepat menyalin pakaian lalu menghempaskan badan ke atas katil,fikiran dikosongkan dari memikirkan hal tadi supaya dia dapat tidur dengan nyenyak.

----

Zander bertongkat daku di atas meja office,di fikirannya hanya mengingatkan si isteri yang masih merajuk pasal semalam.

"Zack aku nak tanya kau something"Zander bersuara lalu membetulkan posisi badannya.

"Apa dia boss?"Zack mendekati sikit dirinya ke meja office Zander.

"Orang perempuan yang datang bulan memang kuat merajuk ke?aku tak faham lah"pertanyaan Zander membuatkan Zack ketawa kecil.Zander memandangkan Zack dengan muka tegangnya sambil menyilangkan tangan pada badan.

"Kenapa kau gelak?aku buat lawak ke?"tanya Zander dengan nada yang agak kuat.

"Sorry boss.Saya tak dapat nak tahan tadi.Soalan boss tu agak lawaklah.Ni mesti pasal Cik Qalesya kan?"Zack cuba membetulkan riak wajah yang lebih serius

"Ye lah takkan lah pasal kau pulak"Zander memerli Zack dengan riak wajah yang sama.

"Kalau pasal tu betul lah tu boss.Orang perempuan memang automatik bad mood and selalu je nak marah marah kalau tengah datang bulan.Saya pun selalu je kena marah dengan si Nadia tu kalau dia tengah period"Zack tiba tiba menyebut nama adiknya Nadia yang kini berada di Kedah bersama nenek mereka.

Nadia dan nenek Zack tahu yang dia bekerja dengan seorang Ceo yang megah di Malaysia dan Zander juga baik terhadap mereka apabila berjumpa dengan merek buat beberapa kali sebelum Zack berpindah ke sini.

"Ouh faham.Okey now i know what should i do"Kata Zander sambil tersenyum sinis.

"Boss lupa pulak nak bagitahu yang esok Warren holdings nak adakan mesyuarat tentang Dynamite project tu.Tuan Ar Rayyan sendiri yang nak berjumpa dan berbincang dengan boss.

Projek Dynamite merupakan sebuah projek yang direbut-rebut oleh semua para business lokal di Malaysia.Jika mereka menjalankan projek ini dengan lancar tanpa sebarang masalah,mereka dapat mengaut keuntungan yang berlipat ganda.Semua syarikat harus bersaing untuk mendapatkan projek ini dah sudah tentu Abraham holdings dan Warrens holding salah satunya.

Jadi Zander harus teliti dalam setiap kerjanya untuk menjadikan Projek Dynamite di bawah Abraham holdings,manakal Warren holdings yang diuruskan oleh Ar Rayyan juga sedang menyusun strategi untuk memastikan syarikat Zander tidak menguasai projek ini.

"Hrmm it seems he's getting excited to start this war again"Zander kata sendirian sambil merenung ke luar tingkap officenya.


~BERSAMBUNG~


Hi to all my readers,dah lama saya tak berinteraksi dengan you guys.Recently saya update banyak dah chapter and it's almost everyday.Sebenarnya saya nak kejar masa sebelum saya hiatus untuk exam week bulan 9 ni.By the way thank you for you support and enjoys reading!!!!

Xoxo,Liliefloyen🤍




VOTES

COMMENTS

LIKES

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now