Arsyad memejamkan mata seketika sambil menikmati suasana ditepi pantai pada waktu malam. Sengaja dia membawa diri kesitu untuk menenangkan dirinya.
" Sampai bila aku nak macam ni?" Keluh Arsyad dengan perlahan. Mukanya diraup dengan kasar.
(Flashback)
" Kau nak pergi bercuti? " Soal Iric dengan tegas.
Arsyad hanya mengganguk.
" Huh?! Aku tak kisahlah kau nak ke mana, cuma satu sahaja aku nak pesan, selepas korang balik dari holiday, Hafsya automatik sah menjadi pewaris Dyren dan sukacita aku maklumkan dia akan jadi servant aku. No objection! Lagi pun Taniah sebab kau dah buat apa yang aku suruh. " Kata Iric sambil menghisap rokoknya.
Dean disebelah Si Iric hanya mendiamkan diri melihat dua orang dihadapannya itu.
Arsyad hanya mendiamkan diri seakan tiada ulasan dan bantahan dengan kata-kata dari datuknya itu.
" Kau tak perlu menyesal dengan apa yang kau dah buat. Kau tak perlukan perempuan tu, tapi aku perlukan dia untuk pewaris Dyren kita. Easy! Nak harapkan arwah tunang kau? Hmmp! Nak harapkan adik kau Aira? Huh! Khianat aku adalah! So kau tak ada jalan lain Arsyad." Kata Si Iric dengan selamba.
" Lagipun perempuan tu nampak jer lemah, tapi berbisa dalam diam. Hahahaha!!" Perli Si Iric dengan maksud tersirat.
Arsyad menggenggam erat tangannya menahan perasaan yang mula membuak-buak didalam hatinya. Tanpa sedar, Arsyad tiba-tiba melangkah keluar dari bilik Si Iric dengan muka tegang.
Si Iric tersenyum sinis lalu meneruskan kerjanya.
__________
Arsyad mengalirkan air matanya apabila menyedari kenapa dia ada disitu.
Arsyad merenung laut dihadapannya dengan hati yang tidak tenteram.
" Sampai bila kau nak duduk sini?" Tegur satu suara dari arah sebelah kanan Arsyad.
Arsyad terdiam dan terkaku. Pantas Arsyad mengelap air matanya yang mengalir sebentar tadi.
" Kau bukan patutnya rehat ke?" Soal Arsyad dengan tegas.
Rayfa hanya tersenyum kecil.
" Aku cuma nak ucapkan terima kasih sebab belikan aku baju." Luah Rayfa dengan senyuman ikhlasnya.
Arsyad terkedu apabila melihat senyuman ikhlas dari wajah Rayfa.
" Setakat baju kau, aku tak berkira pun. " Jawab Arsyad dengan muka yang tiada perasaan lalu kembali melihat permandangan dihadapannya itu.
" Rayfa ..aku ada satu permintaan. Aku janji, kalau kau dapat tunaikan permintaan aku ni, kau bebas untuk lakukan apa sahaja. Aku tahu kau berdendam dengan aku. Jangan lepaskan peluang yang aku bagi. " pinta Arsyad dengan muka serius.
Rayfa terdiam.
" Apa maksud kau ni?" Soal Rayfa dengan pelik.
Arsyad merenung wajah Rayfa dengan serius.
" Aku serius. " Kata Arsyad.
" Huh! Apa permintaan kau?" Soal Rayfa dengan serius pula.
" Aku nak kita berbaik sepanjang percutian ni. Tiada pergaduhan tapi penuh dengan keikhlasan. " Luah Arsyad dengan muka yang merah.
Rayfa tergelak kecil, " apa yang kau merepek ni? Bukan ke kau berdendam dengan aku? Kalau tak, takdalah aku ada dekat negara asing ni. " Perli Rayfa.
Arsyad menggeleng. " I know that. But aku cakap mengenai sekarang. Hanya itu sahaja aku pinta dekat kau. " Kata Arsyad dengan serius.
Rayfa mendiamkan diri.
YOU ARE READING
𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 ©
Romance" how I can say it? my life used to be unhappy, but why does my life suffer more?" - Hafsya. " You deserve it, and I want to see your life become like a hell."- Arsyad. " Are you happy when you see someone hurt?" - Hafsya. " I just hurting someon...