☁️Chapter 53☁️

2.7K 101 2
                                    

Qalesya sedang leka menghadap screen komputer di dalam bilik kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalesya sedang leka menghadap screen komputer di dalam bilik kerjanya.Tiba-tiba telefon yang diletakkan di atas meja berdering.

Terpapar nama 'Syazleen' di screen telefon,
cepat-cepat Qalesya menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum orang Johor,sihat ke?kau janji nak call selalu tapi aku je yang selalu call kau dulu"awal tak awal Qalesya dah kena bebel dengan si Syazleen tu.

"Waalaikumusalam Leen,sorrylah aku tak sempat nak call kau dulu sebab kes patient bertambah.And lagi satu okey sihat je kat sini.Kau ni janganlah risau sangat"balas Qalesya sambil tergelak besar.

"Tak aku bukannya apa,kau tu dahlah sorang2 kat sana,lepastu mengandung pulak.Macam
mana aku tak risau Cik Sya oii,dan kau tu tengah sarat mengandung pun tak payah workaholic sangat"bebel Syazleen.

"Kau ni dah memang kerja aku rawat patient kan,lagipun rakan sekerja aku pun suruh aku check2 file patient je,kalau bab pantau patient diorang jarang suruh aku sebab tahu aku cepat letih kalau berjalan lama.Tu pun aku dah bersyukur Leen,ramai orang kat sini permudahkan urusan aku.So kau janganlah terlebih risaukan aku dan fokus dekat kerja kau tu sebab kau kan doktor juga"kata Qalesya.

"Hrmm yelah,aku happy bila dengar kau okey je kat sana.Okeylah weh aku nak kena jumpa patient aku nanti.Nanti kau free-free kau call lah aku yer"kata Syazleen dengan nada yang sedikit menekan.

Qalesya tergelak lalu meletakkan panggilan selepas mereka menamatkan perbualan.

Kemudian Qalesya keluar dari biliknya untuk bersiar-siar di kawasan hospital sambil meronda di wad-wad untuk melihat keadaan pesakitnya.

Semasa Qalesya ingin memasuki lift untuk ke wad atas,tiba-tiba satu suara perempuan memanggil namanya dari belakang.

"Doktor Qalesya"panggil doktor perempuan itu sebaik melihat Qalesya.

Qalesya berpaling,seorang yang dia sangat kenai sedang berjalan ke arahnya.

Doktor Bahiyyah.Doktor yang berusia hampir sama dengan Qalesya tetapi masih single.Qalesya berkenalan dengan Doktor Bahiyyah sejak hari pertama dia melapor diri di hospital ini.Merek jadi rapat apabila sering ditugaskan sekali dalam mengurus pesakit.

Tetapi sejak wanita itu berpindah dan bertugas di unit kecemasan,mereka jarang bertemu memandangkan mereka bekerja di unit yang berlainan.

"Sya awak nak ke mana ni?"Soal doktor Bahiyyah dengan wajah tersenyum.Disebabkan mereka sudah rapat jadi mereka lebih selesa memanggil antara satu sama lain dengan nama sendiri disamping panggilan formal seperti 'doktor Qalesya atau 'doktor Bahiyyah'.

"Bahiyyah rupanya.Tak, sya nak pergi meronda dekat wad ni.Asyik terperap dalam office pun boring jugak"Kata Qalesya sambil tergelak.

"Betul lah tu.Tapi janganlah berjalan tak ingat dunia pulak,Sya tu mengandung.Nanti kang sakit tu cepat cramp"bebel Doktor Bahiyyah.

"Alaa takpe,Sya ni muda lagi.Walaupun mengandung badan still kuat dan cergas"balas Qalesya sambil menggosok-gosok perutnya.

"Anyways macam mana keadaan dekat emergency unit?busy ke hari-hari?"soal Qalesya.

"Busy sangat Sya,tak henti-henti ambulans bawak masuk patient.Staf dekat bawah tu sampai tak cukup kadang-kadang.Ni Bahiyyah tengah nak cari doktor ganti untuk esok sebab sorang doktor tu cuti.Tapi masalahnya tak ramai doktor yang nak join emergency unit ni sebab terlalu rushing"kata doktor Bahiyyah dengan nada sedikit kecewa.

"Busy sangat lah tu ye dekat sana,takpelah Bahiyyah tak payah susah biar Sya je yang ganti doktor yang cuti tu esok sebab Sya pun cuti esok.So bolehlah tolong gantikan dia"Qalesya menawarkan dirinya,lagipun kalau dia cuti pun tak tahu juga nak buat sorang-sorang kat rumah.

"Eh Sya takkanlah Bahiyyah sanggup nak buat macam tu dekat ibu mengandung,Sya kan cuti so rehat-rehat je kat rumah,spent time dengan suami Sya"balas doktor Bahiyyah sambil menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan pelawaan Qalesya.

Dengar saja perkataan suami,air muka Qalesya berubah,kalaulah Bahiyyah tahu yang suaminya telah meninggalkannya.Memang dia tak nak bagitahu rakan sekerjanya itu kerana tidak mahu Bahiyyah mengasihani nasibnya.

"Alaa takpe Bahiyyah,Sya bosan jugak duduk kat rumah tu sebab suami Sya outstation sekarang"tipu Qalesya.

Disebabkan Qalesya sibuk mempelawa dirinya Bahiyyah menerima saja.Dia bukannya apa,Qalesya sedang mengandung jadi dia tidak mahu kawannya itu buat kerja-kerja lebih macam ni memandangkan ramai lagi doktor lain yang mampu.

~

Qalesya berjalan masuk ke dalam unit kecemasan,hari ni dia ditugaskan untuk merawat pesakit di wad sahaja.

Dari dia sampai tadi tak sehinggalah pesakit satu persatu meluru masuk melalui pintu utama wad kecemasan.

Sekarang baru Qalesya faham perasaan dan keadaan doktor-doktor dan staf yang bekerja di unit kecemasan ni.

Ada hari pesakit tidaklah terlalu ramai dan hari unit kecemasan menjadi tempat yang paling sibuk dan riuh dengan pelbagai pesakit yang memerlukan perkhidmatan doktor untuk merawat mereka dengan segera.

Qalesya sedang memeriksa keadaan seorang kanak-kanak yang tercedera dengan tidaklah begitu teruk,namun kanak-kanak itu langsung tidak bersuara atau meronta kesakitan.

Ayah kepada kanak-kanak itu hanya memandang Qalesya merawat anak lelakinya itu dengan raub wajah yang begitu risau akan keadaan si anak.

"Dah siap sayang,nanti balik makan ubat lepastu kamu tidur ye.Luka kamu ni doktor dah rawat,kalau kamu ada rasa sakit-sakit lagi datang jumpa doktor ye"kata Qalesya kepada budak lelaki itu.

Namum tiada respon dari budak itu,dia hanya memandang wajah Qalesya.

"mama"tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut budak lelaki itu.

Qalesya sedikit terkejut apabila budak itu memanggil dirinya mama.Mungkin wajahnya sama dengan wajah mamanya.Qalesya tidak ambik kisah memandangkan dia hanya seorang budak.

"Sayang tu bukan mama,tu doktor yang rawat kamu.Sorry doktor anak saya memang macam tu,sejak mama dia meninggal dia asyik panggil semua perempuan yang dia nampak mama dia"kata ayah budak itu kepada Qalesya sambil mendukung anak lelakinya itu.

"Takpe encik,biasalah budak kan.Nanti encik pergi dekat kaunter lepastu ambik ubat dia ye"kata Qalesya sambil tersenyum.

"Baik doktor,terima kasih sebab rawat anak saya"kata ayah budak lelaki itu lalu mempamitkan diri untuk ke kaunter depan.

Selepas melihat situasi ayah dan budak lelaki tadi,Qalesya sempat terfikir bagaimana kalau dia takde nanti?siapa yang nak jaga anak dia?
Pelbagai soalan bermain di dalam fikirannya.

~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now