☁️Chapter 49☁️

2K 87 0
                                    

"Awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak..."panggil Qalesya sebaik melihat Zander berjalan meninggalkannya.

Langkah lelaki itu terhenti lalu memusingkan badan ke belakang menghadap Qalesya.Tiada senyuman yang terukir dibibir lelaki itu namun hanya muka dingin dan tegang memandang wajah Qalesya.

"Awak nak pergi mana?"Soal Qalesya sambil memegang lengan suaminya.

Namun lelaki itu menolak tangan Qalesya dengan kasar,Qalesya terkejut apabila Zander berkelakuan begitu.

"You don't need to know where i wanna go and leave me alone!"Kata Zander dengan nada yang kuat.

"Ke-kenapa ni awak?awak nak pergi mana?jangan tinggalkan saya.Saya perlukan awak"Qalesya mula menangis namun Zander langsung tidak menghiraukannya dan berjalan pergi meninggalkan Qalesya.

"Awak tolong jangan pergi,kenapa semua orang yang saya mesti akan tinggalkan saya!Awak satu-satunya keluarga yang saya ada sekarang,tolonglah jangan tinggalkan saya"tangisan Qalesya semakin kuat sehinggan dia badannya terjatuh ke lantai.

Qalesya tersedar dari tidur,sekali lagi dia alami mimpi buruk.Dia memandang sekeliling,dia masih duduk di atas katil villa tadi.

Kelibat Zander tidak kelihatan dalam bilik mereka,Qalesya mengelap peluh didahi.Mimpi buruk sampai berpeluh-peluh dia.

Dia memeluk kepala lutut dan menundukkan kepalanya,mimpi buruk tadi masih segar bugar di dalam ingatan.Hari tu pasal abah dia dan sekarang Zander.Bagaimana kalau betul tentang semua orang yang dia sayang akan tinggalkannya.

Sungguh dia takut,dia tidak mahu kehilangan Zander di sisinya kerana lelaki itulah semangat untuk dia selepas kematian kedua-dua ibu bapanya.Qalesya menangis dengan cukup sayup pada malam itu.

Tiba-tiba ada Qalesya dapat merasa ada sentuhan di bahunya.Qalesya mengangkat kepalanya.

Dia melihat Zander yang memakai kemeja dengan butang-butang baju tersebut terbuka sehingga menampakkan abs enam ketul.Wajah lelaki itu seperti risau apabila memandang wajah Qalesya.

"Kenapa kau menangis?kau rasa sakit ke?"soal lelaki itu lalu melabuhkan punggung disebelah Qalesya.

Qalesya hanya terdiam sambil memandang wajah Zander.Air mata yang keluar dibiarkan saja.

"Kalau kau sakit kita pergi hospital sekarang juga.Aku suruh Zack standby kereta"kata Zander lagi.

Qalesya menggeleng,air mata yang jatuh dipipi dilap dengan tangan.

"Saya bukan sakit awak,cuma tadi saya mimpi buruk.Saya takut mimpi tu jadi kenyataan"kata Qalesya.

"Mimpi buruk?dahlah semua tu mainan tidur jer.Takpelah kau pergi mandi lepastu kita keluar makan,mmm"Zander mengusap-ngusap kepala Qalesya.

"Okey.Kejap kenapa awak pakai macam ni?"selepas habis perbualan baru perasan yang lelaki itu membuka butang kemejanya.

Zander tersenyum sinis.Seperti biasa riak wajah menggodanya mula hadir.

"Tak,sebenarnya aku nak pergi mandi sebab masa kau tidur tadi aku keluar jap.Lepastu masa aku tengah bukak baju nak mandi aku dengar kau tengah nangis sayup-sayup,so aku datanglah tengok kau"kata Zander lalu bangun dari duduknya.

"Ouh faham,saya dah okey awak pergi lah sambung mandi"Qalesya menyambung kembali baring.Badannya tiba-tiba jadi tak larat.

Zander pula masih tercegak di sebelah katil sambil merenung Qalesya.Kemudian dia menarik lengan wanita itu sehingga dia bangun semula.

"Jom mandi sekali,barulah badan kau fresh.Kalau kau asyik baring badan kau jadi lesu dan letih tahu tak"kata Zander dengan senyuman nakal.

"Mandi dengan awak?tak naklah"Qalesya menepis lembut tangan Zander dari memegang lengannya.

"Qalesya kau dah lupa ke?kita datang sini untuk honeymoon kan?that means we have to spend time together.Jomlah sayang"nada Zander berubah menjadi sangsi dan seksi.

Qalesya memandang lama lelaki itu,kalau diikutkan ini arahan suami jadi berdosa kalau dia tidak patuhi.Lagipun mereka dah halal,tak salah kan kalau mandi sekali?

Akhirnya Qalesya ikutkan saja kehendak suaminya dan bangun dari katil menuju ke bilik air diikuti oleh Zander sambil tersenyum nakal.

Mereka masuk ke dalam bilik air bersama-sama.Qalesya tahu dirinya sudah menjadi hak Zander dan dia dia kena akur dengan apa yang lelaki itu suruh terutamanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

~

Perlahan-lahan Qalesya membuka mata selepas tersedar dari tidur yang cukup lena.Mujurlah mimpi buruknya tidak datang menganggu tidurnya semalam.

Qalesya mencapai telefon bimbitnya di atas side table bersebelahan katil,di screen telefon terpapar jam yang menunjukkan pukul 8:00 pagi.

Sewaktu Qalesya ingin bangun untuk mandi,dia baru perasan yang dia tidak memakai apa-apa pakaian sekarang selepas kejadian dia mandi dengan Zander semalam.

Dia menepuk dahinya dengan lembut,Qalesya berpaling disebelah,Zander masih nyenyak dibuai mimpi dan juga tidak berpakaian sehingga menampakkan badannya.

Qalesya menarik selimut untuk cover badannya lalu berlari ke bilik air sebelum lelaki itu tersedar.Tak pasal-pasal pula dia nak ajak sambung mandi sekali pagi ni.

Selesai urusan di bilik air,Qalesya keluar dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat Zander sedang berdiri betul-betul dihadapannya.

"Kenapa tak kejut aku?kita mandi sekali"lelaki itu bersuara.

Bingo!dah agak mesti Zander akan cakap macam tu.So keputusan yang bijak Qalesya tak kejut dia awal-awal tadi.

"Awak ni tak puas lagi ke semalam?Takkan lah setiap kali kita kena mandi sekali"Qalesya pura-pura marah,padahal dia saja je nak tengok reaksi lelaki itu.

Namun tiada respon dari Zander,lelaki itu terus masuk ke dalam bilik air dengan muka sedikit dingin erti dia sedang mengajuk.

Qalesya tergelak kecil melihat reaksi Zander,kalaulah peminat-peminat Zander tahu yang perangai sebenar lelaki pujaan mereka tu macam ni.

Luar buat muka cool dan dingin,tapi kalau dengan isteri manja,merajuklah.Tapi perangai yang macam tu jugak lah yang telah membuka hati Qalesya untuk menerima lelaki itu walaupun pada awalnya dia dilayan teruk oleh Zander.

~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now