"Arsyad? Aku tahu kau masih sedih dengan apa yang berlaku sekarang ni, tapi kau masih ada tetamu yang kau kena layan. Ok?" Pujuk Ezrian dengan muka yang tenang.
Arsyad cuma mendiamkan diri lalu meninggalkan Ezrian tanpa sepatah perkataan. Ezrian hanya mengeluh kecil.
Disebabkan Kumpulan D'yren telah kehilangan orang kuat iaitu Si Iric D'yren menyebabkan seluruh kumpulan-kumpulan mafia turut terkejut dan dukacita. Tambahan lagi kes tentang Aira juga telah tular dan membuatkan semua orang mula membuat andaian sendiri.
Mendengar bisikan-bisikan itu membuatkan Arsyad hanya mengeluh kasar dan mempamerkan wajah yang dingin walaupun sedang berdepan dengan tetamu-tetamu Iric yang datang ingin memberi salam takziah.
" Kau kena selesaikan kes ni Arsyad. Kalau tak buruk nama adik kau tu. Aku sebagai orang tua prihatin dekat kau. Lagipun disebabkan pemergian Atok kau? Automatik kau jadi pewaris dia, so saingan kau mesti semakin banyak." Tegur salah satu kawan kepada Arwah Iric dengan serius sambil mencicip kopinya.
"Hidup dalam keluarga mafia macam ni lah Arsyad. Nak tak nak kau kena lalui juga. But sebagai keluarga mafia? Kau kena berhati-hati selalu. Kalau tak ramai yang tikam belakang kau nanti." Tegur lelaki tersebut lalu menepuk bahu Arsyad perlahan-lahan seakan ingin memberi semangat.
"Tak ada sesiapa nak galas tugas dia melainkan yang tak ada kehidupan dia sendiri." Perli Arsyad dengan muka selamba apabila disapa oleh kawan Iric itu.
Lelaki tersebut hanya tersenyum lebar mendengar jawapan dari cucu Iric itu.
" Buka mata kau luas lagi Arsyad. Ada lagi yang kau tak nampak. Contoh paling terdekat kau boleh tengok kehidupan aku dan keluarga aku. Arwah atok kau memang tak suka sangat dekat aku sebab aku ni selalu kehadapan dengan cara aku sendiri tapi you know what? Atok kau tu pun bijak juga."
" Bila kita ada kuasa? Gunakan kuasa tu kearah yang bermanfaat untuk diri kau dan orang lain. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Aku bukan macam arwah atok kau, aku ada cara aku sendiri tapi biasalah hadap dengan kematian ni biasalah dalam kehidupan mafia."
"Sebelum kau nak kecapi kebahagiaan dan apa yang kau inginkan? Kau kena korbankan sesuatu dan kerahkan segalah usaha kau." Nasihat Lelaki tersebut dengan cara seorang ayah yang prihatin kepada anaknya.
Arsyad terdiam dan menggenggam erat cawan yang dipegangnya.
" Arsyad nak cuci tangan. Tangan ni dah banyak bunuh orang. So i hate this." Bisik Arsyad seakan apa yang dikatakan olehnya itu sesuatu yang mustahil.
" You can do that apabila kau dah lalui semua perkara yang akan berlaku nanti. Tak semua perkara boleh terlepas macam tu jer. Ada benda yang kau kena terima sebagai balasan." Tegur lelaki itu dengan muka yang bersinar.
Arsyad hanya tersenyum hambar lalu merenung wajah tua tersebut.
" I know that." Jawab Arsyad dengan senyuman dibibirnya.
__________
" Acumm!!acum!"
Arsyad mengambil sapu tangannya lalu dihembuskan hingusnya dan hidungnya mula merah dek selsema yang datang tiba-tiba.
Badan yang tiba-tiba panas membuat badan Arsyad mula menggigil kuat. Selimut yang berada dikakinya dengan pantas diambil lalu diselubungkan.
Mata mula layu dan perlahan-lahan Arsyad mula melelapkan matanya dan tidur.
" Abang..."
" Abang..."
"Abang..."
" Tolong Aira abang ...bawa Aira pulang...Aira nak balik rumah..." Rayu Aira disebalik besi penjara.
YOU ARE READING
𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 ©
Любовные романы" how I can say it? my life used to be unhappy, but why does my life suffer more?" - Hafsya. " You deserve it, and I want to see your life become like a hell."- Arsyad. " Are you happy when you see someone hurt?" - Hafsya. " I just hurting someon...