☁️Chapter 51☁️

2.6K 90 0
                                    

Qalesya terduduk di sofa,hari sudah senja namun dia masih belum makan mahupun buat kerja lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qalesya terduduk di sofa,hari sudah senja namun dia masih belum makan mahupun buat kerja lain.

Selepas saja Zander meninggalkannya tadi Qalesya tidak henti-henti menangis sehingga matanya sudah bengkak.

Kedengaran orang menekan loceng dari luar, Qalesya cepat-cepat mengelap air matanya dan bergegas ke pintu untuk menjenguk siapa yang datang.

Qalesya membuka pintu,terpacak figura Syazleen di depan pintu.Cepat-cepat dia memeluk wanita itu dengan erat.Tangisan menjadi semakin kuat.

Syazleen menepuk-nepuk lembut belakang Qalesya supaya wanita itu tenangkan diri.Sebenarnya dia juga tidak tahu apa yang berlaku kepada kawannya itu.

"Kau okey ke?Aku datang ni sebab suami call kau aku masa aku kerja tadi.Pada awalnya aku terkejut juga dia tiba-tiba call aku,rupanya dia suruh datang teman kau kat sini.Korang pindah sini ke?Eh kejap kenapa kau menangis ni?ada something yang terjadi ke?"soal Syazleen sambil memandang wajah Qalesya yang sudah sedikit tenang.

"Dia tinggalkan aku Leen,tanpa sebab.Aku tak tahu apa salah aku sampai dia sanggup tinggalkan aku macam tu je and dia cakap lepas urusan dia selesai dia akan datang cari aku balik"balas Syazleen dengan nada yang perlahan.

"Haa kenapa dia buat macam tu?Dia tu dah kenapa!Korang bergaduh semalam?"soal Syazleen lagi.

"No kita orang okey je masa dekat Australia jumpa adik dia.Lepastu bila sampai sini dia terus bawa aku ke kondo dan tinggalkan aku tanpa bagitahu sebab apa--aku"belum sempat Qalesya menghabiskan ayatnya air mata kembali membasahi pipi sehingga dia tidak mampu untuk mengeluarkan kata,rasa sedih dan kecewa yang cukup kuat dan dalam.

Syazleen mendapatkan tempat di sebelah Qalesya dan memeluk kawannya itu.Dia menyuruh wanita itu bertenang dan beristighfar.

"Kau janganlah menangis macam ni,habis mata kau bengkak-bengkak tu.Kau kena kuat Sya,kau jangan risau sebab aku sentiasa ada untuk kau.Sekarang ni aku nak kau lupakan pasal dia sehingga dia balik cari kau,Lepastu korang decide apa langkah seterusnya pasal hubungan ni.Buat masa sekarang kau duduk je dengan aku dan teruskan hidup macam biasa.Takde guna kau menangis macam ni hanya sebab tindakan pelik dia tu.Be strong okey"kata Syazleen dengan lebar.

Qalesya mengangguk dan tersenyum nipis kepada Syazleen.Ada betulnya juga dengan apa yang Syazleen cakap,mungkin dia patut berhenti tangisi perkara yang sudah terjadi dan teruskan hidup macam biasa.

Cakap memang mudah dan belum tentu dia mampu untuk tempuhi semua ni,namun Qalesya harus kuat demi dirinya sendiri dan juga perkahwinan ini.

Jadi buat masa sekarang matlamatnya hanya lah satu iaitu graduate sebagi seorang doktor.
Dia sudah berjanji dengan abahnya yang dia bakal menjadi seorang doktor,jadi perjuangan ini haru diteruskan.Selagi dia ada Syazleen yang sentiasa memberikan semangat kepadanya,dia akan terus kuat untuk harungi hari-harinya tanpa Zander disisi.


~

Beberapa hari selepas kejadian Zander meninggalkan Qalesya dia memilih untuk berpindah ke rumah Syazleen dari tinggal sendirian di penthouse milik Zander itu.

Qalesya tunggu juga panggilan Zander supaya dia jangan lari dari penthouse memandangkan dia ada upah bodyguard untuk memerhatinya dari jauh,namun tiada langsung panggilan dari lelaki itu.

Sebenarnya Qalesya juga rindu untuk dengar suara lelaki itu.Tak pernah dia berpisah lama dengan Zander sebab Zander jarang outstation selama ni kerana dia risau akan keselamatan Qalesya jika meninggalkannya sorang-sorang di rumah agam mereka.

Qalesya juga dah mula masuk kerja semula, banyak kes-kes pesakit yang tertangguh dan perlu diuruskan semula selepas dia bercuti honeymoon haritu.

Selepas tamat waktu kerja,dia terus pulang ke rumah Syazleen untuk berehat.

Qalesya duduk di sebuah bangku di luar hospital sambil menunggu grab datang menjemputnya.Biasanya Ray yang datang menjemput dia tetapi selepas kejadian tu juga Ray tidak lagi menjadi private driver nya.

Tiba-tiba datang satu kereta Audi yang parking betul-betul dihadapannya.Tingkap di seat co-pilot dibuka,rupanya kereta itu milik Doktor Adrian.

"Qalesya awak tunggu suami awak ke?"soal lelaki itu.Nadanya hanya lembut ketika bertanya.

"Tak saya tunggu grab,suami saya outstation so dia takde untuk jemput saya"bohong Qalesya. Sebenarnya hanya Syazleen seorang saja yang tahu hal antara dia Zander.Qalesya tidak mahu orang tahu hal ni memandangkan lelaki itu orang berpengaruh di Malaysia.

"Then,i'll send you home.Saya janji saya just hantar awak balik je"kata Adrian lagi.

Tanpa berfikir apa-apa,Qalesya menerima pelawaan Adrian untuk menghantarnya pulang memandangkan hari sudah semakin lewat.

"Doktor Adrian busy ke sekarang sebab saya dah jarang nampak doktor dekat department kita"soal Qalesya.

"Ada je,cumanya saya kerap ambil cuti sebab mak saya sakit.Dan kemungkinan saya akan dipindahkan ke hospital dekat Kedah sebab nak kena jaga mak saya,so dekat sikit"balas Adrian sambil memandu kereta.

"Mak doktor sakit apa?Bila kena pindah?" banyak pula soalan Qalesya.

"Eh awak ni dah macam reporter tanya macam-macam soalan dekat saya"kata Adrian

Qalesya hanya tersengih kerana malu apabila dia tidak tersedar yang pertanyaannya agak meluru.

"Mak saya sebenar ada sakit jatung dan diebetes,since saya anak tunggal dan ayah saya dah meninggal so saya lah kena jaga dia.Lagipun dia satu-satunya mak saya yang paling saya sayang"ujar Adrian lagi.

"Baguslah kalau doktor fikir macam tu,yelah zaman sekarang ni tak ramai yang nak jaga ibubapa diorang yang sakit sebab lebih pentingkan hal kerja.Saya pun tak sempat nak jaga lama ibu saya sebelum ni"tiba-tiba nada Qalesya berubah sedikit sedih apabila mengenangkan ibunya.

Adrian dah boleh agak yang ibu Qalesya sudah tiada,Jadi dia tidak mahu tanya lebih-lebih supaya wanita itu sedih apabila bercakap tentang orang tuanya telah meninggal dunia.

Adrian menghantar Qalesya betul-betul di depan rumah Syazleen dengan selamat.Qalesya mengucapkan terima kasih kepada Adrian dan terus masuk ke dalam rumah.

~BERSAMBUNG~

Xander Albertine [IN EDITING]Where stories live. Discover now